Novel : Sungguh, Tulus Menyayangimu
Oleh : Nabihah Taquddin
Bab 10
Di
pagi hari seperti hari-hari sebelumnya, Nura Afyna berasa sangat letih. Tak
tahu sebabnya. Dia lantas bangun dari katil dan masuk ke dalam bilik air untuk
mandi. Suaminya sedang menggosok baju kemeja untuk dipakai ke pejabat. Suaminya
hanya memerhati gelagatnya. Usai mandi, dia mencari pakaian untuk dipakai dan
meneruskan niat untuk solat subuh. Suaminya perasan perubahannya.
“Sayang ok ke?”
“Ok je, cuma rasa lenguh
dekat belakang badan ni”
“Selalu macam ni ke?”
“Jaranglah, tapi pernah
juga sakit sangat”
“Nak abang urutkan”
suaminya mempelawakan diri.
“Tak apalah Abang Man,
nanti sihatlah tu, Abang Man cepatlah siap nanti lambat pula nak punch card”
“Kalau sayang sakit,
bagi tahu lah abang ya, jangan sorok-sorok dari abang”
“Abang Man…ni sikit je,
Abang Man jangan risau ya”
Dia pergi ke dapur, siapkan sarapan
untuk dimakan bersama. Hari ini, dia teringin makan telur. Aku masak telur
masak setengahlah, mesti Abang Man suka, kata hatinya. Roti disapu mentega dan
dibakar, jadilah roti bakar. Telur pula hanya rendam seketika di dalam air
panas. Dah siap!.
“Emm, sedapnya bau”
“Isteri siapa…?”
“Isteri abanglah” mereka
tersenyum seketika.
“Abang Man makanlah
dulu, Fyna nak masuk bilik sekejap”
“Jangan lama sangat,
abang nak makan dengan sayang”
Dia masuk ke bilik untuk mengambil
baju kotor. Baju kotor dimasukkan ke dalam mesin basuh. Dipulas sembilan puluh
darjah di punat bahagian wash. Dia
kembali duduk di meja makan menemani suaminya bersarapan. Suaminya menyuruh dia
mencuit-cuit roti bakar supaya mudah dimakan. Dia tahu suaminya ingin bermanja
dengannya sebelum pergi ke pejabat. Roti telah dicuit dan pinggan diletakkan
kembali di depan suaminya. Habis licin pinggan itu. Dia menghantar suaminya di
depan pintu dan bersalaman dengan suaminya.
“Abang pergi kerja dulu,
sayang kalau nak ke mana-mana, call abang dulu”
“Ya, Fyna akan call
abang, Abang Man buat kerja dengan ikhlas ya”
“Abang ikhlas, demi
hidup kita berdua”
“Kirim salam dekat ayah
ya”
“In shaa Allah” Dia
mencapai tangan suaminya dan mencium
dengan lembut.
Tengah hari ni, aku nak masak apa
ya?, katanya sendiri. Sebekas bawang tak
pernah diusiknya. Daun pun telah tumbuh di badan bawang. Sememangnya, dia tak
pernah masak makanan-makanan berat. Suaminya akan pulang waktu rehat dengan
membeli lauk-pauk di luar. Paling mudah yang pernah dia masak hanyalah telur
mata kerbau. Selain itu, nasi goreng cina dan nasi goreng kampung. Dia bukannya
tak tahu masak, tapi takut tak menjadi. Emaknya memang pernah mengajarnya
memasak tapi dia belum mahir sepenuhnya. Malulah kalau Abang Man rasa lauk yang
tak cukup rasa, bisik hatinya. Belakangnya masih sakit. Aku senggugut ke ni?,
katanya sendiri. Minyak panas diambilnya di dalam kotak first aids. Disapu-sapunya di bahagian yang sakit. Huh, lega sikit,
katanya. Dia tertidur di atas sofa sehinggalah suaminya pulang untuk makan
tengah hari dan solat zohor. Ahmad Ilman terkejut isterinya masih lena di ruang
tamu. Dia mengejutkan isterinya sambil belakang tangannya merasakan dahi
isterinya. Panas!
