Friday, August 4, 2017

Indahnya belajar di UPM Serdang

Assalamualaikum semua teman-teman.
Yang jauh di mata. yang dekat di hati.
Yang sudah sedia kenal atau yang baru nak berkenalan.
Haha, gitulah kenal-kenal dulu.
Nanti ada jodoh, boleh jadi suami isteri.



Hari ni nak kongsi sikit pengalaman dua tahun degree dan setahun asasi di Universiti Putra Malaysia (UPM) di Serdang, Selangor. Mesti yang baru dapat keputusan kemasukan bulan September sesi 2017/2018 tak sabar nak masuk alam baru iaitu alam universiti.

Tapi, sebelum saya bercerita panjang, ke mana pun kita pergi, itulah jodoh kita. Dah jodoh kita belajar dekat UPM, maka dapatlah UPM. Yang berharap masuk UPM tetapi tak dapat, jangan bersedih. Sebab awak tetap dapat masuk universiti. Yang tak dapat atau ditolak, jangan mudah berputus asa, pasti ada yang lebih baik yang telah Allah aturkan untuk awak.
Nasihat dari kakak untuk adik-adik.

Jadi, apa yang indah sangat berada di UPM ni?
Pertama sekali, UPM merupakan universiti penyelidikan di Malaysia iaitu ada lima keseluruhan. UPM adalah satu daripadanya. Seperti sedia maklum, yuran memang sedikit tinggi adalah sebab status universiti penyelidikan.

Namun, yuran bukanlah penghalang kalau mutu pembelajaran yang kita dapat adalah tahap yang cemerlang dan terbilang.

Banyak lagi fakta yang kamu boleh tahu dengan like FB page rasmi Universiti Putra Malaysia dengan klik link ni UniPutraMalaysia.

Setelah 3 tahun berada di UPM, saya perhatikan UPM mempunyai suasana yang menyenangkan dengan kehijauan pokok mengelilingi main campus, kolej dan fakulti yang ada.

Secara amnya, UPM mempunyai satu laluan khas untuk penunggang basikal seperti saya. Jadi, kamu jangan risau untuk bersiar-siar sekitar UPM menggunakan basikal. Bersebelahan UPM, mempunyai kuaters untuk staff UPM. Di situ terdapat kedai-kedai dan juga pasar raya mini yang boleh kamu kunjungi menggunakan basikal. Dengan hanya menggunakan basikal, kamu dah boleh berdikari mencari makanan, stok makanan sepanjang berada di sini.

Ada juga bas yang akan ke bandar seperti ke The Mines (pasaraya yang terkenal di Serdang) dan KTM Serdang untuk pulang ke kampung dan tempat lain di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur. Kamu tidak perlu membayar bas tersebut dengan syarat memakai kad matrik. Dan semestinya kad matrik perlu dipakai sepanjang berada di kampus untuk menikmati kemudahan yang disediakan oleh UPM untuk pelajar UPM.

Perpustakaan dan Pusat Kesihatan Universiti (PKU) yang paling ramai kunjungi. Jadi, kamu mestilah tahu mana terletaknya kedua-dua bengunan ni. PKU terletak di bahagian kolej manakala perpustakaan terletak di bahagian main campus. Kolej dan main campus ni macam daerah yang bersebelahan. Jadi ada jalan raya yang memisahkan antara dua kawasan ni. Nanti kamu tahulah bila dah berada di UPM.

Jadi, kolej yang saya duduki ialah Kolej Canselor dan fakulti saya ialah Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat. Kolej ditetapkan mengikut kos yang kamu ambil. Kebiasaannya hanya beberapa orang sahaja yang mungkin ke kolej berlainan atas faktor bilangan yang tidak dapat ditampung.

Memandangkan post saya mengenai UPM, makanya saya hanya akan memberi pandangan saya mengenai UPM. Untuk tahu mengenai kolej dan fakulti saya, boleh tinggalkan komen atau emelkan ke nabihah.student@gmail.com.

Boleh juga join group FB untuk pelajar baharu sesi 2017/2018 di link ini Official Intake 2017/2018 UPM

SELAMAT DATANG KE UPM!

Beberapa gambar sepanjang berada di UPM pada sesi 2016/2017.







2 comments:

  1. susah ke senang nak dapat stay kat kolej kediaman sepanjang tahun 1 sampai tahun 4 ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. untuk tahun 1, mmg dah dapat kolej dan wajib duduk situ. utk tahun 2 & seterusnya kena kumpul merit. merit ni macam kupon dan ada nilai mata. jadi, waktu tahun 1, kena kumpul merit utk terus tinggal dlm kolej bagi tahun ke-2. ikut kuota kolej juga. nanti, akan ada yg bagitahu tentang merit. jangan risau

      Delete

Komen daripada pembaca amat dialukan-alukan.
Sebutir kata yang dihasilkan boleh mengubah seseorang kepada yang lebih baik.

About Me