Saturday, September 13, 2014

Novel Sungguh, Tulus Menyayangimu 15


















Novel : Sungguh, Tulus Menyayangimu
oleh: Nabihah Taquddin

Bab 15

Sepatutnya seperti yang dijanjikan, Ahmad Ilman hendak membawanya bercuti ke Cameron Highland. Tapi semuanya perlu dibatalkan. Ahmad Ilman ada kerja di luar daerah. Semuanya demi kerjayanya sebagai jurutera.
            “Sayang…., abang ada benda nak cakap” kata Ahmad Ilman kepada isterinya dengan lemah ketika pulang dari pejabat.
            “Kenapa abang? Abang ada masalah ke” kata isterinya sambil memimpin suaminya dari depan pintu ke sofa.
            “Abang tak dapat tunai janji abang bawa sayang bercuti” dia berkata setelah dia dan isterinya sudah duduk.
            “Tak dapat?” hampir menangis Nura Afyna dibuatnya.
            “Sayang, abang minta maaf, abang bukan saja-saja nak batalkan percutian kita, tapi..abang perlu hadiri kursus di Melaka, sayang tak apa-apa kan”
            “Fyna okay, abang pergilah” mimik mukanya tidak mengambarkan kata-kata yang keluar dari mulutnya. Makin deras air matanya mengalir.
            “Janganlah macam ni sayang, abang pun tak sangka tiba-tiba bos abang suruh ganti dia sebab dia ada meeting kat KL”
            “Betul ni? Abang tak tipu?”
            “Betul”
            “Abang…” Nura Afyna melentokkan kepalanya di atas riba suaminya.
Nura Afyna tak dapat memahami pada awalnya, tetapi diterimanya dengan hati terbuka setelah dipujuk suaminya. Mungkin ada hikmah di sebaliknya.
                        “Jaga diri sayang baik-baik ya, abang pergi tak lama, cuma dua hari” amanat Ahmad Ilman di depan pintu sebelum bertolak ke Melaka.
                        “Abang pun jangan lupa sarapan, nanti abang letih. Kalau sayang ikut tak boleh ke, sayang tak ada temanlah nak berbual” kata Nura Afyna sejurus dia mencium tangan suaminya.
                        “Manjalah isteri abang ni, lain kali abang bawa sayang ye, abang minta maaf, tak dapat bawa sayang pergi bercuti minggu ni” kata suaminya sambil mengusap-usap rambutnya.

PON..PON…
Bunyi hon kedengaran dari luar rumah. Rakan sekerja Ahmad Ilman telah berada di halaman rumahnya untuk ke Melaka bersama-sama sebagai satu team.
“Oklah sayang, abang bertolak dulu” sambil mencium tangan isterinya dan Nura Afyna pun begitu.
Ahmad Ilman melepaskan senyuman manis ke arah isterinya sebelum memasuki kereta Toyota Hilux. Nura Afyna melambai-lambai tangannya. Setelah kelibat kereta hilang dari pandangannya, dia masuk ke dalam rumah dan mengunci pintu.

Keadaan rumah terasa sunyi tanpa Ahmad Ilman. Dia mula membersihkan rumah, tak mampu untuk dia hidup dalam semak. Cuci rumah memang dah jadi sebahagian daripada rutin hariannya semenjak berkahwin dengan Ahmad Ilman. Dah tak boleh malas-malas lagi, kalau dulu bolehlah mengelak dan suruh Syamira buat, tapi sekarang siapa nak buat, takkan Ahmad Ilman yang nak buat semua ni. Apa gunanya dirinya sebagai isteri Ahmad Ilman. Jadi, sudah pasti tanggungjawabnya sebagai isteri untuk membantu suaminya.

