Wednesday, December 26, 2012

Bila hati suka 2


Novel: Bila Hati Suka
dari: Nabihah 



















Bab 2

Hari yang dinantikan pun tiba, hari perpisahan guru PSS yang tercinta, Pn Selena bersamaan juga tarikh keramat untuk pengawas tingkatan 5 dan tingkatan 6 meletak jawatan setelah menabur jasa sebagai pengawas PSS di sekolah ni. Sebenarnya aku menaruh hati kepada Zarul semenjak aku ditugaskan  sebagai naib ketua kepada Zarul. Walaupun kadang-kadang kena marah dengan Zarul. Namun aku yakin dalam hatinya pasti tersimpan rasa terhadapku. Aku yakin ni bukan cinta monyet yang selalu cikgu katakan. Zarul seorang yang tinggi dan berdedikasi dalam tugasannya dan paling menarik hatiku, dia seorang yang bijak dan pandai berhujah. itulah Zarul yang kukenal.

Hatiku pun turut sedih di saat majlis perpisahan hampir berakhir. Sebelum majlis berakhir, aku sempat berbual dengan Zarul. Apa tidaknya, kami memang dah macam abang dan adik, mudah untuk bermesra. Lagipun, kami asyik bersama walau ke mana jua sebab sibuk membincangkan tentang hal-hal berkaitan pusat sumber. Sedang asyik bersembang, aku  mengambil kesempatan memberikannya sebuah kotak hadiah berwarna merah cerah yang menjadi warna kesukaan Zarul. Di dalamnya disimpulkan juga sepucuk surat yang tertulis isi hatiku terhadapnya.

Wahai abg Zarul, sebenarnya telah lama Lia menyimpan perasaan cinta kepada abg Zarul. Sungguh Lia terpikat akan senyumanmu yang sentiasa terukir saat hatimu gembira pabila kita Berjaya selesai menyiapkan setiap misi yang guru berikan kepada kita. Lia nak abg Zarul tahu, Lia betul-betul sayangkan abg Zarul. Adakah abg Zarul juga begitu? Maafkan Lia klau abg Zarul tak suka Lia buat begini. Kesempatan ni, terima kasih kerana telah menjaga Lia saat kita sama-sama bersatu sbg ketua dan penolong PSS. Sebagai kenangan terakhir, terimalah sebuah jam loceng dan sekeping gambar Lia utk abg Zarul bila merindui Lia.  
Ikhlas, Lia.

Belum sempat membuka hadiah pemberian Lia,  ayahnya menelefonnya. Setelah selesai berbicara dengan ayahnya, Zarul sempat mengatakan terima kasih kepadaku dan senyumannya terukir di akhir bicara. Hatiku berbunga-bunga. Indahnya dunia…tetapi hadiah yang kuberikan kepadanya belum jua dibukanya. mungkin di rumah baru dia nak buka. buka dekat rumah okey jugak, nanti tak da la dipermalukan depan anak-anak buahku. takut jugak kalau tiba-tiba dia gelak seorang diri lepas baca luahan perasaan aku ni.aku tetap dengan pendirian aku, asalkan aku dapat luahkan perasan aku kepadanya. tak secara lisan pun, secara nukilan pun jadilah.

>>>Bab 3

0 comments:

Post a Comment

Komen daripada pembaca amat dialukan-alukan.
Sebutir kata yang dihasilkan boleh mengubah seseorang kepada yang lebih baik.

About Me