Novel: Sungguh,
“Athirah, jom kita bertolak” kata
Nura Afyna sambil menutup pintu depan.
“Jom ”
Mereka pergi ke fakulti dengan
menaiki basikal yang dibeli dengan harga istimewa sebagai mahasiswi di UPM. Sebelum
kelas bermula, Nura Afyna sempat menulis diari di dalam buku yang mempunyai
muka hadapan gambar sepasang kekasih yang berpegangan tangan. Hatinya terasa
tenang sedikit meluahkan perasaan yang terbuku di hati. Setiap pelajar sibuk dengan
kerja masing-masing. Ada yang membaca kembali nota-nota yang lepas, ada juga
yang mendengar lagu dan tak kurang juga yang bergosip terutamanya pelajar
perempuan.
Tepat jam lima, kelas Kimia Organik
berakhir. Lega rasanya dah habis kelas minggu ni, kata hati Nura Afyna. Dia
hampir kehabisan duit belanja. Sedangkan lagi dua minggu baru suaminya
pindahkan duit ke dalam akaunnya. Duitnya di dalam poket hanya tinggal dua puluh
ringgit.
“Nak minta dekat siapa ye, abang
atau ayah? Duit KPT pula tak masuk bank lagi”, katanya sendiri di dalam bilik.
“Kalau minta dekat ayah, nanti ayah
kata abang tak ada duit, tapi..kalau minta dekat abang, cukup ke nak bayar bil
rumah dan yang lain, emm…, macam mana ye?” fikirnya lagi sambil menggaru-garu
kepalanya yang sememangnya gatal akibat kelemumur. Kurang ajar punya kelemumur
aku tengah pening kau pula buat kepala aku gatal.
Dia akhirnya mengambil keputusan
untuk berjimat-cermat dan berpuasa sunat setiap hari Isnin dan Khamis sementara
menunggu duit dimasukkan ke dalam bank. Tanpa membuang masa, dia bersiap-siap
untuk beriadah. Dah lama rasanya dia tidak mengeluarkan peluh. Dia keluar
seorang diri untuk ke taman dengan menggunakan basikal. Apabila sudah tiba di
taman, dia mengunci basikalnya dan mula melakukan regangan lalu berjoging
sekeliling taman.
Hazmi melihat kelibat seorang
perempuan di depannya yang sedang berjoging seorang diri. Dia menghampiri
perempuan itu. Awalnya dia mahu mengajak berkawan, namun apabila sudah hampir
dengan perempuan itu niatnya terus musnah.
“Fyna rupanya, tak kisahlah asalkan
ada orang nak teman aku” katanya sendiri sambil berlari anak mendekati Nura
Afyna.
“Hai Fyna, seorang diri je ke?
Athirah tak teman?” kata Hazmi kepada Nura Afyna sambil mengatur nafas.
“Hazmi ! Ingatkan sapelah tadi lari
ke arah Fyna. Athirah tak laratlah, kau selalu ke joging dekat sini?”
“Selalulah juga, aku kan masuk sini
awal dari kau, aku ambil asasi laluan pantas, bulan Januari dah masuk UPM, nak
aku tunjukkan satu tempat yang kau mesti tak pernah pergi?”
“Boleh je, ni pun first time aku
joging dekat sini” kata Nura Afyna yang masih berjoging, tidak berhenti walau
sesaat.”
“Fyna, antara suami kau dengan aku,
mana lagi hensem agaknya ye?” tanya Hazmi semasa mereka berhenti untuk minum
air mineral yang dibawa sendiri.
“Ish, apalah kau ni, of courselah
suami aku lagi hensem dari kau” jawab Nura Afyna sambil membuka penutup botol.
“Tapikan Fyna, macam mana kau boleh
suka dekat aku dulu? Sebelum kau jawab soalan aku ni, aku dah tahu yang kau
suka aku semenjak last day sekolah rendah hari tu lagi kan, kau tak yahlah
cover lagi”
“Entah, tapi kita tak ada jodoh, Allah
dah bagi yang terbaik untuk aku dan aku tak akan sesekali salahkan takdir yang
telah menemukan aku dengan suami aku”
“Kuat juga cinta kau dengan suami
kau tu kan, aku jadi jeles pula dengan kau”
“Kau kahwinlah cepat-cepat, dapatlah
rasa macam aku sekarang ni” kata Nura Afyna sambil memijak kasut Hazmi lalu
berlari daripadanya.
“Ish, kau ni kan!” Hazmi mengejar
Nura Afyna. Namun, setelah beberapa langkah berlari, dia berhenti. Kalau kau
jadi isteri aku, betapa indahnya hidup ini, tapi kau miliknya, aku hanya sekadar
kawan bagimu, terdetik di hati Hazmi. Lantas, Hazmi hanya berjalan mengejar
Nura Afyna.
Nura
Afyna berhenti berlari setelah merasakan keadaan sekeliling sangat sunyi.
Apabila dia pusingkan badannya untuk melihat keadaan di belakangnya, Hazmi tidak
mengejarnya. Dia terus menelan air liur. Di manakah aku sekarang?, tanyanya di
hati.
“Hazmi ! Janganlah main-main!”
jeritnya dengan sekuat hati. Dia mencari di balik semak samun namun kelibat
Hazmi tidak ditemuinya. Dia berjalan untuk pulang ke kolej tapi terlalu jauh
sudah dia berlari sehingga dia lupa jalan untuk pulang. Dia duduk di bahu jalan
sambil menunggu orang berkeliaran di situ. Namun, tiada sesiapa yang melalui
tempat itu sehingga air mata Nura Afyna mengalir mengenang nasibnya kali ini.
Kenapa tak ada orang ni, aku takut ya Allah, tolonglah aku, doanya di dalam
hati.
“Oit!” Hazmi mencuit bahu Nura Afyna
dari arah belakang. Terkejut Nura Afyna dibuatnya lantas tanpa diduga dia
memukul-mukul badan Hazmi meluahkan rasa marah. Hazmi terkejut . Badannya
tiba-tiba menjadi kaku. Dia mendiamkan diri sehinggalah Nura Afyna sendiri
menyedarinya.
“Oh maaf” kata Nura Afyna yang sudah
malu lalu setapak ke belakang, menjarakkan dirinya dengan Hazmi. Hazmi sudah
tergelak-gelak melihat muka Nura Afyna yang sudah kemerahan. Apa aku buat ni?,
desis hati Nura Afyna.
“Baru tinggal sekejap, dah nak
nangis, apalah kau ni” kata Hazmi setelah berhenti ketawa.
“Kau tulah, aku ingat kau dah
tinggalkan aku tadi, dahlah aku tak tahu jalan balik”
“Aku..aku saja nak kenakan kau, ni
lah balasannya kalau pijak kasut aku”
“Dahlah, jomlah kita balik” arah
Nura Afyna.
“Apa ni?” kata Nura Afyna apabila
Hazmi menghulurkan tangannya ke arah Nura Afyna.
“Peganglah apa lagi, nanti sesat
pula, kalau tak nak pegang sudahlah” terus sahaja Hazmi berlari. Nura Afyna
terkapai-kapai mengejar Hazmi supaya dia tidak ketinggalan. Laju betul mamat
ni, sakit kaki aku dibuatnya, bisik hati Nura Afyna.
<<Bab 22
0 comments:
Post a Comment
Komen daripada pembaca amat dialukan-alukan.
Sebutir kata yang dihasilkan boleh mengubah seseorang kepada yang lebih baik.