Novel : Sungguh, Tulus Menyayangimu
oleh : Nabihah Taquddin
Bab 16
Mana abang ni, sepatutnya hari ni abang balik,
gusar hati Nura Afyna. Sudah dua hari Ahmad Ilman berada di Melaka meninggalkan
dia berdua dengan Fatehah. Hatinya sudah merindui suaminya. Kalaulah tiba-tiba suaminya
berada di depan matanya saat ini, sudah pasti dia peluk suaminya
seerat-eratnya. Betapa rindunya dia saat ini hingga terlupa sudah lewat malam.
Fatehah dan Faiz sudah pulang ke rumah. Banyak kerja rumah yang perlu disiapkan
Fatehah di rumahnya, lebih-lebih lagi dia seorang sahaja anak perempuan yang Makcik
Nor ada. Dia memasuki bilik air untuk mengambil wuduk sebelum tidur. Setelah
selesai, dia naik ke atas tilam, membaringkan tubuhnya, menarik selimut dan
menutup badannya. Matanya masih belum mahu berehat. Asyik terkenangkan suaminya.
Namun, angin kipas di siling yang menghembus lembut menyenangkan badannya
sehingga dia terlena.
Matanya
terbuka. Terkejut dengan ketukan pintu di hadapan. Nura Afyna melihat jam
tangannya. Jarum jam menunjukkan pukul tiga pagi. Dia agak gementar untuk
melihat keadaan di ruang tamu. Malah menyembunyikan diri di dalam balutan
selimut tebal berwarna merah dan duduk di atas lantai sebelah katil. Bunyi tapak kaki bergerak menuju ke kamar
tidurnya. Tubuhnya sudah menggeletar. Seseorang telah memegang bahunya beberapa
saat lalu memeluknya.
“Abang?” kata Nura Afyna
bila pelukan itu seperti pelukan suaminya yang memberi ketenangan di hatinya.
Namun,
tiada suara yang keluar daripada makhluk yang memeluknya. Pelukan dileraikan.
Dia terus membuka balutan selimutnya. Dia terkejut. Tekaannya betul.
“Abang, sayang rindukan
abang!” katanya bila melihat Ahmad Ilman sedang berdiri betul-betul di
hadapannya lalu memeluk erat suaminya.
“Maaflah sayang, abang
terlewat makan malam dengan sayang, waktu perjalanan tadi jalan raya begitu sesak”
“Takpe abang, yang penting
abang selamat sampai” katanya dalam dakapan suaminya sambil menggosok-gosok
belakang suaminya.
“Sayang tak tidur lagi?”
kata Ahmad Ilman sambil meleraikan pelukannya dan memandang wajah isterinya
yang masih segar.
“Sayang tunggu abang
balik”
“Terima kasih sayang,
abang letih ni, jom kita tidur”
Menipu sedikit untuk mengeratkan
hubungan tiada salahnya. Itulah yang Nura Afyna lakukan sekarang. Matanya segar
bukan menanti kepulangan suami namun kerana ketakutan. Semasa menggigil,
bermacam-macam di fikirannya. Ini semua kerana teringat-ingat cerita hantu yang
pernah dia tonton di rumah terutamanya cerita hantu Thailand yang bertajuk 3am.
Malam
minggu datang lagi, Ahmad Ilman mengajak Nura Afyna membeli makanan di pasar
malam berdekatan. Mereka berjalan beriringan sambil berpegangan tangan. Saat
Ahmad Ilman mencapai tangan isterinya untuk menggengam tangan, mereka senyum
sesama sendiri. Bahagianya!, kata hati masing-masing. Tak berdosa malah
mendapat pahala kerana mengeratkan hubungan suami isteri. Nura Afyna seakan
manja dengan suaminya.
“Abang, Fyna nak belon
tu”
“Belon yang mana satu,
mesti yang bentuk love tu kan”
“Ya, nak yang warna
merah”
“Ni dia, untuk sayang”
“Terima kasih”
Mereka meneruskan jalan kaki sekitar
pasar malam. Malam itu penuh keriangan. Malam sebelum bertolak ke UPM di
Serdang, Selangor. Mereka akan pergi ke Selangor awal sehari. Pendaftaran
pelajar asasi bermula jam lapan pagi sehingga satu petang. Bagi menjimatkan
masa malah mengelakkan daripada rasa keletihan, mereka serta keluarga Nura
Afyna bermalam di sebuah hotel berdekatan. Makanan yang dibeli tidaklah banyak,
cukuplah sekadar untuk dua orang. Mereka pulang ke rumah dengan berjalan kaki.
