Novel : Sungguh, Tulus Menyayangimu
oleh : Nabihah Taquddin
Bab 14
Kesihatan
Syamira sudah sembuh sepenuhnya. Memori semenjak kecil sehinggalah pertemuannya
dengan abang iparnya di kedai makan masih dalam ingatannya. Tiada apa-apa yang
hilang. Dia bersyukur di saat-saat genting sebelum dia mengambil peperiksaan
besar, Tuhan masih memberi peluang untuknya belajar dengan lancar. Malah, mutu
pembelajarannya semakin hari semakin meningkat. Dia juga sudah ada guru tuisyen
yang sangat memahaminya. Apalagi kalau bukan Zafrin yang menjadi guru
tuisyennya. Zafrin sendiri memang berkelulusan pendidikan di UPSI. Lebih-lebih
lagi bagi membalas jasa Syamira yang memaafkannya atas kesalahan yang telah
dilakukan. Zafrin mengajarnya pada waktu malam selepas solat magribh. Encik
Fadhli juga menyenangi kehadiran Zafrin
dalam keluarganya. Namun, Zafrin masih takut untuk memandu kereta selepas
kejadian itu. Dia hanya mampu menunggang motosikal. Kelas tuisyen diadakan di
rumah Encik Fadhli memandangkan hanya Syamira yang menjadi muridnya.
“Cikgu, saya ada soalan
tapi jangan marah ya”
“Soalan apa yang akan
buat saya marah ni?”
“Macam ni cikgu, saya
peliklah dengan peribahasa ‘cubit peha kiri, peha kanan terasa juga’, kenapa
kita tak tukar aje menjadi ‘habuk masuk mata kanan, mata kiri terasa juga’.
Saya rasa itu baru realiti, saya sendiri dah buat experiment”
“Betul juga tu, tapi nak
buat macam mana kan, dah macam tu, terima ajelah”
“Cikgu sendiri kata,
kita tak boleh membenarkan apa-apa perkara yang sah-sah sudah salah”
“Hmm.. Mira ni, benda ni
yang kamu runsingkan pula, experiment kimia tak nak tanya pula?”
“Hehehe… saya saja
tanya, cikgu ni serius sangatlah, apa salahnya kan cikgu..”
Zafrin berkelulusan major Kimia,
namun apabila Syamira ingin bertanya mengenai pelajaran lain, dia tidak menolak
mentah-mentah. Sedaya upaya dia akan cuba menerangkan masalah yang dihadapi
muridnya terhadap sesuatu pelajaran. Walaupun jarak usia Syamira dan Zafrin
tidaklah terlalu jauh namun Syamira tetap memanggil Zafrin dengan panggilan
cikgu kerana panggilan itu membuat dia lebih bersemangat untuk belajar. Dia
sendiri melihat reaksi Zafrin yang teramat gembira ketika dia memanggil dengan
pangilan begitu. Mungkin aku murid pertamanya yang memanggilnya cikgu, teka
Syamira.
Hari-hari Syamira berjalan dengan
begitu gembira. Walaupun kakaknya sudah tidak sentiasa ada di sisinya, Zafrin
masih ada menemaninya. Selain menjadi cikgu, Zafrin turut menjadi kawan Syamira
apabila masa lapang. Banyak masa Syamira dihabiskan di sekolah, namun dia tidak
pernah merungut sekiranya kerja sekolahnya banyak. Zafrin memang banyak
membantunya. Semua ini kerana Syamira tidak terlalu malu untuk bertanya Zafrin berbanding
cikgu-cikgu yang mengajarnya di sekolah.
“Cikgu, esok sekolah
Mira ada hari kokurikulum, cikgu datang ya!”
“Esok? Emm, tak dapatlah
Mira, cikgu ada urusan lain yang perlu dilakukan”
“Takkan sekejap pun tak
boleh, cikgu kena rasa masakan saya nanti, mesti sedap punya”
“Cikgu cuba datang, tapi
cikgu tak janji ya”
“Mira harap sangat cikgu
datang..” kata Syamira seakan merajuk.
“Ish, Mira ni, saya
mesti datang, Mira kan murid saya”
Murid je?, tanyanya di hati.
Luarannya memang Syamira berlagak seperti seorang anak murid. Namun di hati,
Syamira menyimpan rasa suka. Apalah Mira ni, dia kan cikgu kau, biasalah kalau
anak murid suka cikgu sebab cikgu tu baik dan pandai, katanya menepis perasaan
yang lebih-lebih terhadap Zafrin. Dia hanya senyum dekat Zafrin menandakan
faham akan kata cikgunya.
Syamira mmg ada hati dgn zafrin ke?? absolutely, accidentally in love!!
ReplyDeletejust wait until the end of the novel... love..
ReplyDelete