Novel : Sungguh, Tulus Menyayangimu
oleh : Nabihah Taquddin
Bab 5
“Aku terima nikahnya Nura Afyna binti Fadhli dengan
mas kahwin seribu satu ringgit tunai” dengan sekali lafaz, kini Nura Afyna sah
menjadi isteri kepada Ahmad Ilman.
Doa
dipanjatkan tanda kesyukuran kepada Illahi. Ahmad Ilman melakukan solat sunat
nikah sebelum menyarungkan cincin ke jari pengantin perempuan.
“Ya Allah, kukuhkanlah hubungan ini. Ya Allah, aku
bersyukur kepadamu kerana telah mengizinkan aku menjadi teman hidupnya” doa
Ilman selepas selesai menunaikan solat sunat nikah.
Kegembiraan
bercampur sedih dirasakan Nura Afyna saat lafaz nikah dilafaz Ahmad Ilman. Dia
bersyukur kini dia telah sah menjadi isteri kepada Ahmad Ilman. Dia juga sedih
kerana dia akan berpisah tempat tinggal dengan mak dan ayahnya. Emaknya mencium
pipi anak kesayangannya dengan penuh kasih sayang. Air matanya mengalir
sejernih mata air. Tiada kata yang dapat dia ungkapkan saat ini.
Kini
tibalah masanya pengantin lelaki menyarungkan cincin ke jari manis pengantin
perempuan. Itulah kali pertama Ahmad Ilman memegang tangannya yang lembut bak
sutera. Dahinya dikucup lama oleh Ahmad Ilman. Hati Nura Afyna begitu malu. Semua
mata tertumpu padanya. Senyuman terukir di bibirnya. Kini giliran Nura Afyna
untuk mencium tangan suaminya. Mukanya menjadi merah padam. Nura Afyna
teragak-agak untuk melakukan perkara itu. Akhirnya, dia mencium tangan Ahmad Ilman
setelah semua menantikan dia untuk melakukan hal itu. Sinar lensa kamera
menyinari rumah Nura Afyna. Dia bagaikan bidadari yang turun dari langit. Semua
mata memandang kearahnya yang berseri-seri. Biasalah hari ini dia digelar raja
sehari.
Kawan-kawannya mengucapkan tahniah
kepadanya. Kawan-kawan Ahmad Ilman juga turut mengucapkan tahniah kepada mereka
berdua. Setelah selesai majlis, keluarga kedua-dua belah pihak memperkenalkan
diri. Secara tidak langsung, ukhuwah antara mereka dengan keluarga kedua-dua
belah pihak terjalin.
Ketika
sanak-saudara belah pengantin perempuan mula memenuhi rumah emak dan ayahnya, Nura
Afyna sibuk berada di dapur membasuh pinggan-pinggan yang ada. Dia terlupa yang
kini dia dah jadi isteri orang bukannya masih anak dara yang sering diusik
supaya rajin mengemas rumah. Cepat-cepat dia bersiap dan kemudian pergi mandi. Sewaktu
memasuki bilik pengantin, suaminya baru keluar dari bilik air dengan hanya
memakai tuala aras pinggang. Dia sudah malu-malu dan terus memasuki bilik air
tanpa berkata apa-apa. Ahmad Ilman yang memandang hanya tersenyum dengan
tingkah laku isterinya yang seperti budak tahun tiga berlari-lari nak rebut
bilik air. Nak buat macam mana kahwin dengan budak tak matang. Dia ketawa kecil.
Nura Afyna mendengar ketawa suaminya. Takpe, nanti aku pula gelakkan kau, bisik
hatinya.
Sesungguhnya
ku ada hati, padamu yang manis selalu, cintaku kini untuk kamu
Nura
Afyna menyanyi perlahan ketika mencurah air ke tubuhnya. Gembira hatinya saat
ini walaupun baru digelakkan oleh suaminya. Misi dia seterusnya untuk
mengalahkan Ahmad Ilman.
Suaminya
telah siap memakai baju cuma dia yang belum siap. Walaupun sudah sah sebagai
suami isteri, dia masih memakai tudung di hadapan suaminya. Dia malu hendak
membuka tudung. Nanti suaminya fikir yang dia ingin menggoda suaminya.
“Fyna
ni apahal, buka je lah tudung tu”
“Mana
boleh”
“Tak
nak buka ya?”
“Tak
nak”
“Betul
tak nak buka ni, atau… nak abang bukakan” kata Ahmad Ilman sambil
menjengket-jengket keningnya.
“Hah!”
Nura Afyna melarikan diri terus menuju ke kamar air.
“Dahlah
Fyna, abang tak kacau Fyna dah, abang tunggu dekat luar”
“Betul
ni?”
“Ya
sayang” Ahmad Ilman terus keluar dari bilik. Dia menunggu di depan pintu sambil
membaca surat khabar.
