Monday, April 28, 2014

Novel Sungguh, Tulus Menyayangimu 8




















Novel : Sungguh, Tulus Menyayangimu
oleh : Nabihah Taquddin

Bab 8

Syamira sudah sembuh dari kemalangan. Dia sudah boleh berjalan, berjoging malah berlari. Hati Nura Afyna begitu gembira melihat perkembangan adiknya apabila dia menjenguk adiknya di rumah ayah dan maknya. Itulah rutin hariannya apabila suaminya berada di pejabat untuk mencari nafkah. Esok merupakan hari keramat bagi semua insan yang kini telah berumur 18 tahun. Semua gerun menantikan keputusan yang bakal diterima. Nura Afyna tidak terkecuali turut berasa demikian. Hatinya tidak putus-putus berselawat kepada junjungan besar, Nabi Muhammad S.A.W. Dia berada di bilik sambil merenung jauh di jendela. Bagaimana agaknya keputusan SPM aku ye, dapat ke 10 A+?, bisik hatinya.

Tiba-tiba dia berasa cuak dan apa yang diingininya hanyalah untuk bersama mak dan ayahnya. Walaupun suaminya mengambil berat soalnya namun pengetahuan suaminya terhadapnya hanyalah satu daripada sepuluh perkara. Mak dan ayahnya lebih mengenali dirinya. Pada malam itu, Nura Afyna ingin tidur di rumah mak dan ayahnya. Dia minta kebenaran daripada suaminya. Ahmad Ilman mengizinkannya dan apabila ingin menemaninya tidur di rumah mak dan ayah mentuanya, Nura Afyna menolaknya dengan cara baik.

“Abang Man, Fyna nak bersendirian waktu ni, tolong fahami Fyna ye Abang Man” katanya kepada suaminya.
“Kalau dah macam tu, tak apalah Fyna, abang faham” suaminya menjawab dengan hati terbuka.

Encik Fadhli mengambilnya di rumah. Selepas bersalaman dengan suaminya, dia menaiki kereta ayahnya. Malam yang gelap diterangi kelip-kelip. Kedua-dua insan yang masih dalam fasa mengenali hati pasangan tidak dapat melelapkan mata. Jam sudah dua pagi, namun Ahmad Ilman masih terjaga. Dia lantas mengirimkan khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada isterinya.

                        Assalamualaikum Fyna, jangan terlalu takut dengan apa yang akan keluar. Abang tahu Fyna dah buat yang terbaik dan apa yang abang nak, Fyna banyak bertawakal kepada Allah. Abang doakan Fyna dapat straight A’s. Good luck sayang..

Nura Afyna yang masih tak dapat memejamkan mata mendapat sms daripada buah hatinya. Dia terharu membaca teks yang dikirimkan oleh suaminya. Dia membalas sms itu.

                        In shaa Allah, abang thanks.

Awal-awal pagi, Nura Afyna bangun untuk menunaikan solat hajat dan solat subuh. Setelah itu, dia membaca al-Quran agar mendapat ketenangan hati.
“Betul juga kata Abang Man, aku dah buat yang terbaik dan apa yang dapat aku lakukan hanyalah bertawakal. Segalanya telah dicetak di kertas keputusan Sijil Pelajaran Malaysia. Tunggu masa nak hantar ke sekolah dan serahkan kepada pemilik mutlak sijil tu je” katanya di depan cermin sambil memakai tudung.

Dia dan mak ayahnya bertolak awal ke Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gopeng (SBPI Gopeng). Mereka bertolak pada jam sembilan pagi setelah bersarapan. Dalam perjalanan ke sana, dia asyik teringat kata kawan-kawannya yang ingin menyambung pelajaran ke luar negara.
“Fyna, nanti kalau dah habis SPM, kau nak buat apa?” kata Sofia.
“Aku nak kahwin” dia menjawab pertanyaan Sofia dengan tersengih-sengih.
“Eei, gatal ye kau, nanti jadi betul-betul baru tahu. Aku nak pergi sambung belajar di luar negara sambil menikmati salji yang sejuk dan memukau, lepas tu barulah kahwin dengan orang yang belajar kat sana, barulah syok Fyna”
“Aku main-main je Sofia, calon suami pun tak ada lagi, ada hati nak kahwin haha” Nura Afyna menutup bicara.

