Bila Hati Suka
oleh : Nabihah
Bab1
Pagi yang ceria nan indah memancarkan sinar cahaya yang terang benderang memasuki ruang bilik Lia. Mataku terkebil-kebil dari tidur nyenyak. Sungguh geram rasa di hati kerana telah terjaga dari mimpi yang indah. Ahh..siapalah yang membuka langsir ni, aku mendengus. Perlahan-lahan aku membuka mata untuk melihat orang yang telah mengejutkanku pagi buta ini. Aku melihat jam loceng di sebelah katil. Apa? Dah 10 pagi! Alamak aku lewat. Terus terjaga badanku yang terasa lemah ini.
“Bangun.. bangun, Lia, dah pukul berapa ni, tak pergi sekolah ke hari ni?” ibu mencelah.
Sungguhku terlupa aku perlu ke sekolah pada pagi Sabtu ini untuk menyiapkan persiapan Majlis Perpisahan Guru Pusat Sumber Sekolah di sekolahku. Selesai mandi, aku ke sekolah tanpa sempat untuk bersarapan. Aku sepatutnya berada di sekolah jam lapan pagi, tapi sekarang aku dah terlewat lebih dua jam. Uhh..Matilah kena marah dengan Zarul! Aku mengayuh basikal selaju yang mungkin dan terus memasuki dewan besar sekolahku. Semua orang sibuk dengan kerja masing-masing. Nasib baik tiada sesiapa yang perasan akan kehadiranku di sini. Semasa aku memasuki pintu utama dewan, bunyi orang berdehem hingap ke telingaku. Macam ku kenal suara ni, bisik hatiku.
“Lambatnya, tidur mati nampak!” sergah ketua pengawas PSS. Aku memalingkan kepala ke belakang, memang sah dialah Zarul. Apa? Zarul? Malunya.. mana nak letak muka ni..
“Ya, saya lambat tuan, hehe..jangan marah ye.” Cepat-cepat aku meloloskan diri daripada berada di hadapan mukanya yang begitu ketat ketika itu. Sudah menjadi kebiasaan bagiku untuk memanggil Zarul sebagai tuan memandangkan aku naib ketua pengawas PSS dan umur Zarul hanya tua dua tahun daripada aku. Kami akan menduduki peperiksaan awam tahun ini dan apabila menghadapi masalah dalam menguruskan pusat sumber, kami berdua akan berasa tertekan.
Ketika aku berada di
dewan, semua benda telah hampir selesai. Aku hanya melihat sekeliling yang sedang berlaku. Goyang kaki je la aku.. peduli apa kan, haha..sekali sekala, apa
salahnya. Melihatkan kepenatan di wajah
setiap anak buahku setelah selesai membuat kerja, tergerak pula hatiku untuk
buat minuman kepada mereka. Aku pergi ke kantin sekolah seorang diri. Semasa membancuh air kordial anggur, Zarul menghampiriku.
“Oi, dah la lambat datang, goyang kaki pulak dia, ingat aku tak perasan ke apa kau buat tadi”marah Zarul.
“Lia tahulah, tu sebablah Lia bancuh air ni, tak nampak ke?”jawab Lia. Mataku turut menjeling pada Zarul. Terkunci terus mulut Zarul. Mungkin letih nak bertekak denganku. Tidak aku sangka, Zarul menghulurkan tangannya untuk membantuku mengangkat jug besar yang berisi air anggur ke dewan sekolah. Aku hanya membawa cawan-cawan ke dewan. Aku pelik melihatnya, tadi marah-marah tapi tak ada angin tak ada ribut hulurkan juga bantuan kepadaku. Berdegup jantung aku dibuatnya. Sayang juga dia kat aku.

>>>Bab 2
0 comments:
Post a Comment
Komen daripada pembaca amat dialukan-alukan.
Sebutir kata yang dihasilkan boleh mengubah seseorang kepada yang lebih baik.