Baru beberapa jam berlalu, Nura Afyna sudah merindui suaminya. Lantas dia mengambil telefonnya dan mendail nombor telefon Ahmad Ilman.
Tut..tut..tut..tut..
Ilman tidak mengangkat talian telefon. Dia sedang memandu kereta, mana mungkin disebabkan satu panggilan dia mengabaikan pandangannya di hadapan jalan raya yang sesak. Sudah tiga kali panggilan tidak berjawab. Kebetulan ada R&R Sg. Perak. Setelah meletakkan kereta di tempat letak kereta yang disediakan, dia terus melihat telefonnya. Panggilan daripada ‘Sayangku’ rupanya. Dia terus mendail nombor telefon Nura Afyna.
“Asssalamualaikum sayang, kenapa call abang?”
“Waalaikumussalam, kenapa tak angkat phone?”
“Abang tengah memandu tadi, tapi kenapa sayang call, ada emergency ke?”
“Tak ada apalah abang, cuma rindu dekat abang”
“Abang pun rindu dekat sayang, jaga diri baik-baik bila abang di Melaka, anytime sayang call je abang untuk lepaskan rindu, tapi bila abang tak angkat, abang sibuklah tu”
“Ok .. abang, abang pun pandu kereta baik-baik ye, ingat sayang yang ada dekat rumah ni, nanti bila dah sampai Melaka, call sayang ye”
“Ok..ok.. jangan risau, in shaa Allah selamat sampai. I love you sayang”
“I love you abang”

Talian telefon ditutup Nura Afyna. Ahmad Ilman dan kawannya meneruskan perjalanan. Setelah beberapa jam berada di jalan raya, mereka sampai ke destinasi yang ditujui. Mereka check in di hotel dan menghadiri mesyuarat jam tiga petang di bilik mesyuarat Melur di tingkat satu yang disediakan.

“Wah… rumah siapa ni? Pagar tak tutup, pintu lagilah.. ada chances ni” kata seorang lelaki semasa melalui jalan di hadapan rumah Fyna.

Nura Afyna keletihan lantas terlupa menutup pintu rumah. Bunyi kipas di siling menyenangkan fikirannya yang sudah mengantuk. Lelaki itu cuba memasuki rumah Nura Afyna. Ketika lagi selangkah langkah kakinya memasuki halaman rumah, Ahmad Ilman menelefon Nura Afyna. Nada deringnya yang seakan silence polis telah mengejutkan lelaki jahat itu. Terkapai-kapai lelaki jahat itu melarikan diri takut tertangkap dengan polis. Memang Ahmad Ilman menyuruh Nura Afyna menukar nada dering selama ketiadaannya di rumah. Nura Afyna tersedar dari tidur lenanya. Panggilan pertama tak sempat dia angkat. Nura Afyna ke luar rumah dan mengunci pintu pagar. Di pagar, dia terjumpa cermin mata hitam. Hatinya tidak senang lantas memasuki rumah dan mengunci semua pintu dan menutup tingkap di rumahnya. Panggilan kedua daripada suaminya cepat-cepat dia terima.
                        “Assalamualaikum Fyna”
                        “ABANG! SAYANG TAKUT” jawab Nura Afyna sebaik sahaja mendengar suara suaminya.
                        “Kenapa ni? Apa dah jadi? Ada hantu ke sayang”
                        “Bukan hantu tapi orang, nyaris orang tu masuk rumah kita”
                        “Ya Allah, Fyna okey ke?”
                        “Alhamdulillah Fyna tak apa-apa, tapi Fyna ada terjumpa cermin mata hitam di halaman rumah”
                        “Cermin mata hitam? Fyna kunci semua pintu dan panggil sepupu Fyna yang namanya..”
                        “Teha”
                        “Dialah, tolong temankan Fyna ye, esok abang balik, jaga diri baik-baik, kalau ada apa-apa telefon abang”
                        “Okey. Terima kasih abang. Tenang sikit hati sayang”
                        “Sama-sama, banyakkan berzikir kepada Allah, in shaa Allah tak ada apa-apa yang buruk berlaku”