Tanpa disedari, mereka telah sampai di SBPI Gopeng. Dia yang gementar pergi ke dewan besar seorang diri sementara mak ayahnya berada dalam kereta. Ramai kawan-kawannya yang telah datang. Ada yang menangis kegembiraan dan ada pula sebaliknya. Kini, dia melangkahkan kaki dengan berhati-hati takut pengsan di tengah-tengah jalan. Walaupun dalam hati hanya Allah yang tahu, dia tetap tersenyum supaya dia redha dengan apa yang akan diterimanya.
“Fyna, tahniah!” sahut cikgu Linda apabila berjabat tangan dengannya.
“ALHAMDULILLAH!” menjerit Nura Afyna di dewan itu setelah melihat slip keputusan SPM dan seterusnya memeluk guru kelasnya yang berada di hadapannya. Air matanya jatuh ke tanah kerana kegembiraan.
“Terima kasih cikgu” Cepat-cepat dia menelefon maknya untuk datang ke dewan.
“Mak ayah, Fyna dapat 10 A+” katanya sambil melompat-lompat kegembiraan apabila kelibat mereka berjalan ke arahnya. Dia memeluk emak dan ayahnya. Mereka mengalirkan air mata kegembiraan. Kawan-kawannya menghampirinya dan mengucapkan tahniah kepadanya. Sesungguhnya keputusan ini telah menghilangkan keresahan dihatinya. Tiba-tiba, suaminya menelefonnya. Cepat-cepat dia mengangkat panggilan telefon itu.
“Sayang, macam mana result SPM?” suaminya memulakan bicara.
“Assalamualaikum”
“Waalaikumussalam, kenakan abang pula”
“Hehe, dia yang tak sabar, tu lah lain kali bagi salam dulu, Abang Man tekalah dulu”
“Berapa ya, ni mesti 10 A+ kan?” suaminya meneka.
“Betul, Alhamdulillah!” dia menjerit kegembiraan.
“Tahniah sayang, bersyukurlah dapat straight A’s, A+ pulak tu..nanti abang belikan hadiah untuk sayang” suaminya menyambut kegembiraan dia.
“Terima kasih Abang Man” Nura Afyna membalas.

Dia teringat kepada Fatehah dan Asyraf. Dia menelefon mereka berdua. Keputusan sepupu-sepupunya boleh tahan juga, Fatehah dapat 9A+ sementara Asyraf mendapat 8A+. Mereka sama-sama gembira. Dalam perjalanan pulang ke rumah, adiknya pula menelefonnya melalui telefon awam di sekolah.
“Kak Fi, macam mana dengan SPM?” kata Syamira kepada kakaknya.
“Adik, Alhamdulillah kakak dapat straight A” kata Nura Afyna.
“Ye ke akak, adik tumpang gembira, tahniah kak, tahun ni Mira pula ambil SPM, macam mana nak kalahkan Kak Fi, kakak dah bolot dulu A+ tu” Mira membalas. Mereka serentak ketawa dalam talian.

Suaminya telah lama menunggu di hadapan rumah menantinya yang ditemani emak dan ayahnya yang tersayang. Sebaik sahaja dia melangkah keluar dari kereta, suaminya mendapatkan dia. Suaminya terus memeluknya kerana terlalu gembira. Pelukannya terasa lain, dia terkejut kerana terlupa Ahmad Ilman, suaminya bukan lagi orang asing atau ajnabi baginya. Setelah itu, suaminya meleraikan pelukan dan memberikannya sebuah kamera digital Samsung yang diidam-idamkan olehnya sejak sekolah rendah. Ahmad Ilman mengetahui kisah kamera itu setelah bertanya kepada ayah mentuanya. Nura Afyna yang melihatnya begitu gembira lantas memeluk kembali suaminya setelah berfikir lima saat bagaimana nak ucapkan terima kasih.
“Terima kasih” katanya dalam pelukan suaminya.
“Sama-sama sayang, abang betul-betul bersyukur” balas suaminya perlahan-lahan di telinganya.

