Novel: Pengerusi Amila
oleh : Nabihah Taquddin
BAB 1 - MAJLIS AKHIR
TAHUN YANG BERSEJARAH
(Part 1 of 2)
“Sukacita
saya maklumkan Naib Pengerusi kita, Amila Johari layak menyandang jawatan
Pengerusi PSS pada tahun depan, dengan khidmatnya sebagai Pengawas PSS selama tiga tahun, saya tak
teragak-agak untuk memilihnya menggantikan saya pada tahun hadapan, saya yakin
Amila boleh memimpin kalian pada tahun depan.
Amila, sila ke depan untuk memperkenalkan diri dan memberi sedikit
ucapan sebagai Pengerusi PSS 2014 di SMK Raja Perempuan”
Amila
bingkas bangun dari kerusi berenda biru di meja AJK. Dia maju ke atas pentas
dan berdiri sebelah Pengerusi Syazwani. Para guru dan pengawas memberi tepukan
kepada Amila semasa dia berjalan menuju ke atas pentas yang dihias cantik itu.
Dia melemparkan senyuman manis sebelum berucap di hadapan semua guru dan
pengawas Lembaga Pengawas Pusat Sumber Sekolah. Majlis Akhir Tahun anjuran
Lembaga Pengawas Pusat Sumber Sekolah yang diadakan di Hotel Syuen berlangsung
dengan begitu meriah.
“Assalamualaikum
saya ucapkan kepada semua guru dan pengawas PSS. Terima kasih kepada Pengerusi
Syazwani dan semua yang hadir kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk
menyandang jawatan ini. Saya sendiri pada awalnya tak menyangka yang saya akan
terpilih untuk menjadi pengerusi sedangkan masih ramai lagi yang layak
menyandangnya. Saya yakin semua telah mengenali saya jadi tak perlulah saya
memperkenalkan diri lagi. In shaa Allah, saya akan cuba sedaya upaya untuk
memimpin kawan-kawan dan menjadikan PSS kita tempat yang paling berharga di
hati setiap pelajar pada tahun hadapan. Saya mengharapkan kawan-kawan dapat
membantu saya menjadi seorang pengerusi yang berdedikasi terhadap tugasnya
kerana seorang ketua tidak akan berdiri teguh tanpa adanya anak buah yang
sentiasa membantunya. Terima kasih sekali lagi saya ucapkan” Amila mengakhiri
ucapannya sambil tunduk sedikit tanda hormat. Pengerusi Syazwani seterusnya
menyerahkan buku laporan Pengerusi PSS yang baru kepada Amila tanda penyerahan
jawatan Pengerusi PSS. Di bahu Amila
saat ini terpikul satu lagi tanggungjawab selain menjadi seorang anak, kakak
dan calon Sijil Pelajaran Malaysia tahun 2014. Setelah itu, Amila dan Pengerusi
Syazwani mengambil tempat duduk di meja AJK.
“Seterusnya
saya menjemput semua guru dan pengawas PSS untuk menjamu selera” kata Masturina
selaku juruacara majlis.
Semua
yang hadir ke bahagian belakang dewan untuk mengambil sajian yang telah
disediakan oleh pihak hotel. Keadaan dewan hotel yang dilengkapi pendingin hawa
dan diiringi muzik jazz menambah lagi kemeriahan majlis pada petang itu. Dalam
kesibukan semua pelajar dan guru memilih makanan untuk dijamu, Amila
memerhatikan anak-anak buahnya yang tidak lama lagi akan dipimpin olehnya.
Bergetar jiwanya untuk menyandang jawatan Pengerusi PSS kerana baginya jawatan
itu antara jawatan terpenting di sekolahnya yang kini dikenali sebagai sekolah
kluster.
“Dah
makan, dah kenyang, sekarang tibalah masa untuk kita enjoy! Okay, sebelum itu,
terlupa pula saya, kita mulakan dengan penyampaian hadiah tanda kenangan kepada
AJK-AJK PSS tahun 2013. Saya mulakan dengan Pengerusi kita, siapa lagi kalau
bukan senior Syazwani Mokhtar, seterusnya bakal Pengerusi tahun 2014, senior Amila
Johari, Setiausaha, Hanani
Shuhaimi, Bendahari…” kata Masturina dengan nada yang ceria yang diselangi
tepukan dan gelak tawa daripada pengawas. Puan Zunita berdiri di atas pentas menyampaikan hadiah
kepada barisan AJK PSS tahun 2013. Hadiah kenangan berupa buku dan sijil
penghargaan itu sudah pastinya amat berharga bagi mereka.
