ini edisi selepas penyemakan untuk first time, first publish di penulisan2u.my atau terus ke http://www.penulisan2u.my/2013/07/cerpen-cintaku-berputik-di-padang-kaherah
moga terhibur... terima kasih atas sokongan 6, 766 bacaan di penulisan2u.my sehingga hari ini
Cintaku berputik di padang Kaherah
Oleh: Nabihah Taquddin
Kaca-kaca yang memantulkan cahaya
matahari telah menyinari mataku yang tertutup rapat. Cahayanya amat
menyilaukan. Sukar untukku membuka mata. Dalam rasa lemah dan lesu, aku
membenarkan sinar itu memasuki mataku perlahan-lahan. Aku menutup kembali
mataku. Sinarnya amat tajam menusuk bola mataku. Badanku yang terlentang di atas
tanah tidak mampu untuk cergas semula. Namun, badanku seakan-akan terangkat
ketika angin menghembus lembut badanku yang tidak bermaya. Ya, aku benar-benar
terangkat, suara hatiku berbisik.
Apabila
aku tersedar, aku sudah berada di bawah putaran kipas siling sebuah rumah. Aku
cuba bangun daripada terus terbaring di atas katil yang begitu empuk. Aku
memandang ke kanan dan ke kiri. Sunyi sekali, tiada sesiapa yang bersuara.
Hanya bunyi kipas yang berpusing-pusing.
“
Ini bukan rumah aku! Adakah aku sedang bermimpi” aku berbicara sendiri.
Aku
mencubit-cubit pipiku kalau-kalau aku sedang bermimpi. Aduh! Sakit. Aku dalam
realiti bukannya bermimpi. Fikiranku masih mamai. Aku cuba untuk mengingati
sesuatu. Aku menutup mata dan menarik nafas sedalam yang mungkin.
Perlahan-lahan aku menghembus nafas. Beberapa kali aku mengulangi cara
pernafasan sebegitu sehingga aku mengingati suatu kejadian sebelum aku tidak
sedarkan diri. Aku telah pengsan!
Ketika itu, aku
sedang melangkahkan kaki untuk ke kedai runcit membeli barang-barang rumah yang
sudah kehabisan stok. Kawan serumahku tiada di rumah waktu itu. Jadi aku
memberanikan diri untuk keluar bersendirian mengharungi angin ribut padang
pasir. Semenjak berada di Kaherah, aku menjadi biasa untuk menguruskan diri
sendiri. Cuaca yang amat panas menyerap kelembapan badanku. Badanku menjadi
terhidrasi. Dalam kehausan air, penglihatanku tiba-tiba menjadi samar-samar.
Aku menjadi pitam lalu rebah ke bumi. Setelah itu, aku tidak menyedarkan diri
sehinggalah aku telah diangkat oleh seseorang yang sungguh baik hati. Siapakah
orang itu, bisik hatiku.
Aku membuka mata
semula. Dalam keadaan cemas, aku memandang tubuhku yang berbaju jubah biru tua.
“Alhamdulillah
! Tiada siapa memegang badanku” aku melepaskan rasa syukur.
Jubahku masih
terlekat di badanku. Maknanya orang yang membawaku ke sini tidak menyentuh
badanku. Aku menuruni katil memijak lantai marmar yang berwarna-warni. Aku
melangkahkan kaki perlahan-lahan khuatir ada orang mendengar kakiku manapak
lantai. Aku memerhati dengan teliti isi rumah yang aku berada sekarang ini. Aku
berada di tingkat dua sebuah rumah yang indah bak permata. Dinding-dindingnya
dipenuhi dengan bingkaian-bingkaian gambar sebuah keluarga.
Lampu-lampunya
yang begitu mengerlip menerangi ruang besar
rumah. Di sebelah kananku terdapat sebuah bilik. Pintunya tertutup rapi.