“Sayang, bangun sayang”
“Oh Abang Man, maaf,
Fyna tertidur, tak sempat nak masak” kata isterinya apabila tersedar daripada
tidur.
“Tak apa, abang dah beli
lauk” katanya sambil menunjukkan beberapa bungkusan plastik berisi lauk di
tangan kanannya.
“Sayang okey ke?”
sambungnya.
“Fyna…aduh sakitnya
belakang” jawab isterinya sambil mengurut-urut belakang badannya. Dia memimpin
isterinya ke dalam bilik. Isterinya mengerang kesakitan. Dia jadi tidak tentu
arah. Kenapa dengan isteri aku ni sebenarnya, orang mengandung macam ni ke?,
tanyanya di hati.
“Abang Man makanlah
dulu, Fyna nak rehat, sakit lagi ni”
“Sayang.. bagi tahu
abang, apa yang perlu abang buat sekarang ni, sayang sakit apa?”
“Mungkin senggugut”
“Senggugut? Apa tu,
penyakit orang mengandung ke?”
“Ish, mana ada
mengandung, sakit bila datang darah haid”
“Oh.. manalah abang
tahu, habis tu macam mana ni?”
“Macam mana apa? Dah,
dah pergi makan”
“Sekejap..sekejap, nanti
beli pad ya, dah habis” sambung isterinya sebelum dia keluar dari bilik.
“Pad?” langkahnya
terhenti.
“Emm.. tuala wanita,
kalau boleh jenama Stayfree” terang isterinya sambil menunjukkan plastik
bungkusan Stayfree.
Waktu pulang dari pejabat, dia
singgah ke kedai untuk membeli tuala wanita. Aku nak beli benda ni?!, getus
hatinya. Tak boleh jadi ni, mana nak letak muka, sekali jumpa dengan teman
pejabat, sambungnya lagi. Dia melihat sekeliling, memastikan tiada sesiapa yang
mengunjungi lorong yang adanya pelbagai jenis jenama tuala wanita. Bila tiada
sesiapa, dia memecut dan mancari jenama yang diminta isterinya. Hadapannya
sekarang tuala wanita jenama stayfree tapi dia bingung untuk memilih. Sebabnya ada
pelbagai jenis: wing, non-wing, maxi, slim, dan overnight. Apa aku nak pilih ni?.
Otaknya ligat mengingati bungkusan plastik yang isterinya tunjuk tadi. Namun,
tiada apa-apa yang terlintas di fikirannya. Kosong!. Lalu dia menelefon
isterinya bertanyakan hal itu. Isterinya hanya menjawab maxi. Dia mencari pad seperti yang diperkatakan. Namun apabila
dilihat ada dua jenis iaitu maxi with wing dan maxi no wing. Lagilah pening dibuatnya. Susah-susah aku belilah
dua-dua, kata sepakat di hatinya berkata.
Dia pulang ke rumah dan memberikan isterinya
barang yang diminta. Nura Afyna terkejut suaminya membeli dua bungkus tuala
wanita lantas berterima kasih kepada suaminya. Dia menyimpan kedua-dua jenis
pad ke dalam almari.
“Sayang, kalau tak
keberatanlah, apa bezanya” tanya suaminya.
“Nak tahu ni? Malulah”
“Eh, malu pula, nanti abang
juga yang pening nak beli yang mana satu”
“Ok..ok, tapi jangan
beritahu orang lain ya”
“Maxi kalau banyak, slim
kalau sikit, wing pula kalau nak save
daripada terbocor, overnight untuk waktu malam, tu pun kalau terlalu banyak
alirannya” sambungnya lagi.
“Oh..” Hakikat
sebenarnya Ahmad Ilman tidak faham langsung penjelasan daripada isterinya. Dia
hanya mengangguk seolah-olah memahaminya.
<<Bab 9
Bab 11>>
0 comments:
Post a Comment
Komen daripada pembaca amat dialukan-alukan.
Sebutir kata yang dihasilkan boleh mengubah seseorang kepada yang lebih baik.