Novel: Pengerusi Amila
oleh: Nabihah Taquddin
BAB 1 - MAJLIS AKHIR TAHUN YANG BERSEJARAH
(Part 2 of 2)
“Kenapa
ni Amila? Tadi waktu ayah hantar kamu ke hotel, kamu gembira tapi kenapa bila
dah selesai majlis tu, ayah nampak kamu ni sedih, muka tu muram je dari tadi”
kata ayah Amila semasa dalam perjalanan ke rumah.
“Tak
ada apa-apalah ayah, cuma..Amila rasa bersalah sangat dekat Asyikin, dia ajak
Amila balik sama-sama tadi. Jadi Amila tolak ajakan dia dengan kata yang ayah
dah tunggu dekat luar. Tapi dia tu..” ayat Amila tergantung apabila melihat
kelibat Asyikin berdua-duaan dengan seorang lelaki di perhentian bas. Dia
memandang lagi sekali untuk kepastian. Memang Asyikinlah!, desis hatinya.
“Dia
kenapa, Amila? Kamu tengok apa dekat pondok bas tu” tanya Encik Johari apabila
anaknya mengalihkan perhatian ke arah perhentian bas yang baru mereka lalui.
“Tak
jadilah nak cakap dengan ayah, nanti aibkan dia pula, kan dosa pula jadinya
nanti”
“Betul
tu Amila, walau macam mana pun, dia tu tetap kawan kamu semenjak tingkatan dua
lagi, cuma ayah nak nasihatkan kamu supaya pandai cari kawan, ayah takut kamu
salah pilih kawan, nanti kamu terpengaruh dengan dia pula, kalau benda baik
takpe juga tapi kalau sebaliknya, habislah anak ayah ni, susah nak berpatah
balik nanti”
“Ya
ayah, ayah jangan risau, Asyikin tu baik orangnya, dialah kawan baik yang Amila
ada dekat sekolah tu” kata Amila dengan bersungguh-sungguh sambil memandang
ayahnya yang masih fokus pada pemanduannya. Namun di hatinya ada sedikit
keraguan dengan sikap Asyikin yang berubah semenjak tadi. Asyikin yang dia
kenal dulu sangat baik. Tidak pernah dia mendengar Asyikin bercerita kepadanya
perihal lelaki inikan pula melihat berdua-duaan dengan lelaki.
Selepas
solat Magribh, dia menelefon Asyikin untuk meminta kepastian tentang kejadian
petang tadi. Hatinya tidak tenteram memikirkan kawan baiknya itu.
“Assalamualaikum
Asyikin, aku nak minta maaf pasal tadi” kata Amila sambil berjalan ke ruang
tamu rumahnya.
“Wa’alaikumussalam
Amila, aku dah tak marah kat kau, tadi aku emosi sikit” jawab Asyikin dengan
tenang di dalam biliknya.
“Huh,
lega sikit hati aku ni, kau kawan aku. Aku taknaklah nanti persahabatan kita
terputus. Aku nak tanya sikit boleh tak? Tapi kau jangan marah pula ye.” Tangan
Amila menekan punat berbentuk bulat di alat kawalan jauh televisyen untuk
memasang televisyen.
“Tanyalah,
aku tak marah punya”
“Tadi
kau balik dengan siapa? Aku nampak kau dengan seorang lelaki tadi dekat bus
stop” tanya Amila dengan berhati-hati agar kawannya tidak tersinggung.
“Emm..
tadi aku… balik dengan pengerusi Syazwanilah, kau biar betul, takkanlah aku nak
jumpa lelaki pula” jawab Asyikin dengan sedikit getar namun dia mangawalnya
daripada begitu jelas bunyinya.
“Oh,
mungkin aku silap tengok tadi, sorry ye” kata Amila sambil menggigit kukunya.
“It’s
okay.” Perbualan mereka berakhir setelah masing-masing memberi dan menjawab
ucapan salam.
Kan
aku dah cakap, Asyikin tak mungkin buat benda tak elok, tapi tadi aku rasa
memang dialah, Hish, Amila wake up! Dia kan kawan kau, takkanlah kau tak
percaya cakap dia?, ligat Amila berfikir sementara televisyen terus terpasang
tanpa ada yang menontonnya.
Dia
menutup kembali televisyen dan masuk ke kamar tidurnya. Dia membuka hadiah
cabutan bertuah yang dia dapat. Perlahan-lahan dia membuka pembalut hadiah yang
begitu cantik. Lukisan beruang comel menghiasi pembalut hadiah itu. Pembalut
hadiah ni boleh guna balik untuk dilekatkan di atas meja belajar nanti, kata
hatinya. Hadiah yang dia dapat berupa kelengkapan alat tulis jenama Stabilo
yang menjadi kegemaran kebanyakan pelajar di sekolahnya. Dia menyimpan hadiah
itu di dalam almari untuk dipakai pada tahun hadapan.
Kemudian
dia mengambil buku Pengerusi PSS. Dia membelek-belek helaian kertas di dalam
buku itu. Hanya tiga halaman depan yang bercetak, selebihnya kosong. Halaman
pertama ialah senarai kandungan buku itu yang perlu dia isi, halaman kedua
mengenai tugasan seorang Pengerusi Pengawas Pusat Sumber dan halaman terakhir
yang bercetak ialah senarai nama ahli pengawas PSS sesi pagi serta sesi petang.
Dia teringat kembali tugas barunya menjelang sesi persekolahan yang tidak lama
lagi bermula. Tinggal beberapa hari sahaja lagi. Baju pengawas PSS dan semua
kelengkapan sekolah dan asrama telah dia siapkan awal-awal. Dia berazam akan
menjadikan tahun 2014 sebagai tahun yang cemerlang baginya. Dia tidak akan
sia-siakan tahun 2014 yang menjadi tahun akhir baginya sebagai pelajar sekolah.
0 comments:
Post a Comment
Komen daripada pembaca amat dialukan-alukan.
Sebutir kata yang dihasilkan boleh mengubah seseorang kepada yang lebih baik.