Novel: Sungguh,
“Tadi
tu siapa? Main mesra abang dengan dia?” marah Nura Afyna sambil mencampak beg
tangannya ke sofa berdekatan katil. Ahmad Ilman segera menutup pintu bilik
hotel sebelum ada orang terdengar perbalahan mereka.
“Dia bukan siapa-siapa sayang” jawab
Ahmad Ilman dengan nada yang sederhana sambil tangannya memegang lengan
isterinya.
“Tipulah abang tak ada hubungan
dengan dia” Nura Afyna menepis tangan suaminya. Ahmad Ilman terdiam.
“Kenapa abang diam, cakaplah abang
ada hubungan dengan dia” bentak Nura Afyna sehingga matanya tidak menganjak
sedikit pun daripada terus memandang suaminya.
“Sayang..abang..” Ahmad Ilman
tertunduk.
“Semenjak malam pertama kita
hinggalah hari ni, macam-macam berlaku, abang rahsiakan apa dari sayang” tanpa
menunggu jawapan daripada suaminya dia terus meluahkan apa yang terbuku di
hatinya.
“Sayang, bagi abang peluang jelaskan
semua ni” rayu Ahmad Ilman sambil mengejar isterinya yang berjalan menuju ke
dalam bilik air.
“Bila Syamira kata ada perempuan
keluar dari rumah hari tu, sayang tak percaya, tapi sekarang sayang percaya
abang memang curang belakang sayang, dahlah.. hantar sayang balik U” Nura Afyna
menangis teresak-esak. Dia tidak mampu menahan sakit di hatinya. Perbuatan
suaminya benar-benar merobek sedikit kepercayaannya terhadap suaminya.
“Ba..ik, kalau.. itu yang sayang…
nak” Ahmad Ilman akur dengan keputusan isterinya. Isterinya terlalu sedih. Dia
berharap isterinya dapat memaafkan dia.
Nura Afyna mengemas bajunya sendiri
tanpa mempedulikan suaminya yang turut mengemas baju untuk dibawa pulang.
Percutian di Cameron Highland yang sepatutnya meninggalkan memori terindah
musnah setelah kehadiran Sarah di kedai cenderamata. Bukan ini yang aku
mahukan, aku mahukan kebahagiaan tapi kenapa abang memusnahkan kenangan indah
ini semata-mata perempuan seksi itu, desis hati Nura Afyna.
Ahmad Ilman berasa begitu bersalah
terhadap isterinya kerana merahsiakan semua ini semenjak awal perkahwinannya
dengan Nura Afyna. Maafkan abang sayang, abang gagal mempertahankan rumah
tangga ini, mungkin ini yang terbaik untuk sayang, kesalnya di hati. Kalau
diikutkan mahu sahaja dia memegang erat tangan isterinya untuk menyatakan betapa
dalamnya rasa cintanya terhadap isterinya.
Perjalanan pulang dari Tanah Tinggi
Cameron ke UPM mengambil masa tiga jam. Di dalam kereta mereka hanya membisukan
diri. Ahmad Ilman cuba memujuk isterinya yang tidak henti-henti mengalirkan air
mata di tempat duduk sebelah pemandu. Sesekali tangan Ahmad Ilman mencapai
tangan isterinya, namun ditepis isterinya.
***********************************************
***********************************************
“Kenapa ni, kau ada masalah?”
“Kalau aku bagitahu kau, kau jangan
beritahu sape-sape ya, kau ingat lelaki yang bawa aku ke klinik haritu, dia
suami aku”
“Apa? Biar betul kau ni, janganlah
main-main pula” mata Athirah membulat dan mulutnya ternganga kebingungan sambil
menepuk bahu Nura Afyna.
“Muka aku ni main-main ke? Aku
tengah sedih ni, dia curang belakang aku”
“Oh,
patutlah mesra aku tengok kau dengan dia, betul ke dia curang, macam mana kau
tahu”
“Masa aku balik hari tu, ada seorang
perempuan, seksi pula tu, dia peluk suami aku dari belakang, suami aku siap
cium tangan dia, macam mana aku tak sakit hati,pedihnya still terasa dekat hati
ni”
“Bukan aku nak bela dia Fyna, tapi
kau dah dengar penjelasan dia, betul ke dia curang, mana tahu dia ingat kau
yang peluk dia, yelah dari belakang pulak perempuan tu peluk dia”
***********************************************
Hazmi perasan perubahan sikap Nura
Afyna yang tidak melayan dia apabila menyapanya. Dia memerhatikan Nura Afyna
dari jauh setiap kali mahu pulang ke kolej. Langkah kaki Nura Afyna sangat
lambat seakan-akan mengelak daripada memijak semut yang berjalan di hadapannya.
0 comments:
Post a Comment
Komen daripada pembaca amat dialukan-alukan.
Sebutir kata yang dihasilkan boleh mengubah seseorang kepada yang lebih baik.