Friday, April 3, 2015

Novel Sungguh, Tulus Menyayangimu 22

                            




                          






Novel: Sungguh, Tulus Menyayangimu 
oleh : Nabihah Taquddin

Bab 22
                            “Ilman, kenapa dah lama tak datang rumah I” kata Sarah ketika pulang dari sekolah.
                        “Sarah, bapa I dah bekukan akaun I” katanya dengan menunjukkan poketnya yang kosong.
                             “Sanggup bapa you buat macam tu”
                        “I pun tak tahu kenapa dia buat macam tu, dengan apa yang dia dah buat dengan I dulu, sekarang dia salahkan I pula”
                        “Sebenarnya I nak bagitahu, I akan pindah sekolah”
                  “You pindah? Bila?” kata Ahmad Ilman dengan nada terkejut sambil menggoncang-goncang bahu Sarah.
                     “Esok” jawab Sarah dengan nada sedih. Ahmad Ilman terdiam. Dia memandang ke sisinya lalu terus meninggalkan Sarah sendirian.

            Sarah hanya mampu menangis. Kenapa Ilman tidak kata apa-apa dekat aku, ucap selamat tinggal ke, desis hatinya. Dia pulang ke rumah mengemas bajunya untuk berlepas dari KLIA pada esok hari. Ahmad Ilman meninggalkan Sarah kerana dia berasa sedih ketika itu untuk melepaskan Sarah. Air matanya tidak mampu bertahan daripada mengalir apabila berada di hadapan Sarah. Dia pergi ke belakang sekolah untuk mengenang semua memori dia bersama Sarah.


Waktu tengah hari yang panas terik menyebabkan tekak Ahmad Ilman begitu dahaga. Ketika Majlis Pelancaran Projek Sungai Kinta berlangsung, tekaknya amat kering. Dia ke gerai untuk memesan minuman yang sejuk lagi menyegarkan. Tanpa disangka, Sarah bertemu dengannya. Sarah terus duduk di kerusi yang berada di hadapan Ahmad Ilman.
            “Ilman, I tak akan sesekali tinggalkan you lagi”
            “How many times I told you, I dah kahwin, dan hati I hanya untuk Fyna”
            “You tahukan betapa I cintakan you”
            “Please stop it Sarah”
        “Tak boleh ke you bagi I peluang untuk dekat dengan you?” kata Sarah sambil tangannya mencapai tangan Ahmad Ilman.
            “Hish, apa you ni? Tak tahu malu ke?” kata Ahmad Ilman lalu menepis tangan Sarah.
          Ahmad Ilman mengambil minumannya yang belum habis ke kaunter untuk dibungkus ke dalam plastik. Dia membayar bil minuman dan membawa minuman yang telah dibungkus ke dalam kereta. Kereta dikunci dan dia minum sehingga habis. Setelah habis barulah dia pulang ke rumah. Sarah yang terpinga-pinga terus mengejar Ahmad Ilman dari belakang. Dia mengekori Ahmad Ilman hingga tiba di rumah. Ahmad Ilman tidak perasan akan kelibat kereta Lamborghini Gallardo milik Sarah yang mengekorinya sejak tadi.
            Sarah mengatur langkah memasuki rumah Ahmad Ilman. Ahmad Ilman yang masih letih tidak terus menutup pagar rumah. Di saat itu, Sarah mengambil peluang menyelinap masuk kediaman rumah Ahmad Ilman. Sarah berjaya dan seterusnya menyorok di sebalik kereta. Apabila Ahmad Ilman masuk ke dalam rumah, Sarah menunggu beberapa minit sebelum pecah masuk rumah Ahmad Ilman. Namun, pintu rumah masih terbuka walaupun sudah beberapa minit berlalu. Dia maju ke hadapan dan memasuki rumah lalu menutup pintu rumah. Ketika itu, Ahmad Ilman yang sedang baring di atas sofa terkejut mendengar bunyi pintu dihentak kuat.
            “Sarah? Kenapa dengan you ni, desperate sangat ke?” Ahmad Ilman bingkas bangun daripada terus berbaring di atas sofa.
            “YA!, I bbb..be..tul-betul takut sekarang ni, ba..pa I tengah cari I, kalau you tak terima I, habislah bapa I kerjakan I” terketar-ketar Sarah bersuara.
            “Sarah, PLEASE OPEN THE DOOR!” Ahmad Ilman menjerit sehingga bergaung suaranya.
            “No..no.. you kena terima I dulu”
            “You nak kita kena tangkap…”
          “I dah tak kisah.” Air mata Sarah mengalir di pipinya. Tangisan yang menggoyahkan hati lelaki menggugat keimanan Ahmad Ilman.
            Ahmad Ilman mengambil langkah drastik. Dia keluar rumah melalui pintu belakang. Tanpa memandang ke belakang, dia terus mengambil kunci dan membuka jeriji pintu dapur.
            “Ilman!” teriak Sarah.
            “Tolonglah I…” sambungnya. Langkah Ahmad Ilman terhenti. Di fikirannya sama ada membantu Sarah ataupun menelefon polis setelah keluar dari rumah. Kalau aku tinggalkan dia dan telefon polis…dia akan masuk jail tapi kalau aku bantu dia…silap langkah kena tangkap basah, fikirnya di hati.
            “Ilman…” rayu Sarah. Hati Ahmad Ilman tergugat mendengar rayuan Sarah. Batinnya terseksa, rindunya pada sang isteri belum terubat. Dia akhirnya kalah dengan pujuk rayu orang ketiga saat ini, pujuk rayu daripada syaitan yang direjam. Dia menutup pintu dapur yang sudah sedia terbuka. Dia melangkahkan kaki mendekati Sarah. Sarah terus memeluknya apabila jarak antara mereka hanya seinci.
            “Kenapa you nangis?” kata Ahmad Ilman di saat dia dalam pelukan.
            “Ilman, I rindukan you yang dulu”
            “I pun rindukan you.” Sarah menarik keluar baju kemeja Ahmad Ilman yang terselit di pinggangnya sehingga bajunya kelihatan tidak terurus. Dia seterusnya membuka butang baju Ahmad Ilman dan mencampakkan baju itu ke lantai. Kini, tinggal singlet yang melekat di badan. Tiba-tiba deringan telefon lagu ‘Rhythm of Love’ berdendangan menandakan panggilan daripada Nura Afyna. Fikiran Ahmad Ilman menjadi waras kembali mengenangkan isteri yang berada jauh darinya.
            “Astaghfirullah al’azim, apa aku dah buat ni.” Dia terus menolak Sarah sehingga Sarah jatuh ke lantai.
            “Sarah, you keluar sekarang” Walaupun Sarah enggan keluar, Ahmad Ilman tetap menarik Sarah keluar. Apabila Sarah sudah berada di luar rumah, Ahmad Ilman menutup pintu. Sarah menjerit namanya beberapa kali namun Ahmad Ilman tidak menghiraukannya lagi.   
“You jahat, sial, sanggup you buat I macam ni, you will regret what you done to me…” setelah habis Sarah menyumpah seranah Ahmad Ilman, dia menaiki kereta dan terus memecut meninggalkan kediaman Ahmad Ilman.

