Sinopsis Karya (Cerpen)

CERPEN


Cerpen : Cintaku Berputik Di Padang Kaherah

Cinta Sabrina dan Fairuz bersemi di padang Kaherah. Sabrina pelajar Malaysia yang belajar di sebuah universiti di Kaherah, mengalami peristiwa yang tidak terjangka olehnya. seseorang telah membantunya saat dia pengsan di sebuah padang. Apabila mata terbuka dirinya sudah berada di sebuah rumah besar yang tidak dikenalinya. bagaimana cinta mereka boleh berputik?












Cerpen : Doa Kudus Bidadari Hatiku
Rumahtangga Khairul dan Maizatul bahagia lima tahun yang lepas. Namun Allah menguji mereka dengan ujian yang hanya mampu bertahan oleh seseorang yang begitu teguh imannya. Maizatul tak henti-henti berdoa moga mahligai yang dibina tetap utuh. Apa ujian yang sangat berat untuk mereka berdua tanggung?












Cerpen : Kau Tetap Isteriku
Untuk menghilangkan rasa bersalah Dato Fizz terhadap Hazril, dia telah menjodohkan anaknya dengan Hazril. Hazril yang membuat keputusan terburu-buru merasakan dirinya dianiaya oleh Dato Fizz. Dia merasakan pembunuh bapanya itu mengahwinkan dia dengan anaknya yang telah tiada maruah lagi. Egonya tercabar lalu menyakiti isterinya dalam tempoh masa yang agak lama. Lina sentiasa ikhlas menerima perbuatan suaminya kerana baginya syurga di bawah kaki suaminya. Adakah akan ada sinar bahagia untuk mereka?

0 comments:

Post a Comment

Komen daripada pembaca amat dialukan-alukan.
Sebutir kata yang dihasilkan boleh mengubah seseorang kepada yang lebih baik.

About Me