Novel: Sungguh, Tulus Menyayangimu
oleh: Nabihah Taquddin
Bab 21
“Abang…”di tengah-tengah perbualan telefon Nura Afyna dengan suaminya.
“Kenapa ni? Sayang ok ke?” Ahmad
Ilman berasa risau dengan keadaan isterinya.
“Sayang…demamlah abang”
“Makanlah ubat… abang tengah kerja
ni”
“Nak abang jaga..boleh?”
“Sayang…Sayang kena kuat, tak boleh
lemah-lemah macam ni”
“Abang tak sayangkan Sayang ke”
“Abang sayang Sayang, jangan mudah
putus asa ok!”
“Baik..abang” talian dimatikan.
Badan Nura Afyna terasa panas.
Perubahan suhu yang melanda membuat badannya tidak selesa dengan suhu sekarang.
Tidur malamnya tidak cukup. Banyak tugasan yang perlu diselesaikan sehingga
perlu bersekang mata di keheningan malam. Selepas menelefon suaminya, dia terus
mengambil pil demam dan ditelannya dengan sangat terseksa. Tekaknya betul-betul
sakit semenjak semalam. Dia merehatkan diri di dalam bilik. Teman sebiliknya
telah keluar pergi kelas pada waktu pagi. Tinggal dirinya seorang di dalam
bilik. Sementara menunggu matanya dipejam, dia meletakkan tuala basah di atas
kepalanya. Fikirannya kacau bilau. Kenapa abang tak nak rawat aku?, sedihnya di
dalam hati. Akhirnya dia tertidur dengan air mata membasahi pipi.
Adakah aku perlu melawat isteriku di
sana?, fikiran Ahmad Ilman melayang-layang memikirkan isterinya yang sedang
sakit. Dia berasa kesian dengan keadaan isterinya. Aku dah berjanji akan
menjaganya sehingga akhir hayatku, abang sayangkan Sayang, abang tak sanggup
lihat Sayang sakit, luahan hatinya semasa duduk termenung berdepankan tingkap
kaca di sebelah mejanya. Dia mengambil keputusan untuk pulang selepas waktu
rehat. Dia mengemaskan bajunya dan masukkan ke dalam beg galas. Usai solat
zohor, dia memandu keretanya menuju ke kolej isterinya. Setelah beberapa jam
berlalu, dia sudah berada di hadapan kolej. Dia memanggil salah seorang pelajar
di situ. Kebetulan Athirah sedang bersiar-siar di situ.
“Maaf cik, kenal tak
pelajar asasi yang namanya Fyna?”
“Maksudnya Nura Afyna?”
Athirah menjawab meminta kepastian.
“Ya, boleh panggilkan
dia?”
“Tunggu jap ye encik”
Athirah terus meninggalkan Ahmad Ilman.
Di
dalam bilik, kelihatan Nura Afyna masih tidur di atas katilnya. Athirah cuba
mengejutkan kawannya. Dia memanggil nama kawannya beberapa kali. Namun, masih
tidak sedar. Dia menjadi risau lalu merasakan badan kawannya yang sudah agak
panas. Dia percikkan muka Nura Afyna dengan air. Mata Nura Afyna
terkebil-kebil.
“Kenapa Athirah? Aku tak
laratlah”
“Fyna, ada seorang
lelaki, mudalah juga, dia cari kau dekat bawah”
“Hazmi?”
“Bukan.. ni lagi hensem,
abang kau kut”
“Aku mana ada abang”
“Pergilah turun, tengok
dulu siapa yang datang”
Nura Afyna menyarungkan tudung di
kepalanya. Athirah memimpin Nura Afyna menuruni anak tangga perlahan-lahan. Dari
jauh Nura Afyna melihat kelibat suaminya sedang menunggunya di atas benteng
sambil terkumat-kamit mulut suaminya. Mata dia terus segar. Dia meminta tolong
kepada kawannya supaya meninggalkan dia sendirian. Athirah meninggalkan Nura
Afyna bertemu dengan lelaki itu. Athirah terus naik ke atas dan memandang dari
jauh kawannya itu. Nura Afyna mendekati suaminya dengan senyuman. Namun tidak
menawan seperti waktu sihat.
