Novel : Sungguh, Tulus Menyayangimu
Oleh : Nabihah Taquddin
Bab 11
Pagi
yang mendung seakan-akan akan hujan tidak lama lagi. Hati Nura Afyna
berdebar-debar menanti keputusan kemasukan ke universiti pada waktu tengah hari
nanti. Pagi ini dia pergi ke rumah makciknya yang berada di kampung untuk
majlis tahlil sempena menyambut bulan Syaaban. Dia dan Fatihah memandu kereta
ke kampung bagi mewakili keluarga mereka yang tidak dapat hadir. Masa majlis
tahlil berlangsung, tangan Nura Afyna sentiasa memegang telefon bimbitnya. Dia
menunggu sehinggalah matahari sudah berada tegak di atas kepala. Dia menghantar
pesanan ringkas mengikut format yang telah ditetapkan oleh pihak UPU untuk
mengetahui keputusannya melalui pesanan ringkas namun dia tidak dapat maklumat
seperti yang dijanjikan. Mungkin berjuta orang hantar sms dalam masa yang sama
sampai jam sistem ni, katanya di
dalam hati. Orang yang berada di hadapannya asyik memerhatikan tingkah lakunya
yang sambil lewa semasa makan hidangan yang disediakan. Matanya asyik memandang
telefon sambil tangannya menyuapkan nasi ke dalam mulut.
Sampai sahaja di rumah, dia membuka laman web UPU dengan penuh cermat untuk mengetahui keputusan kemasukan ke universiti. Dia mendapat tawaran belajar ke IPTA di Universiti Putra Malaysia dalam aliran yang paling diminatinya. Dia menjerit keriangan saat membaca makluman yang terpampang di skin komputer. Dia seterusnya menelefon mak dan ayahnya. Emak dan ayahnya pun turut gembira. Suaminya yang berada di pejabat sedang bertungkus lumus menyiapkan tugasan yang perlu disiapkan. Macam mana dengan Fyna ye, rindulah dekat dia, kata hati Ahmad Ilman. Semenjak peristiwa dia memarahi isterinya, kasihnya terhadap isterinya makin bertambah. Untuk meluahkan rasa rindunya, dia memberi sms kepada isterinya.
Assalamualaikum kasihku, sayang
macam mana sekarang? Abang rindu kat sayanglah.. I love you
Nura Afyna yang mendapat sms daripada suaminya tersenyum-senyum sendirian. Betul kata orang, bercinta lepas kahwin itu lagi best. Kasih Nura Afyna kepada suaminya juga begitu. Dia lebih sedar yang seorang suami perlu dihormati.
Wa alaikumussalam Abang Man, Fyna
sihat. Luv u too..abang
Ahmad Ilman yang mendapat maklum balas daripada isterinya terlompat-lompat kegembiraan ketika membaca ayat ‘luv u too..abang’. Apa tidaknya, isterinya sering mamanggilnya sebagai Abang Man, tak seronok rasanya, panggilan abang itu lagi nikmat untuk didengari. Dia tidak sabar pulang ke rumah untuk bertemu dengan buah hatinya. Jarum pendek jam telah menunjukkan tepat jam lima petang. Cepat-cepat dia thumb print, dan memasuki kereta Perodua Viva berwarna hijau muda miliknya. Kuncinya dimasukkan ke dalam ignition switch untuk menghidupkan enjin. Dia memandu kereta dengan berhemah menuju ke rumahnya. Sampai sahaja di rumah, dia menelefon isterinya.
“Assalamualaikum
sayang, abang dah sampai ni, dah ada di depan rumah, buka pintu sayang.”
“Waalaikumsalam
abang, ya Fyna datang pergi buka pintu, tunggu ya abang”
Isterinya membuka pintu dengan melemparkan senyuman yang manis kepada sang suami dan menyalaminya. Dia berasa tenang dan segala masalahnya di pejabat bagaikan hilang seketika berawang-awangan di udara memberikan ruang untuknya berehat bersama isteri tersayang. Nura Afyna sudah menyediakan makanan untuk suaminya. Pada hari ini dia berasa sungguh gembira sehingga rajin membuka laman sesawang yang berkaitan masakan untuk memasak makanan yang enak supaya dapat dimakan bersama. Walaupun tak mahir memasak makanan-makanan yang berat seperti gulai, sup dan rendang, dia cuba memasak juga untuk memikat hati suaminya. Dia tahu suaminya pasti ingin merasai air tangannya. Memandangkan telur masak merah ialah makanan kegemarannya dan mungkin makanan kegemaran suaminya, dia mencari resipi dan memasak masakan tersebut. Sebagai pelengkap makan malam, dia memotong buah betik kepada beberapa potongan dan memasak lauk sayur.
