Novel: Sungguh,
Dua
insan yang dilamun cinta berjalan beriringan di jalan batu bata yang hitam pekat.
Jalan baru yang sudah beberapa hari diturap sungguh sempurna luarannya. Cuaca
yang mendung tidak sesekali menghalang pasangan suami isteri untuk meluangkan
masa bersama. Cuti semester yang berjalan tidak dibiarkan berlalu tanpa
aktiviti yang dapat merapatkan hubungan antara Nura Afyna dan Ahmad Ilman.
Sesekali mereka saling berpandangan meluahkan rasa rindu di hati. Makin erat
Ahmad Ilman menggengam tangan isterinya, makin dalam juga rasa cintanya pada
isterinya. Nura Afyna tersenyum melihat suaminya seperti takut melepaskan
dirinya.
“Abang, kuat sangat abang genggam
tu” katanya sambil mengusap-usap lengan suaminya.
“Ye ke” Ahmad Ilman membuat muka
tidak bersalah.
“Betul” lagi kuat Nura Afyna genggam
tangan suaminya sambil mengukir senyuman sehingga nampak gigi arnabnya.
“Aduh..sakit, sakit… abang main-main
je, janganlah marah” kata Ahmad Ilman sambil mengibas-ngibas tangannya yang
sakit.
“Ingat tangan sayang ni macam roti
ke, lembut..gebu..dan mudah penyek”
“Alamak, angin makin kuat, macam nak
hujanlah sayang, jom kita balik ke dalam kereta” Ahmad Ilman menarik lengan
isterinya supaya berlari menuju ke kereta. Pandai lari topik ye abang ni, bisik
hatinya. Belum sempat mereka masuk ke dalam kereta, hujan lebat turun membasahi
bumi. Mereka berteduh sebentar di bawah pondok kecil yang ada. Baju Nura Afyna
kebasahan sehingga menampakkan tubuhnya. Hal itu membuat Ahmad Ilman menelan
air liur. Nasib baik Fyna dan aku je yang ada dekat sini, desis hatinya. Dia membuka
baju T lengan pendek yang dipakainya. Nura Afyna terkejut dengan tindakan
suaminya. Gila apa suami aku ni?, gumam hatinya. Dia buat tidak tahu dan hanya
menjeling suaminya yang berada di sisinya.
“Sayang,
pakai baju ni”
“Kenapa
pula, nampak badan ke?”
“Pakai
ajelah, nanti orang nampak”
“Bukan
jarang pun baju ni, tak naklah baju abang besarlah”
“Banyak
cakap pula sayang ni, dah..dah angkat tangan” Nura Afyna menurut kata suaminya
dengan mengangkat tangan. Suaminya menyarungkan bajunya ke badan isterinya.
“Abang
macam mana, tak sejuk?”
“Tak
pe, abang okay, abang rela sejuk daripada orang nampak tubuh isteri abang”
Isterinya terus memeluk suaminya dari sisi.
“Terima
kasih abang ”
Hujan yang lebat pada awalnya kembali reda. Mereka
meninggalkan pondok dan menuju ke kereta. Ahmad Ilman mengambil baju tambahan
yang ada di dalam kereta. Huh, nasib baik aku bawa baju spear, kalau tak…
sejuklah aku dekat dalam kereta ni, bisik hatinya. Walaupun Nura Afyna memakai
baju dua lapis, bajunya tetap lembap sehingga tidak selesa dipakainya..
“Abang,
balik cepat, sayang sejuklah”
“Nak
baliklah ni, kalau tak tahan, tukar baju tu dengan baju abang satu lagi dekat
belakang tu”
“Tukar
dekat sini?”
“Yalah.”
Nura Afyna tergumam. Takkan dekat dalam kereta pula, malulah kalau ada orang
nampak.
“Abang ,
singgah sekejap dekat toilet boleh ? Tukar baju dekat sana, sempitlah tukar
dekat sini, nanti ada orang tengok macam mana? Hah, abang juga yang dapat dosa ”
Betul
juga tu, apalah aku ni, tak fikir dulu, hatinya membenarkan kata-kata isterinya.
Dia melemparkan senyuman kepada isterinya dan meneruskan perjalanan. Dia
singgah ke sebuah kedai makan. Mereka memesan makanan untuk makan tengah hari.
Sementara menunggu makanan yang dipesan siap, Nura Afyna menukar pakaian di dalam
tandas yang disediakan.
Nura
Afyna membuat persiapan untuk menyambut hari jadi suaminya ke-24. Dia merancang
untuk membuat kejutan di rumahnya. Ahmad Ilman pergi ke pejabatnya seperti
biasa. Malah dia sendiri terlupa hari jadinya jatuh pada hari ini. Nura Afyna
membeli bahan-bahan untuk membuat kek. Setelah sudah siap semuanya, dia masukkan
acuan kek ke dalam ketuhar untuk dipanaskan.
