Idea nak menulis cerita ni masa saya baru balik dari Bengkel Pembinaan Bakat Tunas Remaja 1 Malaysia peringkat Perak dan Penang. Penceramahnya banyak menaikkan semangat saya untuk hasilkan karya yang bermutu. Jadi, pulang sahaja dari bengkel tu iaitu pada malamnya saya terus biarkan imaginasi berlegar di fikiran saya.
Permulaan ceritanya adalah imaginasi yang berada di fikiran saya. Penetapan tempat adalah secara spontan iaitu di Kaherah. Jalan ceritanya berlaku secara spontan juga. Tiada apa-apa catatan sebelum membuat karya ini.
Jadi, setelah disemak oleh seorang penulis yang saya panggil sebagai Pak Long dan memberi beberapa guru dan rakan membacanya, saya menghantar karya ini di laman web Penulisan2u. Saya mendapat banyak respon daripada pembaca. Dan dari situ, saya tahu perkara mana yang perlu dibaiki.
Karya kedua saya
Idea menulis novel ini bermula apabila cinta saya tak kesampaian. Permulaan cerita yang bermula di sekolah sebagai pengerusi dan penolong pengerusi adalah pengalaman saya sendiri. Saya memikirkan bagaimana nak bekerjasama dalam satu organisasi di sekolah. Sedangkan dalam realiti, saya berada di sekolah yang semuanya murid perempuan. Saya juga fikir, akan ada ke hubungan istimewa dalam menjalankan tugas. Karya ni terhenti sebentar kerana menyiapkan novel 'Sungguh, Tulus Menyayangimu'. Namun jalan ceritanya sentiasa ada di minda ni, cuma tunggu masanya sahaja untuk diluahkan dalam bentuk penulisan.
Karya ketiga saya
Karya ni sebenarnya dulu dikenali sebagai 'Aku Jodohnya' namun diubah kepada 'Sungguh, Tulus Menyayangimu'. Idea nak menulis karya ni bermula apabila banyak berita disiarkan mengenai pasangan muda yang berkahwin awal. Jadi, saya tak terkecuali ingin merasai bagaimana rasanya apabila berkahwin muda. Pada waktu yang sama, jalan ceritanya mengajar saya bagaimana sesebuah hubungan itu berlaku sehingga saya begitu menjiwai watak dalam novel ini. Saya juga banyak mengetahui mengenai alam perkahwinan. Karya ini sebenarnya karya pertama saya, namun tidak mendapat sambutan. Lalu, saya hanya menyimpannya di komputer. Alhamdulillah, setelah cerpen 'Cintaku Berputik di Padang Kaherah' mendapat banyak respon, novel ini mendapat perhatian untuk dibaca oleh pembaca.
Karya keempat saya
Karya ketiga saya
Dulu |
Kini |
Karya keempat saya
Idea menulis karya ini bermula apabila saya menonton cerita berkisar kesihatan yang menunjukkan pelbagai cara untuk mendapat zuriat. Walaupun sudah lama berumah tangga, harapan untuk mengandung masih ada. Cuma perlu ikhtiar melalaui cara perubatan moden dan tradisional. Permulaan cerita seakan-akan sama seperti cerpen 'Cintaku Berputik di Padang Kaherah' yang mengetangahkan aspek saspen dan sedikit aksi. Cerpen ni lambat disiarkan kerana kali pertama saya mengetengahkan cerita asam garam dalam rumah tangga. Lebih-lebih lagi soal mendapat zuriat sememangnya sensitif diperkatakan dalam kalangan kaum hawa sendiri.
Karya kelima saya
Idea menulis cerita ni apabila saya menonton cerita di tv. Cerita ni saya terikut dengan gaya percakapan pelakonnya. Jadi, melalui percakapan itu, wujudlah watak lelaki ni. Cerita ini juga mengenai asam garam rumah tangga yang serius. Di mana suaminya amat pentingkan penghormatan dari isterinya dan ingin isterinya kelihatan sentiasa sempurna di matanya. Saya juga takut nak siarkan karya ini pada awalnya namun saya memberanikan juga. Cerpen ni lain dari cerpen yang pernah saya hasilkan iaitu lebih kepada dialog.
Karya keenam saya
Idea menulis karya ini bermula apabila saya ingin semua orang tahu betapa sukarnya menjawat jawatan pengerusi. Menjadi pengerusi bukan sahaja pada nama tapi pada tugasnya. Amanah yang terpikul di bahu setiap jawatan yang disandang. Cerita ini adalah dari pengalaman sendiri. Memandangkan sebelum ni saya menghasilkan novel cinta, jadi novel ini lebih tertumpu kepada persahabatan.
0 comments:
Post a Comment
Komen daripada pembaca amat dialukan-alukan.
Sebutir kata yang dihasilkan boleh mengubah seseorang kepada yang lebih baik.