Wednesday, October 22, 2014

Novel Sungguh, Tulus Menyayangimu 18








Novel : Sungguh, Tulus Menyayangimu
oleh : Nabihah Taquddin 

Bab 18

Burung-burung berkicauan di pagi hari seiring pergerakan matahari yang semakin naik dari ufuk timur. Seorang lelaki yang menjadi kegilaan ramai pelajar perempuan tiba di perkarangan sekolah bersama motor merahnya. Ahmad Ilman mengukir senyuman kepada salah seorang pelajar perempuan yang memerhatinya semenjak tadi. Cair hati perempuan itu dibuatnya sehingga pengsan. Dia berjalan melalui lorong pejalan kaki yang berbumbung menuju ke kantin sekolah. Semua mata tertumpu padanya sehingga lelaki lain menaruh dendam dengannya.
            Di dalam laci mejanya dipenuhi dengan surat-surat cinta daripada sang peminat. Semuanya dibuang ke dalam tong sampah di belakang kelas. Dia hanya akan menerima ajakan menjadi abang angkat sekiranya perempuan itu berhadapan dengannya terlebih dahulu. Memang itu syaratnya untuk menjadi adik angkat kepadanya. Walaupun ramai pelajar perempuan menggilainya, tidak terkecuali masih ada perempuan yang muak melihat wajahnya yang syok bergaya.
“Bergaya apanya kalau pelajaran asyik merundum,” kedengaran ada yang bergosip mengenainya di dalam kelas sebelah. Dia hanya mendiamkan diri kerana baginya selagi ada yang memperkatakan perihalnya, pasti dirinya masih bergaya dan mampu memikat hati perempuan.
Waktu petang yang sepatutnya dipenuhi dengan aktiviti kokurikulum tidak dihadirinya. Dia melepak di pasar raya bersembang-sembang kosong dengan kawan-kawannya. Apabila ada pantauan daripada pengetua, barulah dia menghadiri aktiviti kokurikulum. Suatu hari ibu dan bapanya terserempak dengannya di pasar raya. Bapanya terkejut melihat kelibat anaknya di pasar raya pada waktu petang yang seperti dimaklumkan oleh pihak sekolah ada kelas tambahan. Ketika Encik Hafizuddin menemuinya, dia sedang berbual-bual di sebuah kafe. Tanpa menegur anaknya, dia terus menerjah anaknya. Tamparan yang kuat menghinggap pipi anaknya. Habis badan Ahmad Ilman terjatuh ke lantai. Sungguh saat itu dia berasa malu. Anak yang dijaganya baik dengan penuh kemewahan, hanya berpura-pura baik di hadapannya. Di belakangnya, menikam dari jauh maruahnya.
            “Bapa!” kata Ahmad Ilman sambil menggosok-gosok pipi yang kesakitan.
“Apa nak jadi dengan kamu ni?” sergah bapanya.
“Suka hati Ilm, bapa tak perlu tahu”
“Kurang ajar punya anak!” nyaris sahaja mukanya ditampar sekali lagi namun ditahan ibunya.
“Abang, sudah… kita balik dulu, bincang dekat rumah” pujuk ibunya.
            “Ilm, sini kamu, ambil motor kamu sekarang, balik rumah, dalam masa sejam kalau kamu tak sampai rumah, siaplah kamu” ugut bapanya. Dia hanya menelan air liur. Dia terus keluar dari kafe dan ke parkir motor.
            Encik Hafizuddin bukanlah jenis panas baran. Namun, apabila anaknya memperlakukan dia sedemikian, egonya betul-betul tercabar sehingga meluapkan api kemarahan. Kekayaan memang satu cara dia mendidik anak tunggalnya. Salahnya juga kerana tidak menitik beratkan soal kasih sayang kepada Ahmad Ilman. Dia sering meninggalkan isteri dan anaknya atas urusan bisnes di luar negara. Akhirnya, Ahmad Ilman tidak menghormatinya.