Jantungku mula berdebar-debar ingin mengetahui isi bilik disebalik pintu warna
keemasan itu. Aku mencapai tombol pintu, perlahan-lahan aku memulas tombol
pintu ke kiri.
“Krikk…”
bunyi pintu dibuka.
Dengan sedikit
ruang pintu terbuka, aku melihat keadaan sekeliling bilik. Ada sebuah katil
beralaskan cadar biru dan ada sebuah lembaga. Apa! Lembaga? ,hatiku mulai
takut. Mataku terkebil-kebil untuk mendapatkan kepastian. Seorang lelaki
berbaju kemeja sedang nyenyak dibuai
mimpi. Cepat-cepat aku menutup pintu keemasan itu. Aku menjadi tidak tentu
arah. Aku masuk kembali ke dalam bilik yang mula-mula aku berada dan mengunci
pintu.
Mata aku
melilau-lilau ke seluruh ruang kamar. Kemas sekali, tiada apa yang berterabur.
Aku terlihat sebuah jendela. Aku mendekati jendela yang berlangsir merah hati.
Jendela itu aku buka dan menjengah kepalaku keluar. Keadaan di luar begitu
sibuk dengan kesesakan lalu lintas. Sungguh berbeza dengan keadaan di sekitar
rumah sewaku. Matahari sudah mulai terbenam ke ufuk barat. Waktu hampir senja.
Aku pula masih di sini, entah di mana. Tanganku mulai bergetar. Aku terduduk
dalam seretan badanku di dinding. Aku menutup mulutku dengan tanganku, mataku
bertakung dengan air mata. Aku ketakutan.
Tiba-tiba
ada seseorang memusing-musingkan tombol pintu. Nasib baik aku telah menguncinya
terlebih dulu. Pintu tidak dapat dibuka. Ketukan yang begitu kuat telah
dilepaskan ke pintu itu. Jantungku bagaikan tidak dapat dikawal. Denyutan nadi
begitui pantas sepantas kereta Formula 1 yang sedang memecut di Sepang. Ketukan
pintu semakin laju.
Seketika,
ketukan pintu tidak kedengaran. Cepat-cepat aku mencari jalan keluar daripada
terperangkap di dalam bilik. Nak terjun dari tingkap tetapi gayat. Jalan lain
dicari.
“Ha!
Ada almari besarlah !” aku bersuara perlahan. Aku pun membuka pintu almari.
“Wow,
banyaknya baju feminin. Boleh tukar seluar panjang ni. Kan nak lari nanti”
bisik hatiku.
Seluar yang ada
dicuba satu per satu. Saiz seluar berukuran 28 diambil.
“Muatlah,
sesuai sangat” kataku usai memakai seluar itu.
Cepat-cepat aku
menyorok di dalam almari. Segugus kunci yang sedang bergerak-gerak kedengaran
dari celah-celah almari. Pintu itu akhirnya terbuka. Terkumat-kamit mulutku
berzikir. Takut-takut ajalku telah sampai. Hentakan kaki seseorang yang begitu
gagah kedengaran. Pintu bilik air dihempas kuat. Tingkap juga kedengaran
dibuka. Kakinya menghampiri satu-satunya almari yang ada. Almari yang menjadi
kubu pertahananku saat ini.
“Ahh!”
aku menjerit sekuat hati apabila pintu almari dibuka.
Seorang
lelaki tinggi berkemeja hitam, berambut hitam kopi dan berwajah manis serta
menawan berada di hadapanku. Tampannya… , suara hatiku berbisik. Aku tersenyum.
