Novel : Sungguh, Tulus Menyayangimu
oleh : Nabihah Taquddin
Bab 17
“ Before abang balik, abang nak pesan dekat sayang”
“Apa dia abang”
“Sebagai isteri, sayang wajib
jaga maruah diri dan keluarga dan bila nak ke mana-mana luar dari universiti
ni, sayang mesti minta izin daripada abang dulu, sayang belajarlah dengan
bersungguh-sungguh, Abang akan selalu doakan sayang”
“Ya abang, in shaa
Allah, sayang akan jaga status sayang sebagai isteri abang, tapi abang jangan
pula cari orang lain selain sayang kalau abang ada masalah”
“Takkanlah abang nak
cari orang lain, isteri abang lagi cantik, lagi baik, lagi cerdik”
“Dah..dah.. malulah
kalau ada orang lain dengar”
“Kenapa nak malu, Fyna
kan isteri abang” mereka berdua tersenyum.
Sudah selamat Nura Afyna berada di
Universiti Putra Malaysia. Dia mengemas barang-barang yang dibawanya di dalam
almari. Tiba-tiba dia teringat akan hadiah pemberian suaminya. Dengan teliti,
dia membuka balutan hadiah daripada terkoyak. Perlahan-lahan dia membuka hadiah
setelah melihat tiada sesiapa berada di sekelilingnya.
“Wah, cantiknya!” Nura
Afyna tersenyum melihat jam tangan Q&Q yang berwarna keemasan di dalam
kotak.
Dia menelefon suaminya mengucapkan
kata penghargaan. Ahmad Ilman menyuruhnya memakai jam tangan dan cincin
perkahwinan sepanjang masa. Nura Afyna agak keberatan untuk memakai cincin
perkahwinannya namun dipujuk banyak kali oleh
Ahmad Ilman. Dia tidak mahu sesiapa mengetahui statusnya sebagai isteri
orang. Namun, dia berkata kepada suaminya yang dia akan memakainya.
Kalau
jam tangan bolehlah cover sikit, ni
cincin memang sah-sah ada apa-apa yang tak kena, yalah lebih-lebih cincin
berlian, manalah aku ada duit nak beli dalam usia semuda ini, getus hatinya.
Nura Afyna bangun di awal pagi.
Setelah solat subuh, dia mentatarias dirinya. Baju kurung yang pernah dia pakai
masa pertemuan pertamanya dengan suaminya dipakainya untuk kali ini. Teringat
kembali kenangan itu. Betapa kekoknya dia waktu itu. Rasa dirinya begitu muda
untuk berkahwin. Tapi itulah yang menjadi kenangan terindah. Dia kemudiannya sambung bersiap. Memakai bedak
asas di muka, mengenakan sedikit pelembab bibir dan sedikit eye liner. Jam pemberian Ahmad Ilman
dipakainya di pergelangan tangan kiri dan cincin perkahwinan, semestinya di
jari manis tangan kanannya.
“Wahai cincin, janganlah ada sesiapa tanya pasal
kau, aku bukannya apa cincin, kau memang cantik, tapi aku malulah kalau ada
orang tahu aku dah kahwin dalam usia ini” katanya sendiri di hadapan cermin.
“Eh Fyna, lamanya bersiap, cepatlah keluar, kita
pergi sama-sama” kata Athirah sebelum keluar dari bilik.
“Ok.. tunggu jap, lagi sikit” jawab Nura Afyna.
Kelas
pertama yang Nura Afyna hadiri setelah seminggu berorientasi sekitar UPM ialah
Sains Pertanian. Perasaan ingin tahu semakin memuncak-muncak. Pelajaran itu tidak
pernah dia pelajari ketika berada di sekolah menengah. Fikirannya begitu
bersemangat. Sekarang dia tidak perlu fikirkan lelaki. Lebih-lebih lagi untuk
jatuh cinta. Dia sudah ada peneman yang sempurna di hatinya. Setelah habis
kelas. dia terus pulang ke biliknya untuk menunaikan solat asar. Dia mengubati
rindunya dalam hati dengan mendoakan kesejahteraan suaminya dan keluarganya. Dia
ingin buktikan kepada Ahmad Ilman yang dia amat menghargai pengorbanan suaminya
membiayai perbelanjaannya untuk belajar di universiti.
“Waalaikumussalam
mak” sahutnya di telefon bimbit.
“Anak
mak macam mana? Pelajaran ok?”
