Sunday, March 2, 2014

Novel Sungguh, Tulus Menyayangimu 3 (pg 1 of 2)









Novel : Sungguh, Tulus Menyayangimu
oleh : Nabihah Taquddin

Bab 3 (1/2)

                     Nura Afyna ingin menghadiri majlis reunion dengan kawan-kawan lama sekolah rendah. Majlis tersebut diadakan pada waktu malam di rumah kawannya. Encik Fadhli tidak mengizinkan anaknya untuk ke majlis itu. Dia berada di luar kawasan Perak kerana ada kursus yang perlu dihadiri selama seminggu. Nura Afyna tetap mahu pergi. Apabila teringatkan Ahmad Ilman ada di Ipoh dan boleh membantu menghantar Nura Afyna ke majlis tersebut, Encik Fadhli mengizinkannya. Nura Afyna bersiap-siap di dalam biliknya. Dia memakai gaun labuh berwarna ungu dan mengenakan tudung yang berkelip-kelip. Nura Afyna keluar dari rumah apabila kereta tunangnya berada di hadapan pagar. Ahmad Ilman terpesona dengan kecantikan Nura Afyna. Dia tidak berkata apa-apa, hanya tersenyum melihat Nura Afyna yang sedang mengatur langkah ke arahnya. Nura Afyna membalas senyuman Ahmad Ilman. Sebelum beredar, Ahmad Ilman menyalami bakal emak mentuanya.

            Dalam perjalanan, Nura Afyna menceritakan perihal kawan-kawan di zaman sekolah rendah. Fasal kisah lucu, kisah gembira dan juga kisah sedih yang dilaluinya di sekolah. Nura Afyna begitu teruja untuk bertemu kembali dengan kawan lamanya. Sudah hampir lima tahun tidak menemui mereka. Nura Afyna terlepas kata yang dia pernah jatuh hati dengan seorang kawannya. Dia berharap dapat berjumpa dengannya dan ingin meluahkan perasaan. Ahmad Ilman yang teliti mendengar celotehnya sejak awal agak cemburu apabila Nura Afyna berkata demikian. Ahmad Ilman memberhentikan kereta tanda cemburu.

                        “Eh, kenapa tiba-tiba berhenti ni”
                        “Tak boleh!” jerit Ahmad Ilman.
                        “Apa yang tak bolehnya?”
                        “Aaa….Jalan depan tu matilah” Ahmad Ilman mencari alasan atas keterlanjuran katanya.
                “Habis tu macam mana ni?” Nura Afyna buat-buat tak tahu sedangkan dia sendiri mahu perangkap Ahmad Ilman supaya menunjukkan reaksi cemburu.
                        “Tak apa, ada jalan lain kalau belok kanan” helah Ahmad Ilman.
            Nura Afyna ketawa kecil. Ketawanya didengari Ahmad Ilman. Tunangnya juga ketawa namun bukan seperti dirinya malah lebih galak ketawanya. Dia memberhentikan ketawa kecilnya. Rasanya seperti dipermainkan oleh tunangnya.

                        “Jomlah gelak sama-sama, syok apa?” pelawa Ahmad Ilman.
                        “Tak naklah, Ilman macam mempermainkan Fyna je, macam tahu je apa yang ada dalam hati Fyna ni”
                        “Saya dah lama tak gelak, tulah gelak lebih-lebih tu”
                        “Suka hatilah” Nura Afyna memalingkan wajah ke arah luar cermin.

            Ahmad Ilman menumpukan perhatian terhadap pemanduannya. Tepat pada masanya, mereka sampai di depan rumah banglo kawan Nura Afyna. Nura Afyna tidak mengizinkan Ahmad Ilman menghantarnya ke dalam rumah. Dia takut kawan-kawannya mengata yang bukan-bukan terhadap dirinya. Ahmad Ilman hanya menurut. Malulah tu, kata hatinya. Mereka berjanji untuk bertemu semula pada jam sepuluh malam. Nura Afyna keluar dari kereta dan terus memasuki rumah tanpa memandang ke belakang. Walaupun lama lagi untuk majlis reunion habis, Ahmad Ilman hanya menunggu di luar rumah sambil bermain aplikasi telefon jenis adroidnya. Dia takut sesuatu terjadi kepada Nura Afyna. Baru beberapa minit berlalu, dia sudah gatal tangan menelefon Nura Afyna.