Belum sempat dia membalas senyumanku, aku menendang kakinya yang teguh lagi
tegak. Terduduk dia dibuatnya. Aku melompat keluar dari almari. Langkahku tidak
tentu arah. Lelaki itu cepat bangun dan mengejarku dari belakang. Berlakulah
siri kejar-mengejar antara aku dan lelaki berkemeja hitam itu. Aku ke arah
dapur,aku ke arah ruang tamu. Sempat juga aku berorientasi dalam rumah banglo
ini. Baju jubahku diangkat ke atas sehingga ke paras lutut. Nasib baik aku
sudah memakai seluar panjang. Paling tidak auratku masih terjaga. Semasa aku
berlari sekuat hati, jubahku yang diangkat telah menjadi panjang sehingga
mencapai jari-jari kakiku. Kakiku tidak dapat melangkah jauh lalu tersadung
dalam jubahku. Aku rebah ke lantai. Sedaya-upaya aku bangkit semula. Tetapi
apakan daya, lelaki itu telah memegang lengan jubahku.
“Eh!
Nak lari mana ha?” lelaki itu mengherdikku.
Aku
membisu. Matanya memanah tepat ke dalam bola mataku. Mata kami seakan-akan
berbicara. Dia seperti memerhatiku dengan mata hatinya. Aku mengalihkan
pandangan.
“Kenapa?
Takut ke?” suara garaunya menyapa telingaku.
“Let
me go!” aku mula bersuara.
“Ingatkan
bisu, boleh cakap rupanya”
“Ana memang cukup sifat, tak bisu pun”
aku berteriak.
“Eh
relaxlah. Aku tahu kau orang Melayu, aku
pun orang Melayu. Aku nak tolong kaulah ni!”
“Betul
ni? Tolong ana keluar dari rumah ni!”
“Apasal
nak keluar?”
“Eh
sedar sikit, ana bukan mahram anta jadi ana kena keluar segera”
Aku segera
membuka pintu kayu yang dihiasi dengan kaca-kaca berbentuk geometri di hadapanku. Apabila aku membukanya, keadaan
begitu gelap sekali. Gelaplah pula, aku berbicara sendiri.
“Kenapa
berhenti ni? Tak berani la tu”
“Eh
mana ada, nak pergilah ni” aku membalas sindirannya.
Aku
menyarungkan kaki ke dalam sandal biru kepunyaanku. Aku sehelai sepinggang
datang ke sini dan aku pun pulang seperti permulaannya. Belum sempat aku menapak kaki keluar dari
halaman rumahnya, dia menahan langkahku dengan berada di hadapanku.
“Tunggu
kejap! Betul ke ni? Gelap tahu tak, nanti kena culik macam mana?”
“Tahulah ana jaga diri” aku pun meneruskan perjalananku.
“Tahulah ana jaga diri” aku pun meneruskan perjalananku.
Walaupun
malam sudah pekat, aku masih memberanikan diri. Namun, tiba-tiba perutku
berkeroncong dengan rancak sekali. Aku terlalu lapar. Semenjak tadi, aku belum
makan. Aku berfikir sejenak, sama ada meneruskan perjalanan ataupun berteduh di
rumah si kemeja hitam tadi. Aku pun satu bukannya nak telefon Zila dulu sebelum
pergi, tengok siapa yang susah sekarang ni, kata hatiku. Zila merupakan kawan
serumahku. Aku pun menoleh ke belakang menuju ke rumah banglo mewah itu.
Apabila sampai di hadapan rumah banglo, aku menekan loceng. Seorang perempuan
telah menyahut bunyi loceng itu.
“Assalamualaikum, maasmuka?” bunyi dari sistem loceng itu.
“Waalaikumussalam, ismi Sabrina” aku terketar-ketar menjawab.
“Afwan, ana jaa-‘i” aku menyambung ayatku yang terhenti seketika.
“Sekejap…sekejap”
suara seorang lelaki yang bersuara agak jauh daripada alat penghantar suara
sistem loceng.
“Sabrina orang melayu? Tak apa, anta boleh masuk” sambungnya.
