Sinopsis Karya (Novel)

NOVEL


Novel : Bila Hati Suka
LIA mencintai Zarul sepenuh hati. Walaupun ramai jejaka hensem yang inginkan dia, namun dia tetap setia dengan cinta zaman sekolahnya.  ZARUL pengurus syarikat di ibu kota. Walaupun harta berlimpah ruah namun dalam soal hati, masih rasa kekosongan. Semua staff perempuan di pejabatnya​​ telah menggoda dia, namun tiada satu pun yang menyebabkan dia jatuh hati.  Mampukah hati Lia dan Zarul bersatu?












Novel : Sungguh, Tulus Menyayangimu
Usianya baru 18 tahun, namun dia telah mendapat gelaran puan. Fyna gadis sopan yang  pernah kecewa kerana kecurangan teman lelakinya di sekolah, berkahwin dengan Ilman, pemuda tampan dan pekerja ayahnya yang paling muda. ​ Ilman merupakan seorang playboy semasa zaman remajanya. Namun berubah sikap setelah kematian ibu yang disayangi. Dia mencintai Fyna pada saat pertama melihat Fyna lalu bernekad untuk menjadikan Fyna isterinya untuk yang pertama dan akhirnya. ​ Adakah perkahwinan yang bahagia akan dikecapi oleh Fyna dan Ilman?












Novel : Pengerusi Amila

Pada tahun akhirnya sebagai pelajar tingkatan lima di sebuah sekolah kluster, Amila telah dilantik menjadi seorang pengerusi dalam Lembaga Pengawas Pusat Sumber Sekolah. Dalam tempoh itu juga, pelbagai dugaan dan cabaran bertubi-tubi hadir dalam hidupnya. Cita-citanya untuk menjadikan PSS di sekolahnya sebagai Pusat Sumber Cemerlang 2014 hampir musnah. Adakah dia akan berjaya mendapatkan anugerah tersebut ketika dia menjadi tunjang dalam organisasi PSS di sekolahnya?

0 comments:

Post a Comment

Komen daripada pembaca amat dialukan-alukan.
Sebutir kata yang dihasilkan boleh mengubah seseorang kepada yang lebih baik.

About Me