Novel: Sungguh,
Jemputan ke majlis perkahwinan
Nura Afyna binti Fadhli
Dan pasangannya
Ahmad Ilman bin Hafizuddin
Megat
Arif membaca sekeping kad undangan majlis perkahwinan yang diberikan oleh Hazmi
kepadanya. Hazmi menjemput kawannya untuk menemaninya pergi ke majlis
perkahwinan Nura Afyna. Hazmi tidak ada kekuatan untuk melihat Nura Afyna
menikah dengan Ahmad Ilman namun dia mungkin terlepas untuk melihat senyuman
paling bahagia daripada kawan lama merangkap cinta pertama waktu zaman
sekolahnya.
Semasa
Megat Arif membelek kad kahwin, Sarah ada di hadapannya sedang menikmati sajian
waktu tengah hari. Sarah terbaca nama Ilman di kad kahwin lantas mengambil kad
itu untuk mendapat kepastian. Memang sah dia Ilman yang aku kenal dulu, bisik
hati Sarah.
“Kenapa
ni, main ambil je” marah Megat Arif kepada kekasihnya.
“Sorrylah
Bi, nama ni macam honey pernah kenal ”
“Honey
kenal ke ? Jomlah ikut sekali nanti, temankan Bi dan Hazmi pergi sana”
“Ikut ?
Tak bolehlah, Sabtu ni ada modelling shoot, tapi kalau Bi tolong bagikan hadiah
honey dekat pengantin tu boleh tak?”
“Boleh
je honey” kata Megat Arif sambil meletakkan kad kahwin di atas meja. Ahmad
Ilman bin Hafizuddin, sekarang kau yang akan aku kejar, kata hati Sarah
sementara mulutnya menyedut jus tembikai.
Menu makan tengah hari di Hotel
Impiana sudah menjadi makanan rutin bagi pasangan kekasih yang sudah dua tahun
berhubungan. Megat Arif mengenali Sarah semasa mereka bersama-sama membuat
pengambaran di London bagi sebuah majalah fesyen di sana. Keluarga Sarah
merestui hubungan mereka dan memberikan kepercayaan kepada Megat Arif untuk
menjaga Sarah selama mereka berada di Malaysia.
Setelah selesai makan, Megat Arif
menemani Sarah membeli belah di sebuah pasar raya. Sarah bagaikan bidadari bagi
Megat Arif dan semua kemahuan Sarah diturutinya.
“Bi, honey nak baju ni dan kasut ni,
boleh ya” Sarah membodek Megat Arif agar membelikan keperluannya.
0 comments:
Post a Comment
Komen daripada pembaca amat dialukan-alukan.
Sebutir kata yang dihasilkan boleh mengubah seseorang kepada yang lebih baik.