“Alhamdulillah
Fyna sihat, pelajaran tu susah sikit lah mak tapi mak jangan risau ye, in shaa
Allah Fyna belajar sungguh-sungguh”
“Baguslah
macam tu, mak tengah shopping ni dengan ayah kamu, tadi mak nampak ada blaus
warna biru..cantik sangat, Fyna nak tak”
“Warna
biru! Mestilah nak, mak macam tak tahu pula Fyna ni macam mana”
“Mak
dah agak Fyna mesti suka, nanti mak bagi baju ni dekat Man, tolong hantarkan
dekat sana”
“Eh
mak, jangan susahkan abang, dia mesti letih kerja, suruh dia simpan dekat rumah
ajelah”
“Takpelah
kalau macam tu, Fyna dah call Man?”
“Belum
lagi, nanti Fyna call abang”
“Jangan
lupa pula, nanti merajuk pula suami Fyna tu”
“Ok
mak, Fyna ada kerja nak siapkan, lain kali Fyna call mak, kirim salam dekat
semua ya mak, Assalamualaikum” Nura Afyna menutup talian.
Dia
menelefon suaminya seperti yang dijanjikan. Namun panggilannya tak diangkat.
Beberapa kali dicubanya tapi tidak diangkat. Universiti Putra Malaysia memang
cantik, ada pepohonan yang tinggi dan juga rendang, ada tasik dan ada
perpustakaan yang serba lengkap. Pemandangannya pasti tidak bosan dimakan masa.
Keindahan Tuhan yang tidak ada tandingnya. Suasananya amat baik untuk
pelajar-pelajar yang ingin fokus terhadap pelajaran.
Dia
meneruskan perjalanannya ke taman tasik. Dia menyelusuri tasik yang tersergam
indah. Dia memandang ke bawah memerhatikan corak-corak yang terbentuk daripada
gabungan batu-batu putih. Dia begitu leka dan tanpa disangka dia terlanggar
satu sosok lelaki di hadapannya. Aduh!, kepalanya terhantuk pada buku yang
dipegang seorang lelaki di hadapannya.
“Sorry..sorry”
kata lelaki itu.
“Takpe
saya okey” balas Nura Afyna sambil mengutip buku-buku yang terjatuh.
“Eh
Hazmi kan?” kata Nura Afyna apabila terpandang wajah lelaki itu semasa memberi
buku.
“Fyna?
Buat apa dekat sini?”
“Saya..
belajar dekat sini”
“Saya
pun, memang jodohkan kita jumpa di sini”
“Emm…
maaf, saya sibuk, saya pergi dulu” Nura Afyna mengelak daripada berbual-bual
lebih lama.
Nura
Afyna terus pulang ke biliknya. Dia tidak menyangka akan terserempak dengan
Hazmi kawan lamanya merangkap kekasih hatinya dahulu. Adakah Hazmi mengekoriku?,
mindanya tertanya-tanya. Pada awalnya dia ke taman tasik untuk merehatkan
mindanya namun kehadiran Hazmi melenyapkan hasrat murninya itu. Dia terus tawar
hati untuk bersantai di tepi tasik. Kacau betul mamat tu!, marahnya dalam
hati. Dia begitu tertekan dengan pengurusan masanya di universiti. Banyak yang
dia tidak tahu mengenai subjek-subjek baru. Apabila sudah ada masanya, Hazmi
pula hadir.
Waktu
sudah lewat senja, dia masih di dalam bilik. Kawan-kawannya telah keluar untuk
ke masjid. Tinggal dia seorang di dalam bilik. Dia risau akan bertemu semula dengan
Hazmi. Dia tidak mahu ada apa-apa hubungan dengan lelaki. Cukuplah hanya
suaminya yang ada di hatinya saat ini sehingga akhir hayatnya. Sekali dia
berjanji untuk menjaga cinta suci ini, maka selama-lamanya dia akan memegang
janji. Cintanya pada sang suami adalah cinta kerana Allah. Emaknya pernah
berpesan padanya malam sebelum majlis pernikahan, ‘menikahi orang yang kita
cintai adalah suatu kemungkinan, tapi mencintai orang yang kita nikahi adalah
sebuah kewajipan’.
Namun,
dia kuatkan semangat untuk mendengar tazkirah di masjid tanpa mempedulikan
kemungkinan yang dia akan terserempak dengan Hazmi. Jati diri perlu kuat,
lebih-lebih lagi berada jauh daripada keluarga. Dia berjalan kaki ke masjid ditemani pelajar-pelajar lain yang masih berlegar-legar di jalan pejalan kaki.
