Novel: Sungguh, Tulus Menyayangimu
Bunyi
loceng memekik di waktu subuh membuat jiwa tidak tenteram untuk tidur. Ahmad
Ilman terjaga dari tidur. Dia memberhentikan loceng telefonnya daripada terus
berbunyi. Dia melihat di telefonnya ada pesanan yang belum dibaca. Dia menekan
skrin untuk membaca pesanan itu. Pesanan daripada isteri tercinta. Hatinya
tertarik untuk meneruskan pembacaan. Sekilas dia membaca pesanan itu. Hatinya
tersentuh.
Assalamualaikum Abang, kenapa tak
angkat fon? Abang sihat ? Sayang sedihlah bila abang tak jawab fon dari sayang.
Abang tak rindu sayang ke. Sayang rindu abang, kalau boleh nak teman abang dan
balik sekarang. Tapi sekarang sayang tengah belajar. Walau abang jauh, sayang
yakin kita boleh jaga cinta ini baik-baik.
Sayang,
maafkan abang, abang dah kotorkan cinta ini, desis hatinya. Dia bangun dari
katil dan meregangkan sendi-sendinya yang lenguh. Usai mandi, dia bersiap-siap
untuk ke pejabat. Hari ini merupakan hari pembentangan Projek Kinta yang
menjadi projek penting tahunan. Dia sudah selesaikan segalanya.
Sewaktu mesyuarat berlangsung, dia
tidak dapat fokus terhadap pembentangan sehingga dia ditegur oleh bapa
mentuanya. Namun, dia cepat-cepat menghilangkan khayalannya dan meneruskan
mesyuarat setelah keluar bilik mesyuarat sebentar. Pada waktu zohor, dia
menunaikan solat berjemaah di masjid berdekatan.
“Assalamualaikum ustaz, boleh saya
tanya sikit dekat ustaz?” Ahmad Ilman meyapa Ustaz Shah setelah selesai
menunaikan solat.
“Wa’alaikumussalam warahmatullahi
wabarakatuh, in shaa Allah boleh, nak ni sape?”
“Saya Ilman ustaz, saya ada masalah
dan saya buntu sebab hal ni ada kena mengena dengan hati dan perasaan”
“Ilman, setiap masalah itu ada
penyelesaiannya, cakaplah apa masalahnya, in shaa Allah sedikit sebanyak ustaz
boleh bantu kamu”
“Ustaz, kalau boleh kita duduk dulu
dekat kerusi tu”
“Macam ni ustaz, saya menyesal sebab
dah membenarkan seorang perempuan ajnabi masuk ke rumah saya, sedangkan dalam
rumah tu hanya kami berdua”
“Astaghfirullah al-‘adzim, perbuatan ini haram
kerana Rasulullah bersabda, yang bermaksud ‘Jangan berdua-duaan perempuan dengan lelaki melainkan ditemani oleh
mahramnya’, hadis riwayat Bukhari. Selain itu, sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud ‘Tidak
bersunyian (berdua-duaan) seorang lelaki dan seorang wanita melainkan syaitan
akan menjadi yang ketiga antara mereka’,
hadis riwayat at-Tirmizi.”
“Apa yang buat saya lebih bersalah
dengan isteri saya, saya nyaris melakukan zina terhadap perempuan ajnabi tu,
tapi Alhamdulillah, Allah masih menyayangi saya, dia buka mata saya, dia buka
hati saya sehingga saya tersedar atas perlakuan saya pada waktu tu, adakah saya
patut beritahu isteri saya apa yang sudah saya lakukan sebab saya dah berjanji
akan jujur dengannya, adakah isteri saya dapat memaafkan saya, ustaz?”
“Alhamdulillah
kamu sedar atas kesalahan kamu waktu tu, Allah mengharamkan kita mendekati
zina, inikan pula berzina, Allah telah berfirman dalam surah Al-Isra’ ayat 32
yang bermaksud ‘Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu
adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang buruk (yang membawa
kerosakan)’, kamu
segeralah bertaubat kepadaNya dengan taubat nasuha, sesungguhnya
Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani, firman Allah dalam surah Al-Baqarah
ayat 222 yang bermaksud ‘Sesungguhnya
Allah mengasihi orang-orang yang bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang
sentiasa mensucikan diri’, malah dosa-dosa yang lalu akan
berguguran dan menjadi seperti bayi yang baru dilahir, Allah juga mengharamkan kita
membuka aib orang lain, apalagi membuka aib diri sendiri seperti hadis yang
disampaikan oleh Abu Bakar r.a, riwayat Muslim dan Bukhari yang bermaksud ‘Sesiapa yang menutup keaiban seseorang Islam nescaya
Allah akan menutup keaibannya di hari kiamat’ , dalam masalah kamu
ni, kamu kena simpan perkara ni walaupun dengan isteri sendiri, aib itu harus
dijaga, ini bukan soal kejujuran tapi ni soal hukum, siapa kita nak melawannya”
“Terima kasih atas nasihat ustaz”
0 comments:
Post a Comment
Komen daripada pembaca amat dialukan-alukan.
Sebutir kata yang dihasilkan boleh mengubah seseorang kepada yang lebih baik.