Sempat juga berbual-bual semasa menuju ke rumah. Sesungguhnya hati mereka
benar-benar sudah serasi. Sepanjang perjalanan, mereka hanya diterangi
cahaya-cahaya jingga daripada lampu jalan. Seakan jalan itu mereka yang punya.
Mereka tidak menghiraukan jiran-jiran tertangga semasa bergurau senda.
“Abang, nak dengar satu
cerita tak?”
“Cerita apa? Macam
menarik je”
“Cerita kura-kura dan
siput”
“Nak..nak”
“Macam ni ceritanya,
dulu ada suatu kampung ni, arnab dan kura-kura berlumba. Mereka berlumba dan
akhirnya arnab yang menang. Kura-kura tu apalagi kan, dia frust sebab kalah.
Jadi dalam perjalanan pulang, dia terserempak dengan siput. Siput ni nak
melintas jalan tapi dia takut. Kura-kura yang melihatnya rasa kasihan, jadi dia
pun tolonglah siput tu” Nura Afyna memulakan ceritanya dengan bersemangat.
Ahmad Ilman khusyuk mendengarnya.
“Bila dah sampai ke
destinasi yang ditujui, siput ni kata terima kasih dekat kura-kura. Abang tahu
sebab apa?” sambungnya lagi.
“Sebab dah tolong siput
tu”
“Selain tu?”
“Sebab dia gembira kura-kura
bawa laju” serentak mereka ketawa.
“Macam mana abang tahu
ni?” kata Nura Afyna seakan-akan merajuk.
“Abang dah dengar cerita
ni, cuma abang saja nak tengok sayang berceloteh, jadi apa pengajarannya?”
“Pengajarannya walaupun
kura-kura tu jalan lambat, namun masih ada lagi yang lambat iaitu siput. Dan
apa yang ingin disampaikan kepada kita sebagai manusia, kita mesti bersyukur
dengan apa yang kita ada sebab walaupun kita serba kekurangan, masih ada lagi
yang lebih kekurangan daripada kita atau kata lain setiap manusia ada
kelebihannya”
“Pandai pun sayang,
sayang bersyukur tak sekarang?”
“Syukur abang,
alhamdulillah Allah kurniakan sayang dengan suami yang baik dan penyayang.
Abang masih take care dengan sayang bila kita berjauhan?”
“Walaupun sayang jauh,
sayang selalu ada di hati abang” kata Ahmad Ilman sambil tangannya menunjuk ke
arah dadanya.
Nura Afyna hanya memandang suaminya
saat suaminya berkata demikian. Abang juga ada di hati Fyna, jawabnya dalam
hati. Akhirnya mereka sampai di depan rumah. Ahmad Ilman membuka pintu dan
memberi salam. Walaupun tiada sesiapa di rumah, dia yakin salamnya dijawab oleh
malaikat yang menjaga rumahnya saat dirinya dan isterinya keluar.
Makan malam yang terakhir sebelum
berjauhan adalah masa yang terpenting buat mereka berdua. Sesaat pun tak
dilepaskan begitu saja. Mereka menikmati juadah sambil menonton televisyen.
Cerita menarik bersiaran di saluran TV3 setiap hujung minggu. Mereka berkongsi
makanan. Sekejap Ahmad Ilman menyuapkan makanan ke dalam mulut isterinya,
sekejap Nura Afyna pula.
Selepas
itu, Ahmad Ilman membantu isterinya mengemas barang-barang untuk dibawa ke
universiti. Sebelum mengezip bag, Ahmad Ilman memberikan hadiah kepada
isterinya. Sekotak hadiah kemas dibalut. Nura Afyna suka akan hadiah itu,
teringat masa mula-mula perkenalan, cara suaminya memujuk dirinya apabila
berasa bersalah. Dia menyimpan hadiah itu ke dalam begnya. Ahmad Ilman hanya
membenarkan dia membukanya apabila sudah berada di universiti.
Assalamualaikum.
ReplyDeleteSudah dihantar ke mana-mana penerbitan ke, naskah ini?
wa'alaikumussalam. terima ksih kerana sudi membaca novel ni. setakat ni, saya belum menghantar kemana-mana penerbitan.
Deleteseronok membacanya,tak sabar tunggu episod seterusnya..
ReplyDeleteterima kasih sudi baca dan memberi komen yg begitu baik..
Deletenext entry ahad ni..