“Assalamualaikum
bapa, ni Fyna” tutur Nura Afyna kepada bapa mentuanya.
“Wa’alaikumussalam ,
ada apa call bapa ni ?”
“Sebenarnya
Fyna nak buat surprise dekat abang, bapa tahu tak hadiah apa yang akan buat
abang terharu”
“Hadiah ?
Sekejap..bapa fikir, emm..apa kata Fyna beli barang yang Ilman akan pakai
selalu, lelaki memang suka kalau macam tu, kalau beli barang yang perlu
disimpan memang susah nak dijaganya lagipun bapa kenal sangat Ilman tu, dia
bukannya pandai simpan barang dia, ada je yang hilang, pening bapa dibuatnya.
“Oh
macam tu ye bapa, oklah..Fyna dah ada idea nak beli apa, terima kasih bapa,
Assalamualaikum”
“Fyna .. sekejap, satu lagi bapa nak
pesan, ajaklah orang lain, meriah sikit, misalnya bapa ke..”
“Oh lupa pula, bapa datanglah rumah
kami petang ni”
“Bapa gurau je, tak ajak pun, bapa
akan datang, Ilman satu-satunya anak yang bapa ada, mestilah bapa nak kongsi
kegembiraan bersama kamu semua”
Dia pergi ke pasar raya yang
berdekatan untuk membeli hadiah hari jadi suaminya setelah meminta izin
daripada suaminya. Hadiah kali ini pasti menggembirakan abang, warna barang ni
pun warna kesukaannya, kata hatinya. Hadiah itu dibungkus sebaik-baiknya dengan
pembalut hadiah. Kebetulan ketika mahu pulang, dia bertemu dengan Hazmi dan
rakan-rakannya. Dia disapa dahulu oleh Hazmi. Terpaksalah dia berhenti berjalan
dan menyahut sapaan Hazmi.
“Amboi Fyna, happy semacam kau hari
ini, oh lupa pula, dekat dengan orang tercinta kan, patutlah”
“Salah ke nak happy, tak kacau kau
pun, atau kau jeleous” kata Fyna sambil menjengket-jengket bulu keningnya.
“Tak ada maknanya Fyna, tengok
kawan-kawan aku, ada yang kau kenal tak?”
“Sekejap .. aku perhatikan
betul-betul, eh..tu kan.. abang Megat, yang jadi pengawas waktu sekolah rendah
kan”
“Apalah kau ni, muka dia tak berubah
kan, ke kau tengok gf dia”
“Itu miss universe kan , apa ke
namanya… Sa ..”
“Sarah!”
“Macam mana mereka boleh jadi
kekasih ni?”
“Soalan kau tu sama macam soalan
yang aku nak tanya kau selama ni, macam mana kau boleh jadi isteri kepada
Ilman?”
“Eh, tanya balik aku, itu secretlah,
dahlah, aku banyak kerja dekat rumah tu, aku balik dululah”
Nura Afyna menghias ruang tamu untuk
menyambut kepulangan suaminya juga hari jadi suaminya. Di atas meja dilapik
dengan alas meja yang baru dibeli beberapa hari yang lalu. Sudu, garpu, pinggan
dan cawan diletakkan di tepi meja manakala kek diletakkan di bahagian tengah
meja. Hadiah yang baru dibelinya diletakkan di dalam bilik. Dia berasa malu
untuk tunjukkan hadiah tersebut di hadapan bapanya sedangkan hadiah yang
dibelinya biasa-biasa sahaja. Sementara menunggu kepulangan Ahmad Ilman, dia
membersihkan dirinya di kamar mandi dan menukar pakaian yang cantik untuk
meraikan suaminya itu.
Ahmad Ilman mendapat panggilan
daripada bapanya. Bapanya telah membuka cerita mengenai hari jadinya pada hari
ini. Lantas, Ahmad Ilman mengetahui tujuan isterinya yang meminta izin
daripadanya untuk ke pasar raya. Dia memberitahu ayah mentuanya dan emak
mentuanya mengenai majlis hari jadinya. Mereka mahu berkumpul bersama-sama.
Namun, Syamira tidak larat untuk turut serta walaupun beberapa kali dipujuk oleh
Puan Mahirah. Aku tak nak rosakkan majlis ni, kalau kak Fi tengok muka aku ni,
mesti dia berperang dengan aku, kata hati Syamira. Ahmad Ilman membeli sedikit
makanan untuk memeriahkan majlis. Dia solat di rumah ayah mentuanya sementara
menunggu mak mentuanya menukar pakaian.
Lama Nura Afyna menunggu suaminya
pulang sehingga dia terlena di atas sofa. Dia terlalu letih membuat persiapan
untuk menyambut ulangtahun kelahiran suaminya. Semasa suaminya pulang, dia
tidak sedar akan kehadiran suaminya lalu terkejut apabila mengetahui ada emak
dan ayahnya di hadapannya.