Pintu
pagar terbuka sedikit. Aku pun melangkahkan kaki kananku dahulu memasuki
halaman rumah banglo itu. Di tempat parkir kereta terdapat beberapa buah kereta
mewah seperti Porche, Polo dan hanya satu menjadi kebiasaan bagiku di Malaysia,
Honda CR-Z. Di pintu masuk rumah, di hadapannya tersergam indah sebuah kolam
ikan yang amat jernih airnya serta rumpai-rumpainya yang menghijau. Sejuk
mataku dibuatnya. Pintu dibuka oleh seorang makcik yang agak berusia sedikit
sekitar 50-an.
“Assalamualaikum,
ana Sabrina” aku memperkenalkan diri
sekali lagi.
“Waalaikumussalam,
Mak Cik Ros” kata makcik itu sambil menghulurkan tangannya tanda perkenalan.
“Silakan
masuk… duduk di sofa dahulu ya” kata makcik itu.
“Terima
kasih Mak Cik Ros” aku membalasnya.
Setalam
makanan dibawa oleh seorang lelaki ke ruang tamu. Aku memerhatikannya dari
jauh. Bukan melihat makanan yang begitu mengasyikkan tetapi melihat susuk tubuh
sasa itu. Aku sudah malu. Si kemeja hitam tadi yang membawa makanan itu ke meja
makan hadapan. Setelah dia meletakkan makanan itu di atas meja, dia
memandangku. Dia mendekatiku. Aku sudah menutup muka kerana terlalu malu. Dia
mengambil posisi duduk betul-betul di sofa hadapanku.
“Janganlah
malu-malu. Tadi tu emak aku”
“Maaflah
menyusahkan anta tapi perut ana ni dah berbunyi dram dalam
perjalanan tadi”
“Apa…Haha…”
dia mentertawakan aku.
“Betul
lah ni…tengok… dengar tak, dia dah berbunyi lagi”
“Dah…dah,
jom kita makan bersama-sama, lagipun kami belum makan lagi” kata Mak Cik Ros
setelah mencuri dengar perbualan antara aku dan si kemeja hitam.
Aku dan dia
menuju ke meja makan.
“Fairuz,
tolong ambilkan periuk nasi di dapur” kata Mak Cik Ros kepada anaknya.
“Sabrina
tinggal di mana? Macam mana boleh sesat ke taman ni?” soal Mak Cik Ros
kepadaku.
“Sebenarnya…”
“Sabrina
ni sebenarnya kawan Fairuz mak” belum sempat aku menjawab pertanyaan Mak Cik
Ros, Fairuz si kemeja hitam sudah menyampuk.
Sedap mulut dia
je kata aku ni kawan dia, getus hatiku.
“Dialah
yang Fairuz nak tunjukkan dekat mak, nilah pilihan Fairuz”
Apa? Aku
tersedak. Cepat-cepat aku mengambil air untuk diminum. Aku memandang wajah
Fairuz yang sudah tersenyum-senyum. Gila apa? Dah lah baru hari ni aku tahu
nama dia dan dia pun entah-entah macam aku juga, kata hatiku dengan geram. Aku
hanya mengukir senyuman pada Mak Cik Ros. Fairuz? Tak ada maknanya aku nak
senyum dekat dia.
Aku membantu Mak
Cik Ros membasuh pinggan di dapur sementara Mak Cik Ros menjerang air. Meja
makan semuanya telah dibersihkan. Lauk-pauk tadi semuanya licin dimakan kami
berempat bersama-sama ayah Fairuz, Pak Cik Marzuki.
“Mak
Cik Ros tahu kamu ni anak yang baik. Jarang sekali Fairuz meluahkan perasaannya
kepada makcik”
“In
shaa Allah makcik. Makcik kalau ana
tanya sesuatu, makcik jangan marah ya”
“Apa
dia?”
“Anak
makcik ada berapa orang?”
“Anak
makcik Fairuz seorang saja. Takkan kamu tak tahu?”
“Sebenarnya…makcik,
ana belum pernah bertemu dengan dia”
“Apa!
Patutlah kamu tersedak tadi” kata Mak Cik Ros seakan-akan terkejut.