Makanan telah sedia hidang di atas meja bulat di ruang makan. Cuma tunggu masa untuk dirasai. Mungkin lauk hanya sedikit tapi cukuplah untuk beginner seperti dirinya. Ahmad Ilman melihat makanan yang terhidang di atas meja dan berasa pelik sedikit. Bila masa pula isteri aku pandai masak ni, desis hatinya.
“Abang, mari kita makan bersama-sama, Fyna masak
tau, rasalah mesti sedap punya” kata isterinya.
“Sayang masak? Mesti sedap ni, rezeki jangan
ditolak, perut pun… dah lapar ni, jom kita makan”
Mereka makan dengan seleranya. Seperti biasa, suaminya mengetuai doa makan. Masakannya habis licin dimakan suaminya. Terkejut juga dia dibuatnya, rupanya dia memang berbakat dalam bab-bab memasak telur masak merah yang selalu emaknya buat. Suaminya dengan semangatnya berkata sesuatu kepadanya semasa menjamah makanan.
“Sedapnya,
mana sayang belajar ni? Kalau dari dulu macam ni, setiap hari abang nak rasa
masakan Fyna” puji suaminya.
“Terima kasih abang, sayang
memang pandai masak cuma tak nak buat je”
“Ye
la tu, mak dah bagi tahu abang yang sayang ni tak pernah masak apa-apa lauk kat
rumah tu, tapi ada apa ya tiba-tiba je ada mood nak masak ni”
“Sayang
ada berita gembira nak bagi tahu abang, sayang dapat tawaran masuk U di UPM”
katanya dengan manja.
“Wah,
baguslah macam tu, bila masuk?”
“Lagi
dua minggu, nanti kita beli barang ya”
Berita itu memang menggembirakan Ahmad Ilman namun dia turut berasa sayu. Dia akan berjauhan dengan isterinya. Universiti Putra Malaysia (UPM) bukannya dekat. Dia perlu memandu berjam-jam untuk ke sana. Dia juga perlu menanggung pembelajaran isterinya. Walaupun ayah mentuanya setuju untuk menanggung separuh bayaran dari pembelajaran isterinya di UPM, namun dia turut berasa bersalah kerana Nura Afyna kini bawah tanggungannya. Pastinya selepas Nura Afyna berjaya menamatkan asasinya, isterinya ingin melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi dan memerlukan pembiayaan yang lebih tinggi. Dia perlu berusaha untuk mendapatkan pendapatan yang lebih sedikit untuk menanggung semua ini. Setelah selesai makan, dia ke dapur membantu isterinya membasuh pinggan. Dia sentiasa teringat saat dulu waktu ibunya masih hidup, dia melihat ibunya bersama-sama bapanya membasuh pinggan. Dulu, dia tengok memang tak ada apa-apa yang istimewa tapi bila dia berfikir semula, pasti ada kemanisan apabila sang suami membantu isteri di dapur. Dia membantu membasuh pinggan setelah itu memasuki bilik air untuk mandi. Dia terus berjalan menuju ke bilik air, namun isterinya memanggilnya.
“Abang,
tunggu kejap. Biar sayang bukakan baju abang” kata isterinya. Kenapa dengan
isteri aku ni, buang tabiat apa, tak pernah-pernah manja dengan aku ni?, gumam
hatinya.
“Tak
mengapa sayang, abang boleh buka sendiri” dia cuba menolak pelawaan isterinya.
“Apa abang ni, malu-malu pula, kita kan suami isteri
apa salahnya, bukannya buat apa-apa” pujuk isterinya sambil membuka butang-butang
baju kemejanya.
Dia berdiri diam dan melihat isterinya melakukan hal sedemikian. Berdebar juga hati dibuatnya. Kena kuat ni, nanti terlanjur pula dibuatnya, tapi apa salahnya, dia kan isteri kau, kau ada hak, bermacam-macam difikirkan olehnya semasa melihat isterinya di hadapannya betul-betul dekat dengannya seolah-olah ingin menggodanya. Dia cuba untuk mengelak daripada melakukan sesuatu yang menyebabkan isterinya berbadan dua. Dia akhirnya memeluk isterinya secara tiba-tiba. Isterinya berasa cemas. Adakah masanya sudah tiba?, isterinya cuba menenangkan fikiran. Agak lama dipeluknya, namun dilepaskan rangkulannya apabila dia teringat yang dia belum lagi menunaikan solat asar. Cepat-cepat dia memasuki bilik air dan menenangkan dirinya.
Apa
aku buat ni, Fyna masih belajar Ilman, dia cuba tenangkan diri. Nura Afyna
begitu terkejut dengan tindakan suaminya yang melepaskan rangkulan hangat tadi.
Biar betul lelaki ni, kuat betul iman dia, bermacam-macam alasan yang ditekanya.