“Assalamualaikum sayang”
kata suaminya yang masih duduk di atas benteng sambil membalas senyumannya.
“Wa’alaikumussalam
abang” kata Nura Afyna sambil mengucup tangan suaminya. Dia memeluk erat
suaminya. Tak sangka suaminya akan datang menjenguknya. Suaminya membalas
pelukan itu.
“Ya Allah, panasnya
badan Fyna” kata Ahmad Ilman setelah merasa dahi isterinya. Isterinya memandang
matanya dengan pandangan sayup.
“Jom ikut abang, kita
pergi klinik” sambungnya.
“Baik abang, tunggu jap…sayang
ambil kad pelajar”
Mereka menuju ke klinik berdekatan.
Doktor memberitahu supaya Nura Afyna banyak minum air dan banyak berehat selain
makan ubat yang diberi. Ketika Nura Afyna berada di dalam bilik rawatan,
suaminya ada bersamanya. Makin manjalah dia di sisi suaminya. Selepas itu,
suaminya membawanya ke kedai makan. Suaminya memilih makanan yang sesuai untuk
isterinya. Nura Afyna menunggu suaminya di meja yang kosong. Lauk sup tauhu
bersama nasi putih menjadi santapannya di waktu petang. Dia hanya makan sedikit
nasi dan banyak yang terluak di dalam pinggan.
“Sayang, makan lagi..sikit sangat
sayang makan ni” pujuk suaminya.
“Tak laratlah abang”
“Makan lagi tiga suap, biar abang
suapkan”
Suaminya menyuapkan nasi ke mulutnya
dengan menggunakan sudu. Perlahan-lahan dia mengunyah nasi. Walaupun tidak
larat, dikuatkan juga mengunyah nasi yang disuap suaminya. Kasih juga suami aku
dekat aku, katanya dalam hati.
“Lepas ni, abang hantar sayang
pulang ye”
“Abang, sayang masih nak bersama
abang”
“Jangan macam ni sayang, esok abang
kerja, siapa nak jaga sayang kalau sayang dekat rumah”
“Abang asyik kerja..kerja..kerja,
abang ambil lah cuti jaga sayang”
“Bukan abang tak nak ambil cuti tapi
cuti abang tinggal sikit je lagi”
“Oh, sayang merajuklah macam ni” kata
Nura Afyna sambil mengalihkan muka ke tempat lain.
“Isteri abang ni… kalau merajuk macam
budak kecik”
“Tak nak pergi dari sini”
“Eh..eh..tak baik macam ni, nanti
lepas sayang sihat, kita honeymoon nak?”
“Honeymoon? Nak..nak”
“Tapi sayang kena janji dekat abang,
sayang kena kuat lawan demam ni, ingat Allah selalu”
“Ok..ok, tapi abang jangan mungkir
janji lagi”
Sebelum hantar Nura Afyna pulang ke
kolej, Ahmad Ilman singgah di kedai untuk membeli barang keperluan isterinya.
Dia mencatat barang-barang yang isterinya perlukan di atas kertas lalu masuk ke dalam kedai.
Nura Afyna hanya berehat di dalam kereta. Ketika mereka sampai di kolej,
keadaan sudah gelap. Perpisahan yang harus mereka hadapi sukar untuk dihadapi.
Namun, Nura Afyna perlu juga pergi ke kolej.
“Abang, terima kasih bawa sayang ke
klinik hari ni” katanya ketika kedua-duanya berdiri di luar kereta.
“Dah tugas abang jadi bodyguard untuk
sayang”
“Ish..abang ni” jarinya pantas
mencuit manja lengan suaminya.
“Aduh sayang.. abang tak nak tengok sayang
sedih-sedih, kan kita sedang berjihad, niat kena betul waktu belajar ni”
“Ya abang..tu sayang tahu”
“Satu lagi abang nak pesan, baca
selawat syifa yang abang selalu baca tu, in shaa Allah tu penawar yang terbaik”
0 comments:
Post a Comment
Komen daripada pembaca amat dialukan-alukan.
Sebutir kata yang dihasilkan boleh mengubah seseorang kepada yang lebih baik.