“Makcik
tahu kamu suka dekat dia kan? Tengok muka kamu dah merah tu”
Memang mukaku
menjadi merah padam. Aku juga telah jatuh hati pada Fairuz saat pertama kali
mata bertentang mata sehingga terbit ke hati. Matanya yang menawan telah
menarik hatiku untuk mendekatinya.
“Tak
ada apalah makcik, ada-ada je makcik ni”
“Tapi
kamu setuju tak? Kalau makcik jodohkan kamu dengan dia. Makcik tak paksa, soal
hati ni memang rumit sikit”
“Ana fikir dulu makcik. Makcik kalau ana tumpang bermalam di sini boleh?
Rumah ana jauh”
“Eh
tak apa. Boleh. Lagipun ada satu bilik kosong di rumah ni. Kamu rehatlah dulu”
“Terima
kasih makcik” aku mengakhiri bicara.
Mak Cik Ros
menunjukkan bilik kosong itu kepadaku. Biliknya begitu cantik, mungkin bilik
untuk tetamu. Pendingin hawa dan televisyen turut tersedia.
“Ni
tuala dan baju untuk kamu salin. Berus gigi dan alatan kebersihan yang lain ada
dalam bilik air. Kalau ada apa-apa panggil je makcik guna telefon tu” kata Mak
Cik Ros sambil tangannya menunjukkan telefon yang ada di atas meja berhias.
Aku menutup
pintu bilik perlahan-lahan. Sewaktu aku mencapai tuala di atas katil untuk
membersihkan diri, tiba-tiba telefon berbunyi.
“Kring…kring…”
Cepat-cepat aku
mengangkat gagang telefon biru tua. Namun tiada siapa yang menjawab salamku.
Hanya membisukan diri. Aku meletakkan kembali gagang telefon di tempat asalnya.
Aku memasang pendingin hawa dan segera melangkahkan kaki ke dalam kamar air.
Aku membasuh badanku yang berdaki dan seterusnya bersuci dan mengambil air
wuduk. Usai mandi dan menyalin pakaian, aku menghamparkan sejadah ke arah
kiblat yang telah diberitahu Mak Cik Ros arahnya. Aku menyarungkan telekung ke
badanku, merapatkan kaki, tangan di sisi dan mengucapkan istighfar sebanyak
tiga kali.
“Allahu
Akbar”
“Assalamualaikum
Warahmatullah” aku menolehkan muka ke arah kanan sebagai pengakhir rukun solat.
Mukaku disapu
dengan telapak tangan kanan. Telefon tadi berdering semula. Aku mencapainya
setelah membuka kain telekung. Kali ini, suara seorang lelaki kedengaran.
“Assalamualaikum
Sabrina” katanya dengan riang.
“Waalaikumussalam,
ni Fairuz ke?” hatiku berdebar-debar
mendengar suaranya.
“Ya
aku ni” dia menjawab pertanyaanku.
“Kenapa
call ni? Tak baik kacau anak dara malam-malam”
“Better call daripada bertemu
depan-depan, tolong bagi peluang untuk aku jelaskan segala-galanya” katanya
dengan nada agak tenang.
“Jelaskan
apa lagi. Pasal tadi?”
“Yalah,
pasal apa lagi. Aku nak minta maaflah pasal petang tadi. Sebab kejar-kejar kau,
ketuk pintu kuat-kuat. Aku buat tadi bukan nak takutkan kau. Tapi nak bagi tahu
kau sesuatu… aku nak kau tahu, aku tak sentuh kau pun, cuma mendukung kau
memasuki kereta dan datang ke sini. Emak aku dan maid yang angkat kau masuk ke dalam bilik” Fairuz menyambung
bicaranya setelah menghela nafas yang panjang.
Aku teliti
mendengar penjelasannya.