Ahmad Ilman tidak terus pulang ke rumah. Dia singgah di rumah Sarah. Masa sejam terlalu lama untuk ditunggu di rumahnya. Padahal dia hanya mengambil masa setengah jam untuk sampai ke rumah. Dia menemui Sarah untuk meminta bantuan. Kebetulan ibu bapa Sarah tiada di rumah. Jadi mudahlah untuk dia bertemu Sarah. Dia memberi kerja sekolahnya kepada Sarah untuk disiapkan. Sarah yang memang suka akan Ahmad Ilman dan tergila-gilakan wang dengan mudah memberi bantuan kepadanya. Setelah itu, dia pulang ke rumah bersama kerja-kerja sekolah yang telah disiapkan oleh Sarah. Dia memecut ke rumahnya dan dia terlewat dua puluh minit. Bapanya sudah ada di hadapan rumah memerhatinya dari jauh. Dia tidak tahu tindakan bapanya selepas itu. Dengan muka selamba dia mendekati bapanya. Bapanya masih tidak berinjak daripada tempat tadi. Mata bertemu mata. Terus bapanya menariknya masuk ke dalam bilik dan mengunci bilik. Dia dipukul bapanya lalu dia mengerang kesakitan di bahagian belakang badannya. Belakangnya berbirat dicium tali pinggang. Setelah itu, bapanya mengurungnya di dalam bilik. Sehingga malam, dia tidak dibenarkan keluar. Ibunya menangis teresak-esak melihat suaminya melakukan sedemikian terhadap Ahmad Ilman. Dia mahu merawat sakit anaknya namun dihalang suaminya.
“Tak payah kesiankan dia, nanti dia pijak kepala kita”
“Abang sedar tak, dia satu-satunya anak kita, takkan saya tak boleh merawatnya”
“Biar dia rasa betapa sakitnya hati saya ini, dia telah malukan kita”
“Tapi bukan ini caranya… abang”
“Kamu diam, jangan sampai panas hati saya ni naik balik”
Selang beberapa hari, perangainya masih tidak berubah. Dia masih melepak di pasar raya pada waktu persekolahan. Kali ini, dia melepak di pasar raya yang lebih jauh daripada pasar raya sebelumnya. Dia ingat akan selamat namun bapanya mengetahuinya setelah dipanggil pengetua atas ketidakhadirannya beberapa hari di sekolah. Bapanya semakin berang dengan sikap anaknya lalu dia mengambil keputusan untuk segera membekukan akaun simpanan anaknya. Ketika dibekukan akaunnya, Ahmad Ilman berada di pasar raya. Dia terpaksa menjual pakaiannya yang sedang dipakainya serta motosikalnya. Hasil jualan, dia membayar barang yang telah dibelinya. Ketika itu, hati nuraninya sedikit tersentuh. Bapanya sanggup berbuat demikian terhadapnya. Adakah bapa sudah tidak sayang aku?, sedih di hatinya. Dia meminta bantuan daripada kawan-kawannya namun mereka pergi jauh daripadanya. Hanya duit yang mereka inginkan. Tidak ihklas langsung. Dia tiada pilihan lain, dengan hanya bersinglet putih yang melekat di badannya dan seluar hijau sekolahnya, dia balik ke rumah. Dia berjalan kaki tanpa menghiraukan orang sekeliling yang menganggapnya seperti orang tidak siuman. Waktu senja baru dia tiba di rumah. Sampai sahaja di rumah, ibu dan bapanya langsung tidak menghiraukannya. Dia terus masuk ke dalam bilik dengan longlainya. Kakinya terketar-ketar, badannya berpeluh-peluh menempuh hari yang panas terik. Dia mahu bersemuka dengan bapanya tapi apakan daya dia berasa gerun semenjak peristiwa tempoh hari. Semua duitnya telah habis digunakan. Poketnya kosong, hanya ada kad pengenalan dan kad pelajar.
Dia sudah tidak ponteng kelas. Malah, dia ke sekolah dengan menaiki basikal. Bapanya meletakkan beberapa syarat kepadanya jika dia ingin keadaan kembali seperti biasa. Satu, dia perlu ke sekolah dengan menaiki basikal. Kedua, dia perlu hadiri kelas kokurikulum pada waktu petang. Ketiga, dia tidak boleh keluar rumah tanpa pengetahuan bapanya. Dan yang terakhir, telefon bimbitnya ditahan. Sungguh membosankan.
“Bapa fikir aku tidak boleh bertahan? AKU BOLEHLAH!,” jeritnya sekuat hati di dalam bilik selepas mendengar syarat-syarat daripada bapanya.


0 comments:

Post a Comment

Komen daripada pembaca amat dialukan-alukan.
Sebutir kata yang dihasilkan boleh mengubah seseorang kepada yang lebih baik.

About Me