Novel : Sungguh, Tulus Menyayangimu
oleh : Nabihah Taquddin
Bab 19
Pekerjaan
Ahmad Ilman berjalan seperti biasa. Namun hatinya sentiasa rindukan kehadiran
Nura Afyna di sisinya setiap kali hendak merebahkan diri untuk tidur. Jarak
yang jauh membuat hatinya bertambah rindu. Setiap hari dia menanti panggilan
telefon daripada isterinya. Dia juga menanti kata-kata semangat yang membarakan
lagi api cinta di hatinya. Seringkali dia melihat foto isterinya yang berada di
atas mejanya. Sungguh ayu lagi manis senyuman isterinya. Membuat jiwanya
tenteram setiap kali bersama isterinya. Rasa cintanya terhadap Nura Afyna menanamkan
rasa tanggungjawabnya sebagai seorang suami. Tanggungjawabnya untuk melindungi
isterinya serta memberi nafkah zahir dan batin.
Cinta itu bukanlah melemahkan malah
menguatkan lagi seseorang itu. Walaupun kerjanya semakin hari semakin
meningkat, dia mampu menguruskannya dengan lancar. Sudah seminggu dia tidak
bersua muka dengan isterinya. Setiap malam pasti dia mengirimkan mesej kepada
isterinya.
+Assalamualaikum,
Abang sayangkan Fyna
-
Wa’alaikumussalam, Fyna juga miss u.
Semenjak
berjauhan dengan isterinya, jarang sekali dia makan di rumahnya. Kekadang dia
ke rumah bapanya menemani bapanya makan malam. Tapi kebanyakannya dia akan
makan di luar bersama-sama kawannya yang masih bujang terutamanya Zulfahmi.
“Kau
ni kenapa? Asyik termenung je aku tengok?” Zulfahmi membuka ruang bicara.
“Faham-faham
je lah” jawab Ahmad Ilman seperti acuh tidak acuh.
“Sebab
Fyna?”
“Eh..eh..
tak lah, soal isteri aku tak boleh bagitahu” katanya dengan sedikit berbelit.
Sebenarnya perkara yang difikirnya ialah isterinya.
“Habis
tu, sebab projek yang baru kau dapat tu?”
“Lebih
kurang macam tu lah”
“Mula-mula
tu memang susah nak hadapkan projek sungai tu, tapi bapa mentua kau kan ada,
apa susah?”
Banyak
masa dihabiskan di pejabat untuk menyiapkan projek yang diterimanya. Projek
Sungai Kinta yang paling kompleks. Bermacam-macam hal yang perlu
dititikberatkan. Nasihat kawannya itu ada benarnya. Minta nasihat daripada
orang yang sudah sebati dalam bidang jurutera adalah langkah yang strategik
menyelesaikan masalah. Lebih-lebih lagi orang itu merupakan ayah mentuanya. Projek
ini memerlukan perincian yang lebih daripada yang lain. Dia berada di bawah
bahagian sumber air dan hidrologi sudah masuk tiga tahun. Tiga tahun jugalah
dia sudah mengenali bapa mentuanya. Pahit getir dalam merealisasi sesuatu
projek sungai dirasai bersama. Dia menemui Encik Fadhli dan berbincang
dengannya mengenai projek itu. Memang susah diakui bapa mentuanya.
“Projek ini bila
dirasmikan?” kata Encik Fadhli dengan serius.
“Lagi sebulan ayah, tapi
Ilman buntu”
“Apa gunanya kamu
belajar dekat universiti kalau kamu tak dapat handle projek ni?”
“Maaf tuan, saya akan
cuba”
“Panggil tuan pula, ayah
bukan nak marah Man cuma Man kena semak balik buku-buku engineering tu, tu aje”
“Oh, ingatkan marah.
Serius semacam ayah tadi, baik ayah, Ilman balik rumah dulu ye” katanya lalu
bersalaman dengan ayah mentuanya.
Selesai solat asar, dia
terus mencari buku-buku kejuruteraan awam yang pernah disimpannya dahulu di
dalam rak buku. Sudah berhabuk buku-buku tersebut. Akhirnya ditemuinya buku
yang dicari. Buku yang setebal 510 muka surat dibukanya. Halaman muka surat
untuk perkara berkaitan dicari di bahagian kandungan muka surat. Satu per satu
baris ayat dibaca sehingga terleka matahari sudah terbenam di ufuk barat. Dia
berhenti seketika untuk beribadat. Setelah selesai dia membancuh minuman koko
untuk diminum. Masa berlalu begitu pantas, dia tertidur di ruang tamu
beralaskan lengan semasa menelaah buku tersebut
0 comments:
Post a Comment
Komen daripada pembaca amat dialukan-alukan.
Sebutir kata yang dihasilkan boleh mengubah seseorang kepada yang lebih baik.