“Maksudnya
Mak Cik Ros dah tahu lah ni”
“Yes, dia dah tahu tapi dia tak tahu aku
yang kutip kau dekat padang pasir tu”
“Jangan
buat lawaklah Fairuz, takkan ana
tidur dekat padang pasir pula”
“Betul
lah takkan aku nak tipu kau pula, pasal tadi pun aku tak tipu”
“Pasal
apa?”
“Apalah
kau ni, pasal pilihan hati aku, aku betul-betul memaksudkannya di meja makan
tadi”
Air mata aku
sudah mula berkaca-kaca. Aku akan dijadikannya sebagai teman hidupnya.
“Sabrina?
Kau dengar tak?”
Aku menutup
talian. Tak tahu apa yang hendak aku katakan kepadanya. Hati aku memang telah
terpaut padanya, namun aku masih dalam dilema.
Aku mengambil air wuduk untuk melakukan solat istikharah meminta
petunjuk dari Rabbi, sama ada Fairuz jodoh yang terbaik untukku. Setelah
selesai bermunajat kepada ar-Rahman, aku bertawakal kepada-Nya mengenai
pilihanku. Hatiku menjadi tenang. Segala-galanya aku serah kepada sang
Pencipta.
Aku
menelefon Mak Cik Ros untuk
menyelesaikan masalah lain yang aku hadapi. Aku berada di mana? , bisik hatiku.
Aku menekan punat-punat nombor telefon bilik Mak Cik Ros yang tertera di
sekeping memo berwarna hijau daun. Aku bertanya kepadanya alamat rumahnya.
Alamatnya aku salin untuk dijadikan rujukan jika berlaku apa-apa. Aku menelefon
Zila pula. Namun, tiada sesiapa yang mengangkat panggilan telefon. Aku mendail
nombornya berkali-kali. Tetap juga tidak diangkat. Aku melabuhkan diriku di
atas katil yang begitu gebu. Badanku dilepaskan perlahan-lahan. Keadaan bilik
bersuhu rendah dek angin daripada pendingin hawa. Aku tertidur dengan selimut
tebal menyelimuti badanku.
Kedengaran azan
berkumandang memasuki celah-celah tingkap. Azan subuh telah mengejutkan aku
daripada terus terlena. Pendingin hawa yang terpasang sejak semalam aku tutup.
Aku terus memasuki bilik air untuk bersuci. Tepat pukul lima pagi, ketukan
pintu kedengaran. Mak Cik Ros telah memanggilku untuk solat subuh berjemaah
bersama keluarganya. Waktu subuh di Kaherah memang lebih awal daripada di
Malaysia. Setelah menyarungkan telekung ke badanku, aku pun keluar dari bilik.
Sebagai seorang lelaki yang juga kepala keluarga, Pak Cik Marzuki telah
mengimamkan kami untuk solat subuh.
Selesai solat
subuh berjemaah, aku mencium tangan kanan Mak Cik Ros. Aku menjadi terharu
sehingga air mataku membasahi pipi halusku. Mak Cik Ros yang menyedarinya
memujukku.
“Kenapa Sabrina menangis ni?”
“Tak ada apa makcik, ana teringat ibu dan ayah di kampung”
aku menjawab dengan nada yang perlahan menahan sebak di dada.
Fairuz yang
memandangku seakan-akan ingin mengelap air mataku bak mata air ini. Maaflah
Fairuz, aku belum lagi menjadi milikmu, kata hatiku saat aku memandang
wajahnya. Pak Cik Marzuki dan Mak Cik Ros membuat perbincangan di ruang tamu.
Aku dan Fairuz turut dipanggilnya untuk berbincang.
“Fairuz, Sabrina, mari sini”
“
Ya, baiklah” serentak aku dan Fairuz menyahut.
Ish, Fairuz ni,
saja je jawab ayat yang sama dengan aku, serentak pula tu, desis hatiku ketika
melangkahkan kaki menuju meja yang menjadi tempat perbincangan Mak Cik Ros dan
Pak Cik Marzuki. Aku duduk bersebelahan Mak Cik Ros dan Fairuz sebelah Pak Cik
Marzuki. Semua mulut bagaikan terkunci. Pak Cik Marzuki bersuara semula selepas
menarik nafas yang panjang.
