Thursday, April 23, 2015

Apa! Dah final?



Assalamualaikum pembaca budiman,

Sekarang ni saya dah menghampiri fasa terakhir sebagai seorang pelajar asasi. Minggu depan bermulalah ujian akhir untuk semester tiga. Maka, berakhirlah sesi kuliah di pusat asasi.

Dan seterusnya akan diganti dengan batch ke 11 pada bulan 5 ini.

Ada orang tanya saya, best ke belajar di UPM ni, ambil sains pertanian.

Senang je nak jawab soalan tu, mudah. (tapi tak semudah yg diperkatakan, semua insan pasti merasainya, cuma berbeza cara menjalaninya)
Tak kiralah kita belajar dekat mana, yang pasti kita bermula dari bawah. Keputusan SPM tidak semestinya menggambarkan pelajaran kita ok atau tidak di sini. Usaha yang akan menentukan pelajaran kita nanti.
Semuanya dengan izin Allah.
Apa yang akan kita belajar di sini bukan dalam kelas semata-mata tetapi kita akan bertemu dengan banyak orang, banyak ragam, banyak pula gayanya. Yelah, di sini bukan sahaja pelajar asasi tetapi ada pelajar degree, pelajar master dan orang awam yang keluar masuk UPM. Nasihat saya, teguhkan pendirian, jangan sampai ada yang merobek keyakinan kita untuk belajar di sini.

Dari segi pelajaran pula, kita akan belajar fizik, kimia, biologi, matematik, english, pertanian dan ict. Utk english dan ict, ikut semester, sama ada belajar waktu semester satu, dua atau tiga. Nampak macam susahkan sebab kena belajar biologi dan fizik serentak. Memang begitu sistemnya tetapi kelebihannya, kita dapat tahu kekuatan kita dekat fizik atau biologi. Dengan itu kita boleh buat pilihan sama ada sambung degree dalam bidang mana. Lepasan asasi UPM boleh pilih bidang lain untuk degree, tidak terhad kepada bidang pertanian sahaja.

Untuk penginapan pula, saya berada di kolej KPZ. Jadi lain kolej, lain pengalamannya. Kolej KPZ ada lima blok (4 blok perempuan dan 1 blok lelaki). Satu bilik ada 2 orang. Kebiasaannya untuk pelajar asasi diletakkan di bilik yang sama. Dalam bilik tu, dah ada meja belajar, katil dan almari untuk 2 orang. Kolej ini strategik tempatnya sebab dekat dengan foodcourt, pusat kesihatan, dan tempat beriadah atau lebih dikenali sebagai bukit ekspo.

Itu sahaja untuk kali ini. Apa-apa pertanyaan, silakan memberi komen di bawah.
Doakan saya dapat menjawab peperiksaan akhir. Semoga semuanya dipermudahkan Allah.
Aamin

2 comments:

Komen daripada pembaca amat dialukan-alukan.
Sebutir kata yang dihasilkan boleh mengubah seseorang kepada yang lebih baik.

About Me