Kebetulan semasa Sarah keluar dari rumah Ahmad Ilman, Syamira sedang bersiar-siar sekitar taman perumahan Ahmad Ilman. Syamira mengayuh basikalnya melalui jalan yang berada di depan rumah abang iparnya. Dia melihat seorang perempuan yang memakai skirt atas paras lutut bersama baju blause berwarna kuning cair yang menampakkan pakaian dalam yang dipakainya. Perempuan itu menangis teresak-esak sehingga sukar mengecam mukanya.

Syamira terkejut dengan peristiwa petang tadi. Siapa gerangan perempuan dekat rumah Kak Fi tadi? Padahal Kak Fi dekat UPM, kepala Syamira dihuni beribu satu soalan. Abang Ilman curang ke? Aku kena buat sesuatu ni, tegasnya di dalam hati. Kakinya tidak henti-henti berjalan ke hulu dan ke hilir bilik memikirkan nasib kakaknya. Sampai hati abang iparnya memperlakukan kakaknya sebegitu.

            Nura Afyna mulai risau. Suaminya jarang tidak mengangkat telefon pada waktu-waktu begini. Sudah masuk tiga kali dia menelefon suaminya, namun tidak diangkat juga. Dia menghantar mesej berbentuk rajukan. Dia benar-benar merajuk dengan tindakan suaminya. Padahal ketika itu, dia mahu memberikan khabar gembira kepada suaminya bahawa dia telah sembuh daripada demam panas.


<<Bab 21
             

0 comments:

Post a Comment

Komen daripada pembaca amat dialukan-alukan.
Sebutir kata yang dihasilkan boleh mengubah seseorang kepada yang lebih baik.

About Me