“Biarlah
kami terus terang kepada Sabrina mengenai hal ini”
“Ada
apa Pak Cik Marzuki?” aku tertanya-tanya.
“Macam
ni Sabrina, Sabrina setuju ke kalau kami jodohkan kamu dengan Fairuz?” kata Pak
Cik Fairuz sambil memandangku dan Fairuz bergilir-gilir.
Aku memandang wajah Fairuz. Dari
riak wajahnya jelas dia tidak bermain-main dengan jodoh. Aku memandang muka Mak
Cik Ros, wajahnya menunjukkan dia mengharapkan aku menjadi menantunya. Aku
hanya mampu mengetap bibir. Aku malu namun dalam hati, sudah berbunga-bunga.
Aku seakan-akan tidak percaya. Aku diam sejenak. Aku memikirkan keluargaku yang
jauh di Malaysia. Wajah mereka yang menginginkanku berjaya di dunia dan di
akhirat ketika mereka menghantarku di lapangan terbang KLIA. Pak Cik Marzuki
seakan-akan tahu apa yang berlegar di fikiranku. Dia memberikanku masa beberapa
minit untuk berfikir. Semuanya demi masa depan aku.
“Ayah,
emak, boleh bagi Fairuz masa untuk bercakap dengan Sabrina” kata Fairuz apabila
keadaan menjadi genting.
Pak Cik Marzuki
dan Mak Cik Ros membenarkan anaknya untuk berbicara denganku. Mereka pun
meninggalkan aku dan Fairuz di ruang tamu. Fairuz mengajakku keluar. Dia
menarik lenganku dan meminpinku ke taman bunga di sebelah kiri halaman rumah
banglo dua tingkat. Aku hanya mengikut. Tak mampu untuk aku membatukan diri di
sofa, tenaganya lebih kuat daripada seorang perempuan sepertiku. Sampai sahaja
di taman bunga, dia bersuara.
“Sabrina,
mungkin ini kali pertama kau berjumpa dengan aku, tapi Ina, aku sudah
mengenalimu”
“Fairuz,
tak payah lah jiwang sangat”
“Eh,
aku cakap betul-betul la, kau ingat aku main-main ya”
“Tak
adalah, ana tahu anta serius kali ini, ana
pun terpikat dengan anta”
“Betul
ni! Alhamdulillah” suara Fairuz berubah menjadi ceria.
“Jadi,
apa yang menyebabkan lidah Ina menjadi kelu bila berdepan dengan mak dan ayah
Fairuz”
“Sebenarnya
Fairuz, selain pengetahuan agama dan ketampanan wajah anta, ana juga melihat
harta yang akan anta guna untuk
meneruskan kehidupan selepas ni. Ana tak lihat harta keluargamu, yang ana lihat hidup ana selepas ni. Ana lihat anta asyik terperuk dalam rumah. Anta tak kerja ke?”
“Oh
begitu rupanya. Sabrina takut yang Fairuz ni seorang pemalas? Eh..eh” katanya sambil mengalihkan bahuku ke
hadapannya supaya aku memandang tepat ke wajahnya.
“Ina
tak tanya lagi, macam mana Fairuz nak ceritakan, Fairuz dah kerjalah dekat
syarikat swasta sekitar Maadi. Sekejap
lagi Fairuz dah kena pergi kerja. Nampak kereta tu, tu kereta Fairuz” kata Fairuz
sambil jari telunjuknya dihalakan ke arah kereta Honda CR-Z.
“Betul
ni. Alhamdulillah, maksudnya bakal suami ana
ni dah berkemampuanlah nak mendirikan rumah tangga”
“Of course!” katanya dengan yakin.
