Sunday, March 2, 2014

Novel Sungguh, Tulus Menyayangimu 3 (pg 2 of 2)









Novel : Sungguh, Tulus Menyayangimu
oleh : Nabihah Taquddin

Bab 3 (2/2)

Pada lewat malam, Ahmad Ilman menelefon Nura Afyna. Nura Afyna tidak mengangkatnya. Hatinya masih marah. Tunangnya tidak putus-putus menelefonnya. Namun, dia tetap berdegil tidak mahu mengangkat panggilan telefon. Peristiwa malam itu, benar-benar membuat Ahmad Ilman bersalah. Dia mencari helah dengan menggunakan nombor telefon awam berdekatan rumahnya. Akhirnya, Nura Afyna mengangkatnya.

                        “Assalamualaikum” kata Ahmad Ilman.
                    “Tunggu..tunggu sekejap..” Ahmad Ilman berkata lagi sebelum Nura Afyna meletakkan telefon.
                        “Apa bendanya, saya mengantuklah” nada mendatar Nura Afyna kedengaran.
                        “Saya nak minta maaf?”
                        “Esok-esoklah”
                        “Tak boleh”
                        “Kenapa pula?”
                        “Sebab nanti ada yang tak tidur”
                        “Yelah-yelah, Fyna maafkan, tapi jangan malukan Fyna lagi”
                        “No problem, yes,yes”
                        “Jangan seronok sangat, macam budak-budak kecil saja”
                        “Bukan Fyna ke yang macam budak kecil?”
                        “Apa?” nada suara Nura Afyna terangkat.
                        “Ok..ok bye” Ahmad Ilman menutup talian mengelakkan diri daripada bercekik darah.     

            Nura Afyna membuka pintu rumah. Ada sebuah kotak kasut sederhana besarnya yang berbalut dengan bungkusan surat khabar berada di hadapannya. Dia mengambil kotak itu dan bertanya kepada emaknya sama ada mengetahui pengirim kotak tersebut. Emaknya tidak megetahui apa-apa mengenai kotak itu. Nura Afyna membuka kotak itu di ruang tamu. Rupa-rupanya sebuah kotak kosong yang hanya berisi sekeping kad jemputan. Kad jemputan?, tanya Nura Afyna di dalam hati. Bila diteliti, Ahmad Ilman yang mengirimkannya. Ahmad Ilman mengajaknya menemani dia ke Jamuan Makan Malam di Hotel Impiana. Nura Afyna sudah tersenyum-senyum. Dia teringin makan di hotel. Dia menelefon Ahmad Ilman. Tunangnya berjanji mengambil dirinya di depan rumah selepas solat Magribh. Syarat tunangnya hanya satu, Nura Afyna perlu memakai gaun yang sama seperti semalam.

            Malam hari yang ditunggu tiba. Ahmad Ilman datang ke rumah seperti yang dijanjikan. Kali ini, Ahmad Ilman memakai baju yang warnanya sama seperti gaun Nura Afyna. Nura Afyna terkejut. Malulah kalau sedondon. Mesti ada orang kata yang bukan-bukan nanti. Tiba sahaja di hotel, mereka berjalan beriringan. Kawan-kawan Ahmad Ilman yang menjadi penyambut tetamu mengambil kehadiran dan nombor meja. Meja yang cukup hanya  untuk enam orang menjamu selera. Ketika mereka menuju ke tempat duduk, kerusi-kerusi yang lain telah ada orangnya, hanya dua kerusi yang masih kosong, sebelah-menyebelah.

                        “Ilman, siapa ni, kenalkanlah kepada kami semua?” sergah Haji Jefri.
                        “Haji Jef, kenalkan ni Fyna, tunang saya” perlahan-lahan Ahmad Ilman menutur kata.
                        “Saya Nura Afyna, anak Encik Fadhli” Nura Afyna memperkenalkan dirinya. Dia tersenyum manis tanda perkenalan.
                        “Nilah tunang Ilman ye, cantiknya, sedondon pula tu dengan Ilman, sesuai sangat” puji isteri Haji Jefri.

Semua orang memuji kecantikan Nura Afyna. Nura Afyna yang dipuji, Ahmad Ilman pula yang senyum bahagia. Maklumlah bakal isteri cantik persis permata. Pada malam itu, mereka mendapat gelaran pasangan romantis memandangkan warna baju mereka yang sedondon dan kemesraan antara mereka mendapat perhatian ramai. Mereka dijemput ke pentas untuk menerima hadiah. Kesempatan itu, Ahmad Ilman menjemput rakan-rakannya untuk ke Majlis Perkahwinannya bersama Nura Afyna. Tepukan gemuruh diberikan. Nura Afyna hanya tersenyum, Ahmad Ilman sempat mengenyitkan mata kepada Nura Afyna yang berada di sisinya. Perkara itu mendapat perhatian semua orang. Mereka pasangan yang paling muda yang berada di majlis itu. Semasa pulang, mereka bersalaman sesama sendiri. Ahmad Ilman bersalam dengan teman lelaki manakala Nura Afyna bersalaman dengan teman perempuan.

“Macam mana, Fyna gembira?” kata Ahmad Ilman sebaik mereka masuk ke dalam kereta.
“Hmm..”
“Tak gembira ke?” Ahmad Ilman seakan merajuk. Nura Afyna hanya mendiamkan diri.
“Lain kali tak nak bawalah Fyna, biar Ilman ajak perempuan lain” sambungnya lagi.
“No way!”
“Kenapa pula, cemburu ya?” kata Ahmad Ilman dengan tersengih-sengih.
“Mana ada” Nura Afyna memuncungkan mulutnya. Comel sekali seperti paruh burung puyuh.

“Gembiralah ni? Kalau gembira, cakap aje lah” cabar Ahmad Ilman. Nura Afyna hanya memberi senyuman manis sambil memandang tunangnya. Mata mereka bertelagah dan hampir saja minda tunangnya melayang ke langit. Cepat-cepat tunangnya memandang ke hadapan semula, fokus pada pemanduan. 

<<Bab 3 (pg 1 of 2)

0 comments:

Post a Comment

Komen daripada pembaca amat dialukan-alukan.
Sebutir kata yang dihasilkan boleh mengubah seseorang kepada yang lebih baik.

About Me