Sesungguhnya cermin mata hitam mengingatkan Ahmad Ilman kepada Sarah. Adakah Sarah menghantar orang suruhannya untuk memberi amaran kepada Nura Afyna? Atau mahu membunuh isterinya kerana telah mengkhianati janji-janji mereka masa dahulu?
Nura Afyna terus menelefon Fatehah seperti yang disuruh Ahmad Ilman. Namun Nura Afyna bukan sahaja menyuruh Fatehah tidur di rumahnya, malah menyuruh adik lelaki Fatehah sekali bagi menemani mereka. Ada orang lelaki, tenang sikit hatinya. Boleh tengok-tengokkan rumah waktu malam. Lagipun aura seorang lelaki lagi kuat daripada perempuan.

Malam menjelma, Fatehah serta adiknya telah berada di rumah Nura Afyna. Nura Afyna sempat memasak makanan untuk mereka.
                        “Tak sangka aku, kau lepas dah kahwin ni pandai pula memasak. Dulu asalkan aku tidur rumah kau, asyik-asyik maggi yang kau hidangkan” Fatehah memulakan bicara apabila sesuap nasi goreng cina dimasukkan ke dalam mulutnya.
                        “Tu dulu, sekarang aku dah pandai masak, abang yang ajar” kata Nura Afyna.
                        “Abang? Sejak bila kau ada abang angkat ni?”
                        “Ish, kau ni, abang Ilman lah”
                        “Romantisnya panggil abang dekat Ilman”
                        “Aku mestilah hormat dia, sekarang ni aku dah jadi isteri dia”
“Ye ke Ilman ajar kau? Bertuahlah dapat lelaki pandai masak. Nanti bila sakit, ada orang masakkan”
                        “Kau percaya? Mana adalah. Takkan lah setiap hari nak beli lauk dekat luar, habislah duit macam tu. Bila dah pandai masak, dapatlah jimat duit. Suami pun pasti suka” kata Nura Afyna sehingga tersenyum-senyum Fatehah dibuatnya mendengar ayat terakhir Nura Afyna.
                        “Amboi dia, mentang-mentang dah ada suami, kata tu lah, kata inilah, jeolous aku dibuatnya”
                        “Biasalah..” serentak mereka ketawa.

Jam telah menunjukkan lewat malam, namun Nura Afyna dan Fatehah masih tidak tidur. Banyak cerita yang dikongsi mereka. Kalau boleh sampai esok pagi mereka ingin bersembang untuk menghilangkan rasa rindu dalam hati masing-masing. Tiba-tiba Faiz memasuki bilik Nura Afyna setelah mengetuk pintu beberapa kali.
                        “Kenapa adik ketuk pintu bilik Kak Fyna malam-malam ni?” kata Fatehah kepada adiknya.
                        “Sorrylah, tapi suara Kak Teha dan Kak Fyna ni terlalu bising sampai Faiz tak dapat lelapkan mata ni” kata Faiz.
                        “Yelah-yelah, kita nak tidurlah ni, tapi jangan lupa kunci pintu depan dan jangan tidur mati pula, nanti ada apa-apa senang sikit terbuka mata tu” kata Fatehah.


Faiz pun keluar dari bilik meninggalkan mereka berdua. Faiz sebenarnya muda setahun daripada Syamira. Tapi lelaki biasalah cepat matang. Bilik kedua rumah Nura Afyna dan Ahmad Ilman sebenarnya ada katil untuk merehatkan diri namun Nura Afyna menyuruh Faiz supaya tidur di ruang tamu. Dia takut kalau penjahat cuba memasuki rumahnya. Nasib baik di ruang tamu ada sofa yang empuk, kalau tidak pasti Faiz akan menolak untuk tidur di ruang tamu.


2 comments:

Komen daripada pembaca amat dialukan-alukan.
Sebutir kata yang dihasilkan boleh mengubah seseorang kepada yang lebih baik.

About Me