Langkah demi langkah dikiranya sehinggalah tiba di hadapan masjid. Selepas
membaca doa masuk ke masjid, kaki kanannya melangkah masuk ke dalam masjid. Dia
terus ke mengambil wuduk di kamar wuduk dan masuk ke dalam saf.
Ceramah
tentang tanggungjawab anak kepada orang tuanya benar-benar menyusuk kalbunya.
Sungguh dekat dengan hati setiap makmum yang hadir. Sebagai anak, mentaati ibu
bapa adalah perkara yang wajib. Keredhaan ibu bapa menentukan keredhaan Allah
terhadap seseorang anak. Betapa besarnya keikhlasan seorang ibu dan ayah
memberikan kasih sayang dan didikan kepada anak-anaknya. Mengalir air mata Nura
Afyna tanpa dipaksanya. Dia banyak melukakan hati emak dan ayahnya semasa di
alam remajanya.
“Emak,
Fyna penat-penat basuh bilik air tu, lepas tu mak buang sebaldi air busuk dekat
bilik air?!” marah Nura Afyna tanpa berfikir panjang.
“Mak
tak sengaja, tak ada siapa nak tolong buangkan air tu…” air mata Puan Mahirah
ditahan daripada mengalir. Nura Afyna terus mengambil berus lantai untuk
membasuhnya semula. Namun riak wajahnya terpamer jelas tidak berpuas hati
dengan tindakan emaknya. Pintu bilik air
dihempas kuat. Dia menggosok-gosok lantai dengan geramnya. Perlakuannya
menimbulkan rasa bersalah di hati emaknya. Emaknya sudah menangis teresak-esak.
Ayahnya cuba memujuk emaknya yang terlalu sedih dengan tindakannya. Ketika itu,
di hati Nura Afyna berasa begitu bersalah namun di sisi lain, hatinya juga dikuasai
amarah yang meluap-luap. Bukanlah sengaja dia ingin memarahi emaknya, tapi
egonya tercabar kerana dianggap seperti emaknya tidak menghargai pengorbanannya
membasuh bilik air.
“Fyna,
sudahlah, keluarlah dari bilik air tu, emak tak sengaja…” pujuk Encik Fadhli.
Nura Afyna terpujuk dengan kata-kata ayahnya lalu keluar dari bilik air dan
duduk berhadapan emaknya di atas kerusi. Dia melihat emaknya begitu sedih.
Kesedihan emaknya menyejukkan amarahnya tadi. Apa yang telah aku lakukan pada
emak, soalku di hati.
“Emak,
Fyna minta maaf..” lembut bicaranya kepada emaknya. Emaknya masih tidak henti
menangis. Jiwanya benar-benar terganggu. Dia berasa sungguh bersalah. Apa
salahnya kalau aku berkata lembut pada emak tadi, nasihatku di dalam hati. Dia
terus memeluk emaknya. Emaknya erat memeluknya kembali.
“Emak
maafkan Fyna..” balas emaknya dalam keesakan tangisannya.
Walaupun
sudah setahun berlalu, kisah itu masih di ingatannya. Sekali terjadi, pasti
akan teringat-ingat di mindanya. Dia berasa bersalah kerana terlalu ikut
perasaan marahnya. Bukankah aku telah melakukan dosa besar kepada emakku?, rasa
bersalah menyelubungi hatinya. Ya Allah, ampunkanlah aku dan ibu bapaku serta
kasihanilah mereka sepertimana mereka mengasihiku semasa kecil. Doa kudus
mengiringi sendunya. Dia pulang ke biliknya menelefon semula emaknya. Hatinya
begitu meruntun. Walaupun banyak dosanya kepada ibu bapanya, Allah masih
memberinya keputusan yang cemerlang. Allah itu Maha Mengasihani. Belum
terlambat untuk dia bertaubat. Malam yang berlalu dipenuhi dengan kata-kata
penghambaan kepada Maha Pencipta. Mengalirnya air mata seorang pejuang Islam
yang berjihad di jalan Allah. Dia benar-benar insaf atas keterlanjurannya.
0 comments:
Post a Comment
Komen daripada pembaca amat dialukan-alukan.
Sebutir kata yang dihasilkan boleh mengubah seseorang kepada yang lebih baik.