“Eh, abang dah balik kerja, mak dan
ayah pun ada” kata Nura Afyna sambil bangun daripada terus terbaring. Dia
mencapai tangan suaminya untuk membantunya bangun lalu dia mencium tangan
suaminya.
“Ya sayang, cepat siap, abang dah
tak sabar nak makan kek yang sayang buat tadi”
“Alah, abang dah tahu, ingatkan nak
buat surprise, tak jadilah rancangan Fyna, mak dengan ayah duduk dulu ya, Fyna
ambilkan air” ajuk Nura Afyna kepada suaminya lantas memeluk emak dan ayahnya
yang amat dirinduinya.
Majlis hari jadi berjalan dengan
lancar seperti diharapkan. Bapa, ayah dan emaknya telah pulang ke rumah
masing-masing. Sekarang tinggal Nura Afyna dan Ahmad Ilman di rumah. Ahmad
Ilman menolong isterinya mengemas semula rumah. Nura Afyna menunggu masa yang
sesuai untuk memberi hadiah kepada suaminya.
Mana hadiah birthday aku, bila
isteri aku nak bagi ni, aku siap buat surprise dekat dia kut dulu, bagi hadiah
cincin dan bunga lagi tu, gumam hati Ahmad Ilman semasa mengelap meja. Nura
Afyna membasuh pinggan sambil berfikir ayat romantis yang ingin diucapkan pada
suami nanti di dalam bilik.
“Sayang…sayang, jom masuk bilik”
Ahmad Ilman memanggil isterinya dengan nada lembut.
“Ya abang” sahut Nura Afyna. Masuk
bilik ? Ada makna lain ke tu ?, desis hatinya .
Ahmad Ilman sedang membuka baju
kemeja semasa Nura Afyna memasuki bilik. Nura Afyna mula mengeluarkan hadiah
daripada almari bajunya. Hadiah itu disorokkan di belakang badannya.
“Abang” “Sayang” serentak Nura Afyna
dan Ahmad Ilman saling berpandangan dan memanggil antara satu sama lain.
“Tak pelah, abang cakap dulu, hari
inikan birthday abang” kata Nura Afyna setelah menunggu beberapa saat untuk
suaminya membuka bicara.
“Oh, takpe-takpe, sekarang giliran
sayang pula cakap, tadi pun abang yang banyak cakap”
“Abang, surprise!” Nura Afyna
menghulurkan hadiah kepada suaminya sambil mengukir senyuman lebar dan
mengerdip matanya beberapa kali.
“Apa ni?” jawab suaminya dengan rasa
tidak bersalah. Namun dalam hatinya sudah memancar-mancar cahaya gembira.
“Hadiahlah..” Nura Afyna menundukkan
wajahnya tanda merajuk. Ahmad Ilman merapatkan jaraknya dengan isterinya lalu
memeluk isterinya.
“Terima kasih sayang”
“Abang ni kan… saja buat sayang
macam ni” kata Nura Afyna dalam pelukan suaminya. Ahmad Ilman mengambil hadiah
daripada isterinya lalu melepaskan pelukan dan duduk di atas katil. Dia menepuk
katil beberapa kali menyuruh isterinya duduk di sebelahnya. Nura Afyna duduk di
sebelah suaminya dan terus menundukkan wajahnya.
“Boleh tolong bukakan tak sayang”
kata Ahmad Ilman sambil menghulurkan bungkusan hadiah tadi kepada isterinya.
Kenapa dengan abang aku ni, sekejap dia buat aku rasa nak merajuk, sekejap dia
buat jantung aku berdegup kencang memahami maksud di sebalik perbuatannya itu,
desis hatinya.
“Abanglah buka, barulah ada rasa
berdebar-debar hati abang tu” Nura Afyna menolak tangan suaminya ke arah dada
suaminya.
“Okey..kalau macam tu, tapi malam
nantilah, abang tak mandi lagi ni”
“Laa… sekaranglah” kata Nura Afyna
sambil memuncungkan mulutnya.
“Yelah, yelah abang buka sekarang” Ahmad
Ilman membuka balutan hadiah dengan sangat gopoh. Ternganga mulut Nura Afyna
dibuatnya.
“Baju ni… yang abang tengok hari tu
kan, terima kasih ya sayang” Ahmad Ilman menayangkan baju kemeja-t berwarna
merah lalu memadankan pada badannya. Elok-elok sahaja saiznya.
“Ya, sama-sama, abang suka tak?”
“Mestilah, sayang bagilah apa-apa
hadiah sekalipun, abang pasti suka, tapi kalau tak cukup duit nanti, bagitahu
abang ya, jangan sorok-sorok, mahal baju ni” kata Ahmad Ilman setelah melihat
jenama baju kemeja-t.
“Tengah sale sekarang ni, tu yang
sayang ambil baju ni, abang janganlah risau”
<<Bab 25
0 comments:
Post a Comment
Komen daripada pembaca amat dialukan-alukan.
Sebutir kata yang dihasilkan boleh mengubah seseorang kepada yang lebih baik.