“Sekarang,
acara yang dinanti-nantikan semua, acara cabutan bertuah! Tengok nombor dalam
kad masing-masing, hadiah misteri menanti kawan-kawan. Saya akan memanggil
sekali je, siapa lambat, nasiblah. Saya persilakan Amila untuk mencabut nombor
bertuah.” Semua pengawas melihat nombor yang terpapar di kad masing-masing.
Amila memilih nombor bertuah secara rawak di dalam sebuah kotak. Beberapa
nombor diambil dan diberikan kepada Masturina untuk diumumkan kepada semua.
Amila masih berada di atas pentas untuk menyampaikan hadiah kepada pemenang
cabutan bertuah.
“Ok,
sekarang ni di tangan saya ada sepuluh nombor bertuah, nombor pertama ialah 5.”
Keadaan sepi ketika nombor bertuah disebut. Semua pengawas melihat kad
masing-masing. Semua tertanya-tanya bila tiada sesiapa yang naik ke atas
pentas.
“Nampak
gayanya orang yang pegang nombor ni tak nak hadiah, senior Amila punya ke?”
Amila melihat kad yang berada di dalam poket seluarnya apabila disuruh dan
ternyata tekaan Masturina adalah benar.
“Yalah,
nombor saya, maaf ya semua” kata Amila sambil tersenyum malu. Semua ketawa
sendiri. Puan Mira naik ke atas pentas untuk memberi hadiah kepada Amila yang
sememangnya sudah berada di atas pentas. Hadiah bertukar tangan dan Amila
meletakkan hadiahnya di atas meja sebelum nombor bertuah seterusnya disebut.
Acara
cabutan bertuah diteruskan dengan cabutan nombor daripada guru-guru Lembaga
Pusat Sumber Sekolah. Ada yang mendapat hadiah besar, ada juga sebaliknya.
Semua berpuas hati dengan hadiah yang diterima mereka.
“Seterusnya
kita akan saksikan persembahan dari setiap tingkatan, dipersilakan”
Persembahan
pertama dipersembahkan oleh pengawas PSS tingkatan satu, diikuti pula Pengawas
PSS tingkatan dua, tiga dan empat. Persembahan yang tidak terjangka. Ternyata
pengawas PSS berbakat dalam pelbagai bidang, bukan hanya membaca buku di
perpustakaan semata-mata. Persembahan kemuncak merupakan persembahan daripada pengawas
PSS tingkatan lima dan enam yang bergabung dalam satu persembahan. Mereka telah
menyanyikan lagu ‘Kenangan Terindah’. Walaupun itu lagu lama, namun bait
liriknya mampu menyentuh pengawas PSS yang lain termasuklah guru-guru sehingga
ada yang mengalir air mata. Jasa mereka sebagai seorang pengawas pusat sumber
akan dikenang sampai bila-bila.
“Nampak
gayanya kita telah barada di penghujung majlis, saya menyusun sepuluh jari
memohon maaf sekiranya sepanjang saya mengacara majlis ini ada tersalah bahasa
atau tersinggung hati, jumpa lagi di tahun hadapan, sebelum pulang, tunggu di
lobi hotel untuk mengambil gambar beramai-ramai sebagai kenangan, sekian terima
kasih”
“Amila,
jom kita balik sama-sama, naik teksi” kata Asyikin selepas sesi fotografi
selesai.
“Syikin,
ayah aku dah sampai, kalau nak tumpang, jomlah” jawab Amila yang sedikit diulit
rasa bersalah.
“Oh
ya ke, takpelah Amila, aku balik dengan Pengerusi Syazwani, dia lagi baik dari
kau” kata Asyikin dengan nada sedih dan sedikit menyindir Amila.
“Maaf
sangat-sangat, aku bukannya taknak balik dengan kau tapi aku ada hal lepas ni,
lagipun aku dah janji dengan ayah aku nak balik dengan dia” Hati Amila bagaikan
dicarik-carik dengan pencakar apabila Asyikin membandingkan dia dengan
pengerusi Syazwani. Salah ke apa yang aku kata pada Asyikin?, kata hati Amila
ketika menuju ke arah kereta Perodua Kancil milik ayahnya.
0 comments:
Post a Comment
Komen daripada pembaca amat dialukan-alukan.
Sebutir kata yang dihasilkan boleh mengubah seseorang kepada yang lebih baik.