Sunday, July 16, 2017

Mobiliti ke Hong Kong


Assalamualaikum semua pembaca yang disayangi.

Agak lama kesepian dalam dunia blog. Ikut perkembangan era teknologi sekarang. Semua benda saya update dekat instagram saya (@nabihah20). Lebih mudah. Namun, tak dapat berlawan dengan blogger.

Berbeza sekali cara seorang blogger dengan seorang instagram.
Terutama sekali cara penulisannya.
Kalau saya tulis panjang-panjang dalam instagram, alamatnya ramai yang tak suka dekat saya. Mereka lebih gemar melihat gambar berbanding membaca caption yang panjang.
Blogger lebih nyaman dan selesa untuk menulis seperti sebuah esei.

Cerita ni dah lebih beberapa bulan yang lalu. Saya pergi ke Hong Kong bersama kawan-kawan MTM 1617. Jadi, seramai 25 orang yang turut serta dalam mobiliti kali ni. Ini kali kedua saya ke luar negara. Sebelum ni, saya pergi ke Yogyakarta. Boleh baca pengalaman saya di Fly To Jogja.

Kami berada di Hong Kong selama 4 hari iaitu pada 18 Mei 2017-21 Mei 2017. Waktu ni waktu semester 4 saya. Jadi dua hari jugalah saya tak hadir kuliah iaitu hari Khamis dan Jumaat. 

Keberadaan saya di Hong Kong adalah ketika waktu bekerja orang di Hong Kong. Dengar cerita, tiada cuti bagi mereka. Mereka bekerja setiap hari. Jadi, tak hairanlah rumah mereka kebanyakan flat. Jarang saya nampak rumah banglo. Tapi kereta memang canggih. 

Apa yang saya kagum dekat sini mengenai teknologinya. Memang maju. Dekat sini guna dollar hong kong. Nilai RM0.50 --> HKD 1. Nampak macam nilai Malaysia lebih tinggi tapi sebenarnya taraf hidup dekat sini tinggi. Makanan paling murah pun saya dapat HKD25 bersamaan belasan ringgit. Makanan halal memang mahal dekat sini. Jarang juga nak jumpa restoran halal. McD, KFC pun ada tapi mestilah tak halal ayamnya kan? Sedih betul. Dibayangi isu halal haram.

Teknologi lain ialah tren. Dekat Hong Kong dipanggil MTR. Yang seronok mengenai MTR ni dibandingkan dengan Malaysia ialah tren ni kelajuan dia umpama ETS di Malaysia. Memang laju. Tren ni 3 minit sekali perjalanan dia. Walaupun 3 minit, tetap juga banyak penumpang bagi setiap perjalanan. Orang dekat sini memang menggunakan tren sebagai pengangkutan utama mereka selain teksi dan bas. Bas dekat sini kebanyakan dua tingkat. Ada juga tram (bas yang ada rail sendiri dekat jalan raya). 

Masa dekat Hong Kong dengan Malaysia sama tetapi waktu solat yang berbeza. Dekat Hong Kong tak ada bonggol tetapi setiap jalan mesti ada lampu isyarat untuk pejalan kaki. Bahagian ni yang paling saya suka. Bunyi tanda untuk berjalan dan tanda untuk berhenti berjalan ada bezanya. Jakun gila, haha.

Nak cerita panjang-panjang tapi tak ada mood sangat dan ada yang dah lupa. Jumpa lagi. Kalau ada penambahan, saya edit semula post ni. 

Selamat Malam...


2 comments:

Komen daripada pembaca amat dialukan-alukan.
Sebutir kata yang dihasilkan boleh mengubah seseorang kepada yang lebih baik.

About Me