Selepas memakai tudung, Nura Afyna keluar ke
ruang tamu untuk bertemu dengan sanak-saudaranya. Semua yang ada memerhati
setiap tingkah laku pengantin baru. Yang muda-muda dan sebaya dengannya, semuanya
sudah tersenyum-senyum. Apa tidaknya, orang lain umur 18 tahun masih single, dia pula sudah naik satu tingkat
iaitu berstatus just married.
“Lepas ni nak main dengan siapa lagi ye Fyna. Kau
dah jadi isteri orang” kata Fatehah.
“Ala Teha, kalau kau nak main dengan aku datang je
lah rumah aku, aku pasti Ilman kasi punya” balas Nura Afyna setelah melihat
wajah Fatehah yang sudah monyok
kerana kesedihan.
“Budak 18 tahun main-main lagi ke? Tak matang betul
la hampa ni. Tak boleh datang rumah.” Ahmad Ilman kacau daun.
“Apa abang ni, bukan orang lain pun, sepupu Fyna
juga” Nura Afyna berkata dengan nada yang tinggi sedikit namun dengan manja.
Sanak
saudara yang lain terdengar kata-katanya, terus tergelak kerana dia membahasakan
suaminya dengan panggilan abang.
“Romantis sungguh pengantin baru ni, apa tunggu lagi,
jomlah mulakan acara buka hadiah, Makcik Nor dah tak sabar nak tengok hadiah
apa yang korang dapat.”
Kata-kata
Makcik Nor mendapat sokongan dari tetamu yang hadir. Mereka memulakan acara
membuka hadiah. Syamira membacakan semua ucapan yang tertulis di setiap kad.
Meriah sungguh. Dari satu hadiah ke satu hadiah dibukanya. Semuanya
cantik-cantik sehinggalah ke satu hadiah yang sangat misteri. Tiada nama
pengirim ditulis, hanya ucapan yang menyakitkan hati mereka.
Selamat pengantin baru
Seronoklah dapat aku punya
Aku akan ambil balik apa yang
menjadi hak aku
Ilman tu tetap milik aku
Tiada siapa yang boleh milikinya
- S-
Semua
yang hadir terkejut. Ahmad Ilman turut terkejut. Apa makna semua ini?, hati Nura
Afyna berbicara.
“Saya harap semua bertenang, saya tak pernah
ada apa-apa hubungan dengan mana-mana perempuan. Hanya Fyna yang saya cintai,
yang ada di hati ini. Percayalah.” Ahmad Ilman mencelah bagi menenangkan
keadaan.
Semua
yang hadir kembali tenang namun masih ada yang tertanya-tanya siapa gerangan
pengirimnya. Acara seterusnya adalah berbarbeque di halaman rumah. Ahmad Ilman
turut membantu untuk menarik perhatian isterinya. Dia tidak mahu melihat
isterinya bersedih lagi dengan perkara itu. Namun jauh di sudut hatinya, dia
masih memikirkan siapalah perempuan yang namanya bermula dengan huruf ‘S’ dan sungguh
berani memberi hadiah itu.
Sanggupkah Fyna menahan calar di hatinya
walaupun baru menjadi seorang isteri?, tanya Ahmad Ilman dalam hati. Sesungguhnya
Allah sedang menguji hambaNya yang baru membina mahligai rumah tangga. Setelah
selesai, semua yang hadir pulang ke rumah masing-masing. Nura Afyna kelihatan
gembira. Ahmad Ilman memerhatikan isterinya dari jauh. Hatinya turut lega apabila
melihat wajah Fyna yang bersih itu. Malam sudah pun tua, semua penghuni rumah masuk
tidur. Hanya Ahmad Ilman dan Nura Afyna yang masih terjaga di dalam bilik
pengantin. Nura Afyna duduk dia atas katil dan termenung tanpa berkata apa-apa.
Ahmad Ilman memasuki bilik pengantin dan menutup pintu bilik. Dia memanggil
isterinya dengan lembut.
“Sayang...Kenapa
termenung ni?” Ahmad Ilman memanggil Nura Afyna namun tidak disahut olehnya.
Ahmad
Ilman mendekati isterinya yang sedang duduk di birai katil. Saat bahu isterinya
disentuh olehnya, isterinya mula menangis teresak-esak. Nura Afyna tak sanggup
menerima khabar yang begitu menyakitkan hatinya. Deritanya tak dapat dipendam lama-lama
dalam hati. Dia hanya tertunduk kerana malu sekiranya suaminya melihat wajahnya
yang sedang kemerah-merahan akibat menangis. Hati mana yang tidak sedih kalau
ada orang lain yang ingin menghancurkan kebahagiaan yang baru sahaja dikecapi.
Ahmad Ilman hanya diam kerana dia tahu isterinya tidak akan menghiraukan
kata-kata yang keluar daripada mulutnya. Dia lantas memeluk isterinya dengan
begitu erat. Dia tak mahu isterinya menanggung seorang diri masalah yang
menimpa mereka pada waktu ini. Malah, pelukan mampu memberi rasa ketenteraman
dan pengubat bagi hati yang sedih.
Kesakitan
yang dialami Nura Afyna semakin terasa ringan disaatnya dalam dakapan suaminya.