Yes! Yes!, dapat hadiah, ni baru daripada suami tercinta belum lagi daripada keluargaku yang semestinya akan memberi hadiah kepadaku, bisik hatinya. Mereka memasuki rumah dan berehat. Pada malam hari, keluarganya bersama keluarga suaminya pergi ke restoran untuk meraikan kejayaan yang dikecapinya. Makanan yang dipesan semuanya sedap-sedap. Bermula dengan tomyam, ikan bakar, sate, daging paprik, ayam masak merah dan telur bungkus. Semuanya membangkitkan selera semua yang memandang lebih-lebih lagi sudah berada betul-betul di depan mata. Sebelum menjamu selera, suaminya membacakan doa selamat dan seterusnya doa makan. Mereka menjamu selera tanpa sedikit sisa pun yang ditinggalnya melainkan tulang-tulang ikan yang sememangnya keras dan tajam. Selesai menjamu selera, keluarga kedua-dua belah pihak pulang ke rumah msing-masing memandangkan mereka membawa kereta sendiri. Pasangan suami isteri yang sedang bergembira turut pulang selepas perut telah kenyang, hati pun telah suka. Namun, mereka berdua tidak terus ke rumah. Ahmad Ilman membawa isterinya ke suatu tempat. Mereka pergi bermain boling di Jaya Jesco memandangkan isterinya memang memakai pakaian yang sesuai untuk bermain. Setelah membeli stoking dan menyewa kasut, mereka memulakan permainan. Pada slot pertama, Nura Afyna telah mengalahkan Ahmad Ilman namun pada slot kedua, Ahmad Ilman pula mengalahkan Nura Afyna. Tanpa disedari, Nura Afyna mula melihat kelakuan sebenar suaminya. Suaminya seorang yang enjoyable seperti dirinya.
“Yeay..abang dah kalahkan sayang” megah suaminya setelah mengalahkan dia.
“Fyna pun menang tadi, tak adalah sampai jerit-jerit”
“Sep sikit, dua-dua seri, fairlah kan” balas suaminya.
“ Yalah, yalah, lepas ni kita nak pergi mana?” dia duduk di atas kerusi.
“Tahu pun, lepas ni kita pergi karaoke” kata suaminya yang masih lagi berdiri.
“Tak naklah, suara Fyna bukannya sedap”
“Ya ke? Hari tu abang dengar sayang nyanyi dekat bilik air…..suara sayang..”
“Apa-apa?”
“MERDU” suaminya menjerit sehingga semua yang ada melihat mereka berdua.
“Apa Abang Man ni, malulah” katanya sambil menarik lengan suaminya supaya duduk di sebelahnya.

Seorang pekerja menghampiri mereka. Mereka ditegur kerana menjerit sesuka hati. Suaminya hanya membuat muka selamba. Dia sudah tersipu malu. Ni suami aku ke ni? Selamba rock betul!, bisik hatinya. Mereka cepat-cepat membuka kasut sewa dan hantar ke kaunter.

            Mereka keluar melalui pintu utama dan berjalan beriringan menuju pusat karaoke. Aduh! Mahalnya!, getus hati Ahmad Ilman.
                        “Sayang…kita pergi tempat lainlah” katanya ketika beratur membeli tiket karaoke.
                        “Kenapa pula?”
                        “Abang ada idea lain, lagi best” kata suaminya dengan semangat.

            Mereka menaiki kereta semula. Suaminya tidak memberitahu perancangannya selepas ini. Dia hanya membisukan diri. Laluan yang dilalui mereka nampak seperti selalu dilalui oleh mereka.
                        “Abang Man, ni bukan jalan ke rumah kita ke?”
                        “Ya, memang pun”
                        “Takkan lah, kata lagi best”
                        “Mesti best punya” kata suaminya sambil tersenyum nakal.
                        “Apa yang bestnya?”
                        “Sayang… boleh tak kita..” kata suaminya dengan manja sambil menggosok-gosok pehanya perlahan. Dia menelan air liur. Betul ke dia ni, kata hatinya.
                        “Emm…emm…”

            Mereka sampai di depan rumah. Dia terus masuk ke dalam kamar tidur dan mengunci pintu. Dia takut suaminya berbuat apa-apa terhadap dirinya. Suaminya mengetuk pintu beberapa kali. Namun, dia tetap tidak membuka pintu. Malam sudah lewat. Suaminya tertidur di atas sofa. Dia keluar perlahan-lahan apabila suaminya sudah tidak mengetuk pintu. Perlahan-lahan dia mendekati suaminya. Dia selimutkan badan suaminya dan beredar dari sofa. Tangan suaminya mencapai tangannya. Dup dap dup dap, getar jantungnya.


                        “Nak lari mana sayang?” sergah suaminya. Dia hanya tersengih. Sedaya upaya dia melepaskan tangan daripada genggaman suaminya. Tapi tak berjaya. Akhirnya dia mengalah. Suaminya terus mendukungnya lalu masuk ke dalam bilik.


<<Bab 7

0 comments:

Post a Comment

Komen daripada pembaca amat dialukan-alukan.
Sebutir kata yang dihasilkan boleh mengubah seseorang kepada yang lebih baik.

About Me