            Nura Afyna menutup telefonnya. Ganggu orang saja, getus hatinya. Pelbagai aktiviti yang dilakukan Nura Afyna bersama-sama kawan lamanya. Aktiviti pertama bertukar-tukar pandangan cita-cita mereka selepas tamat SPM. Nura Afyna memang dengan cita-citanya hendak menjadi ahli agronomi. Tiada sesiapa yang menyimpan cita-cita seperti dirinya.

                        “Untunglah orang tu, lain daripada yang lain” salah seorang kawannya bersuara.
                        “Eh, bukan aku seorang je, ramai lagi dekat luar sana”
                       "Hari tu aku jumpa kau kan?” Hazmi bersuara pula. Kawan-kawan yang lain sudah bersorak. Sememangnya Hazmi merupakan pelajar pintar dan mempunyai rupa seiras Fattah Amin. Jarang sekali dia menegur Nura Afyna waktu zaman sekolah. Ini pula bertanya Nura Afyna di hadapan kawan-kawannya. Pasti ada apa-apa yang tersembunyi di dalam hati.
                        “Kem ha..hari tu..ke, ya akulah tu, kau.. tak boleh kenal muka aku ke?” tergagap Nura Afyna menjawab. Maklumlah sudah lama tak berjumpa dengan cinta hatinya.
                        “Aku kenal, just malaslah nak tegur waktu tu”

Jam telah menunjukkan pukul sepuluh malam. Namun, kelibat Nura Afyna masih belum keluar. Beberapa kali Ahmad Ilman mendail nombor telefon tunangnya, namun hampa yang diterima. Dia menjadi risau namun kerisauannya hilang dengan bersangka baik. Apabila sudah pukul sepuluh malam setengah, risaunya menjadi-jadi. Tak boleh jadi ni, aku mesti masuk ke dalam, desus hatinya. Ahmad Ilman keluar dari keretanya. Dia terus melulu ke rumah banglo itu.

                        “Fyna mana, Fyna?” sergahnya pada isi rumah. Semua orang memandangnya. Nura Afyna terus bangun dan menarik tepi bahu baju Ahmad Ilman keluar dari rumah.
                        “Apa tiba-tiba sergah, tak bagi salam pula tu?”
                        “Kenapa tak angkat phone, dah pukul berapa sekarang ni”
                        “Alah, Fyna tutup phone tadi, baru pukul sepuluh setengah”
                        “Baru, tadi janji pukul sepuluh!”
                        “Yelah-yelah nak balik dah ni, pergi tunggu dekat kereta”
                        “Maaf ya, tadi tu…hah! cousin aku, dia yang ambil aku malam ni” jelas Nura Afyna pada kawan-kawannya apabila riak wajah mereka semuanya tegang.
                        “Aku balik dulu ye, syok sangat luangkan masa dengan semua” kata Nura Afyna sambil berpelukan dengan kawan-kawan perempuannya.

            Fyna melambai-lambai ke arah kawan-kawannya. Fyna tidak berpuas hati dengan tindakan tunangnya. Ahmad Ilman telah mungkir janji untuk menunggu sahaja di dalam kereta. Ahmad Ilman menjelaskan kepada Nura Afyna yang dia tidak bersalah dalam hal ini. Nura Afyna yang bersalah kerana tidak menepati janji. Mereka tidak bertegur sapa selepas itu.

<<Bab 2
            Bab 3 (page 2/2)>>

0 comments:

Post a Comment

Komen daripada pembaca amat dialukan-alukan.
Sebutir kata yang dihasilkan boleh mengubah seseorang kepada yang lebih baik.

About Me