Meskipun Ahmad Ilman tampak lebih tenang fizikalnya, namun dia tetap berasa sakit
hati daripada luahan perasaan insan yang merahsiakan nama itu. Setelah tangisan
isterinya reda, dia cuba membuka pin tudung yang terletak di bahagian tengkuk
isterinya. Isterinya hanya menurut. Sememangnya Ahmad Ilman berhak melihat
rambut isterinya. Setelah beberapa tahun Nura Afyna menjaganya daripada dilihat
lelaki ajnabi, kini sudah tiba masanya untuk dipersembahkan kepada yang berhak.
Suaminya terpaku melihatnya.
“Ilman?”
katanya apabila suaminya seakan-akan tidak bergerak.
“Ya”
suaminya masih melihatnya, hanya mulut sahaja yang bergerak.
“Sayang
cantik sangat” Kata suaminya lagi sambil membelai rambutnya.
“Terima
kasih Ilman” Nura Afyna mengukir senyuman dan tertunduk malu.
“Pandanglah
abang lagi, janganlah malu depan abang”
“Fyna
letihlah Ilman, Ilman tidurlah atas katil, biar Fyna tidur atas lantai” Nura
Afyna bingkas berdiri dan mengambil bantal. Aduh isteri aku ni, baru nak start romantik, getus hati suaminya.
“Eh..eh,
tak boleh macam tu, isteri abang…., tidur sebelah abang” lembut tutur katanya.
Dia menepuk-nepuk katil perlahan tanda arahan tidur disebelahnya. Nura Afyna
menjengketkan sebelah kening. Boleh percaya ke ni, nanti buat apa-apa macam
mana, fikirnya di dalam hati.
“Takut
ye, takut abang buat macam-macam?”
“Eh,
mana ada!” Nura Afyna buat muka selamba. Dia naik atas katil dan baring sebelah
suaminya. Dia terus menutup mukanya dengan selimut. Ahmad Ilman hanya tersenyum
dan menutup lampu. Akhirnya mereka tertidur dalam kegelapan malam yang hanya
ditemani bintang-bintang bekerlipan di langit.
“Sayang,
marilah ke sini, tolong abang kejap” rayu Ahmad Ilman kepada isterinya.
Nura
Afyna berasa begitu malu apabila Ahmad Ilman membahasakan dirinya dengan
panggilan sayang. Kalau semalam mungkin dia tidak ambil kisah, tapi hari ini,
fikirannya benar-benar waras.
“Apa sayang-sayang,
panggil Fyna cukuplah, geli telinga ni mendengarnya” kata Nura Afyna.
“Tak boleh ke?”
“Tak”
“Suka hatilah nak kata
apa, abang tetap nak panggil sayang” Ahmad Ilman menegakkan pendiriannya.
“Yelah,yelah” Nura Afyna
akhirnya mengalah.
“Macam tulah, barulah
syok” suaminya mecolek hidungnya dengan jari telunjuk.
Syok?
Apa yang syoknya, kata hatinya. Walaupun Nura Afyna menjawab dengan tidak sopan
terhadap suaminya, namun dia tetap membantu suaminya mengemas barang-barang keperluan
yang mereka dapat. Ahli keluarga yang lain semuanya telah pulang ke rumah
masing-masing. Kini dia berada di pangkuan Ahmad Ilman yang telah sah menjadi
suaminya. Memandangkan rumah sewa Ahmad Ilman berdekatan, mereka pulang sekejap
ke rumah.
“Kenapa nangis ni? Kita kan baru kahwin, senyumlah
sikit” Ahmad Ilman memujuk isterinya apabila menyedari air mata isterinya
megalir membasahi pipi semasa mereka mengemas barang-barang yang ada.
Ahmad
Ilman terus menyeka air mata Nura Afyna dengan ibu jarinya. Mata mereka
bertelagah. Denyutan nadi Nura Afyna menjadi laju. Dia kemudiannya tersenyum.
Ahmad Ilman pun membalas senyuman manis itu.
“Sebenarnya Fyna rindu kat mak dan ayah” jawab Nura
Afyna perlahan.
“Sayang janganlah menangis, rumah kita tak jauh pun,
kalau Fyna rindu kat mak dan ayah, kita boleh ke sana” pujuk Ahmad Ilman.
Sebenarnya
Ahmad Ilman begitu kekok untuk memujuk isterinya tapi memandangkan dia telah
menjadi ketua keluarga, dia gahkan juga untuk memujuk Nura Afyna yang kini
telah menjadi miliknya. Betapa bahagianya dirinya saat ini. Dapat menikahi
insan yang dicintainya. Berapa ramai yang memikatnya dulu, akhirnya Nura Afyna
juga yang menjadi jodohnya. Niat ikhlasnya akhirnya termakbul.
<<Bab 4
<<Bab 4
Bab 6>>
0 comments:
Post a Comment
Komen daripada pembaca amat dialukan-alukan.
Sebutir kata yang dihasilkan boleh mengubah seseorang kepada yang lebih baik.