“Umur
anta berapa sekarang ni?”
“Agak-agak
50 tahun, macam mana?”
“Apa
Fairuz ni, main-main pula!” kataku dengan nada merajuk.
“Yalah,
maaf-maaf, umur Fairuz baru 27 tahun, muda lagi kan” kata Fairuz dengan riak
muka berlagak.
“Ana lagi muda, baru 24 tahun tapi masih
belajar lah, tak ada kerja lagi”
Sedang aku dan
Fairuz rancak bersembang, Mak Cik Ros memanggil kami untuk masuk ke dalam
rumah. Perbincangan menjadi serius kembali di meja bujur yang berada di
tengah-tengah ruang tamu. Pak Cik Marzuki seperti tidak sabar mendengar jawapan
daripadaku.
“Makcik
dan pakcik, ana dah ada jawapan yang
jelas sekarang ni, bismillahirahmanirahin, ana
bersetuju tapi… ana belum bertanyakan
hal ini kepada ibu dan ayah ana di
kampung”
“Nah
guna telefon ni, telefon mak dan ayah kamu” kata Mak Cik Ros sambil menghulurkan
telefon bimbitnya kepadaku.
Aku
mendail nombor telefon rumahku di kampung. Beberapa kali aku mendail, barulah
diangkat oleh ibu.
“Assalamualaikum
ibu. Ni Ina. Ibu dan ayah sihat?”
“Alhamdulillah
ibu dan ayah sihat di sini. Bila nak balik kampung? Ibu dan ayah rindu dekat
Ina”
“Ina
pun rindu dekat ibu dan ayah. Ibu, ayah ada di sebelah? Ina ada perkara nak
bagi tahu”
“Ada-ada,
ayah dekat sini Ina!” sahut ayah apabila aku betanya mengenainya.
“Ina
dah bertemu dengan jodoh Ina. Namanya Fairuz”
“Ya
Allah Ina. Alhamdulillah, ibu dan ayah pun gembira mendengarnya, bila dia nak
meminang kamu?”
“In
shaa Allah, jika tiada aral melintang, tak lama lagi keluarganya akan datang ke
rumah kita. Baiklah ibu, ayah. Ina letak telefon dulu ya. Jaga kesihatan ya.
Assalamualaikum..”
“Waalaikumussalam”
talian ditutup dengan hati yang senang.
Mak Cik Ros dan
Pak Cik Marzuki tersenyum sesama sendiri. Mereka tahu tidak lama lagi
satu-satunya anak mereka akan membina sebuah masjid.
Waktu berjalan
tanpa jemu dan kini aku telah pun mempunyai dua orang anak hasil perkahwinanku
dengan Fairuz. Bila aku terkenangkan kembali memori pertemuan aku dengan
suamiku, begitu besar keagungan Illahi. Dia telah mengatur segala-galanya.
Walaupun aku tidak pernah mengenalinya secara mendalam sebelum aku menjadi
kekasih halalnya, aku bahagia bersamanya. Fairuz seorang lelaki yang setia dan
mengimbangi antara hal keduniaan dan akhirawi dalam hidupnya bersamaku. Syukur
dipanjatkan kepada ar-Rahim.
“Wah,
so sweet la ummi ni, macam tu rupanya
perkenalan ummi dengan abi” kata Syazratul Muna yang telah berusia 14 tahun
bersamaan tahun ke-15 hidupku bersama Fairuz.
Kata-katanya
membuatku bahagia sekali sementara menanti kelahiran anakku yang ketiga. Kasih
aku dan dia telah bersemi di tanah Kaherah.
Glosari
Ana = saya
Anta = awak
maasmuka? = Apa namamu?
ismi = nama saya
Afwan, ana jaa-‘i = maaf, saya lapar
0 comments:
Post a Comment
Komen daripada pembaca amat dialukan-alukan.
Sebutir kata yang dihasilkan boleh mengubah seseorang kepada yang lebih baik.