Thursday, August 3, 2017

Jom belajar bahasa asing ! (Turkey, Perancis, Jerman)

Assalamualaikum semua pembaca yang disayangi.
Hi!
Bonjour! Merhaba! Hallo!


Hari ni saya nak kongsi sedikit tentang bahasa asing yang saya sedang belajar iaitu bahasa Perancis, bahasa Turkey dan bahasa Jerman. Pertama, biar saya perkenalkan diri dahulu.

[Perancis]
Bonjour!
Je suis Nabihah. J'ai 21 ans.
Merci!
Au revoir!

[Turkey]
Selam, ben Nabihah.
Tanıştığımıza memnun oldum.
Teşekkürler!
Güle güle!
Görüşmek üzere!

[Jerman]
Hallo!
Ich bin Nabihah. Ich komme aus Ipoh.
Ich Reise gerne. 
Gut.
Tschüss!

Bahasa Perancis saya dah belajar dekat sekolah menengah dulu. Tapi yang mudah je lah. Lepas tu, bila masuk universiti dah tak practise. Jadi lidah ni pun makin sukar nak sebut perkataan Perancis.

Masuk sahaja tahun kedua dekat universiti, saya nak ambil bahasa Jerman tetapi tak kesampaian. Kelas dia dah tutup, tak dapatlah nak ambil kelas bahasa Jerman. Jadi, saya berhenti sementara belajar bahasa tu.

Jadi, untuk tahun ketiga, in shaa Allah saya akan ambil bahasa Turkey.

Jomlah belajar sama-sama bahasa Perancis, Turkey dan German secara tidak langsung melalui nyanyian.

Yeay!

Untuk bahasa Perancis, ada 3 lagu yang saya sedang hafal
1. Zazie - J'envoie valser
2. Kendji Girac - No me mirès màs 
3. Willy William - Ego

Untuk bahasa Turkey, ada 3 lagu yang saya sedang hafal
1. Dizi Müziği - Aşk Laftan Anlamaz 
2. Uğur Akyürek - Aşk İzi 
3. Güliz Ayla - Olmazsan Olmaz

Untuk bahasa Jerman, ada 3 lagu ni memang kegemaran saya, lagu kanak-kanak
1. Fünf kleine Fische
2. Der Mond ist aufgegangen
3. Meine Oma fährt im Hühnerstall Motorrad

Untuk semua yang nak belajar sendiri bahasa asing, boleh belajar dekat Duolingo. Selain itu, Babbel dan website lain termasuk dekat Youtube pun ada.

Untuk semua yang nak berkawan dengan orang luar negara, boleh berkawan melalui Interpals Penpals. Cikgu saya yang cadang website ni. Jadi, memang popular site ni. Saya pun dah ada kawan rapat dari Turkey. Nama dia Batuhan. (promote kawan pula).

Ada juga yang boleh berkawan dengan orang luar negara melalui massively-multiplayer online role-playing game (MMORPG) seperti ClubPenguin (sesuai untuk kanak-kanak), Habbo (sesuai untuk remaja) dan banyak lagi.

Selamat mewarnai hidupmu dengan keindahan bahasa di dunia ini!

nota: lagu yang sedang dimainkan dalam blog ni ialah lagu-lagu yang saya senaraikan tadi

0 comments:

Post a Comment

Komen daripada pembaca amat dialukan-alukan.
Sebutir kata yang dihasilkan boleh mengubah seseorang kepada yang lebih baik.

About Me