Novel: Sungguh,
Sarah
mengetahui keberadaan Ahmad Ilman apabila dia mengekori jejak bekas kekasihnya
melalui aplikasi yang ada di telefon androidnya. Malah, dia turut bercuti di
sana bersama-sama Megat Arif. Dia mahu Nura Afyna melihat dia bermesra dengan
Ahmad Ilman dan akhirnya akan menyebabkan keretakan rumahtangga antara mereka.
Kalau dia tidak dapat memiliki Ahmad Ilman dengan cara senyap, dia akan
memilikinya dengan cara terbuka.
Encik
Fadhli berada di stadium bagi perasmian Hari Malaysia peringkat negeri Perak di
stadium.
Tempat pertama yang Ahmad Ilman dan
isterinya kunjungi ialah Ladang Teh Bharat Group yang berdekatan dengan jalan
raya. Tempat itu yang lebih dekat daripada ladang teh yang lain. Mereka
memasuki gerai Bharat Group yang ada. Ada pelbagai jenis perisa teh yang
disediakan. Mereka juga boleh melawat kawasan ladang namun perlu menuruni
tangga yang agak curam. Mereka hanya melihat ladang teh dari bahagian atas
sahaja. Sungguh cantik pemandangan di ladang teh. Terdapat juga air terjun
berdekatan dengan ladang. Menyenangkan mata yang memandang. Sebelum pulang,
mereka mengambil gambar di bahagian gerbang masuk ladang teh Bharat Group dan
tempat sekitarnya yang berlatar belakangkan ladang teh.
Mereka meneruskan perjalanan ke
ladang teh yang lain. Kali ini, mereka perlu masuk ke dalam pedalaman yang jauh
daripada jalan raya. Perjalannan ke Ladang Teh Boh perlu melalui jalan sempit
yang berbukit dan bengkak-bengkok. Walaupun demikian, suasana di sekeliling
jalan dipenuhi dengan bunga berwarna-wani yang ditanam di sini. Di Ladang Teh
Boh terdapat kilang pembuatan teh. Mereka tidak melepaskan peluang untuk
melihat cara memproses daun teh sehinggalah dibungkuskan untuk dijual. Baunya
harum sekali. Mereka sempat bergambar di luar bahagian kilang memandangkan di
dalam kilang tidak dibenarkan untuk bergambar.
Tempat seterusnya yang mereka ingin
kunjungi ialah taman strawberi namun waktu sudah petang dan mereka belum
menunaikan solat dan menjamu selera. Mereka menangguhkan lawatan mereka ke sana
dan Ahmad Ilman memandu kereta mereka ke Bukit Brinchang yang kebetulan ada
pasar malam pada hari itu.
Sarah dan Megat Arif bermalam di
Hotel Equatorial yang jauh lebih mewah daripada hotel yang Ahmad Ilman tempah.
Mereka tidur di dalam bilik yang berasingan pada malam hari namun apabila waktu
siang Megat Arif akan berada di bilik Sarah. Sarah hanya menunggu masa yang
tepat untuk menjalankan rancangannya. Megat Arif langsung tidak tahu tentang
niat sebenar Sarah mengajaknya ke Tanah Tinggi Cameron. Baginya, Sarah mungkin
ingin melepaskan tekanan berada di tengah-tengah kesibukan kota dan sebagai
kekasih, pastinya dia orang yang paling tepat untuk meluangkan masa bersama.
“Malam ni, kita duduk dekat hotel je
lah, abang malas la nak keluar, lagipun kita dah beli makanan untuk makan malam
ni” kata Ahmad Ilman sambil merebahkan badannya di atas katil.
“Lagipun Sayang tak berapa sihatlah,
kepala ni asyik denyut-denyut semenjak tadi” jawab Nura Afyna sambil mengurut
dahinya setelah membuka pin tudung di hadapan cermin yang berada di sebelah
katil.
“Apa kata kita tengok tv nak malam
ni, ada HBO kan?” Ahmad Ilman memberi idea kepada isterinya.
“Ada, tadi sayang tengok ada cerita
best”
Ahmad Ilman ingin meluahkan masalah
yang dia hadapi pada malam terakhir berada di Tanah Tinggi Cameron. Dia sedang
mengumpul kekuatan untuk menyatakan masalah Sarah yang selama ini menghantui
fikirannya.
Bab 30>>
<<Bab 28
0 comments:
Post a Comment
Komen daripada pembaca amat dialukan-alukan.
Sebutir kata yang dihasilkan boleh mengubah seseorang kepada yang lebih baik.