Setelah selesai menunaikan solat asar, Ahmad Ilman duduk bersebelahan isterinya di atas sofa berwarna biru laut. Mereka menonton drama melayu ‘Cinta itu Milikku’ yang telah tiga puluh minit bersiaran di TV3. Nura Afyna buat tak tahu sahaja apabila suaminya duduk di sebelahnya. Isterinya terus melayan drama kegemarannya. Ahmad Ilman hanya ingin menemani isterinya menonton televisyen. Manalah dia menyukai cerita-cerita romantik ni, kalau filem aksi boleh lah dengan jiwa dia. Tapi demi isteri yang tersayang diturutkan juga dirinya untuk menonton televisyen bersama-sama. Mungkin peristiwa tadi membingungkan dirinya. Memang dulu dia seorang mata keranjang tapi tak adalah sampai terlanjur dengan mana-mana perempuan. Dia memang nak meneruskan niatnya di hati tapi dia perlu juga menitikberatkan soal masa depan isterinya yang akan tinggal di UPM dan berjauhan dengannya. Tak sanggup dia melihat isterinya seorang diri menderita menjaga baby dalam perut. Banyak benda yang perlu dia tahu mengenai perempuan. Kematian emak pada usia yang masih muda menyukarkan dia untuk memahami perempuan terutama yang jenis suka pendam dalam hati.
Pada malam itu, dia bersembang dengan isterinya mengenai percutian mereka ke Tanah Tinggi Cameron pada hari minggu yang akan datang. Pelbagai rancangan yang mereka fikirkan. Sebelum isterinya pergi melanjutkan pelajaran, semestinya dia ingin meluangkan masa bersama isterinya. Mereka ingin bercuti selama tiga hari dua malam di sana. Perancangan-perancangan yang disetujui bersama ditulis dalam sebuah buku khas yang diberi nama ‘Diari Kami’ yang warnanya berjalur-jalur merah dan biru. Kemudian dia bertanya kepada isterinya setelah semuanya direkodkan di dalam buku.
“Sayang,
apa pendapat sayang jika Allah mengurniakan rezeki kepada kita dengan kehadiran
seorang anak” katanya sambil mengenggam tangan isterinya.
“Abang,
setiap perempuan itu pastinya menginginkan seorang anak dalam hidupnya, kalau
abang sendiri macam mana?" kata isterinya dengan lembut dan penuh kasih
sayang.
“Abang
pun teringinkan seorang anak yang dapat menyerikan rumah tangga kita tapi sayang
kena ingat satu benda” jawabnya dengan nada yang rendah namun serius.
“Kita
kena penuhkan dada kita dengan ilmu agama sebelum kita ada anak kelak supaya
kita dapat melahirkan anak yang soleh dan solehah” sambungnya. Nura Afyna hanya
menggangguk tanda memahami nasihat suaminya.
Kata-kata suaminya ada benarnya. Dia berasa ilmu agamanya belum cukup lagi untuk melahirkan zuriat yang soleh dan solehah untuk suaminya. Terharu dia dibuatnya, selama ini dia tidak tahu bahawa lelaki yang berada di depan matanya ini berpandangan jauh. Ahmad Ilman ingin isterinya memahami status dirinya sebagai ketua keluarga. Sebelum tidur, Nura Afyna menawarkan diri untuk mengurut belakang suaminya kerana dia kesian melihat keadaan suaminya yang begitu sibuk dengan kerjayanya di siang hari.
“Abang, kenapa ada parut di belakang
badan ni?” Nura Afyna terkejut melihat badan suaminya semasa suaminya mengubah
posisi daripada duduk kepada meniarap.
“Parut tu… parut kenangan... sayang”
tenang sahaja jawapan daripada suaminya.
“Kenangan apa? Abang tak mahu
ceritakan?”
“Sayang, sebabkan parut ni lah,
abang berjaya hari ini”
“Abang kena pukul?”
“Tak, abang kena tarbiah”
“Takpe ke Fyna urut ni, tak sakit?”
“Abang ok, sayang teruskanlah”
Ahmad
Ilman berasa lega setelah badannya diurut oleh isterinya lantas mengurut badan
isterinya pula sebagai tanda penghargaan. Walaupun kedua-duanya tiada cara
khusus untuk mengurut, namun bila jari-jemari yang lembut menyentuh bahagian-bahagian
yang lenguh pastinya akan memberikan rasa yang selesa dan tenang. Akhirnya
mereka tertidur di atas katil yang empuk setelah berbual-bual soal hati
masing-masing.
<<Bab 10
<<Bab 10
Bab 12>>
0 comments:
Post a Comment
Komen daripada pembaca amat dialukan-alukan.
Sebutir kata yang dihasilkan boleh mengubah seseorang kepada yang lebih baik.