Wednesday, March 26, 2014

Novel Sungguh, Tulus Menyayangimu 6



















Novel : Sungguh, Tulus Menyayangimu
oleh : Nabihah Taquddin

Bab 6


Ketika sinar mentari menerangi alam, pengantin baharu bersiap-siap untuk ke Port Dickson. Mereka bertolak seawal tujuh pagi lagi supaya perjalanan menjadi lancar. Bagi membiasakan diri apabila tinggal berdua di rumah, mereka pun keluar rumah untuk bersiar-siar. Ahmad Ilman yang merancang untuk ke sana. Dia mempunyai agenda tersendiri. Nura Afyna yang mengetahui pada waktu pagi semasa menunaikan solat subuh turut terkejut dengan perancangan suaminya yang tidak dipersetujui bersama. Mereka pergi ke rumah mertua, bersalaman dengan kaum keluarga yang ada.

“Abang tunggu dalam kereta ya sayang” laung Ahmad Ilman apabila isterinya masih bersalaman dengan keluarga.
“Ok, Ilman” spontan isterinya menjawab.
“Fyna panggil suami dengan panggilan namanya?” Puan Mahirah menegur anaknya dengan nada yang perlahan.
            “Ya mak”
         “Fyna kena panggil suami dengan panggilan yang menggembirakan dia” lembut emaknya menasihatinya.
            “Dia okey je mak”
            “Memang nampak okey tapi dalam hati? Kita tak tahu”
            “Yalah mak, in shaa Allah Fyna cuba” dia lantas memeluk emaknya.


Dalam perjalanan menuju ke destinasi, mereka diam seribu bahasa. Tidak tahu apa yang hendak dikatakan. Nura Afyna yang rasa kesunyian menekan punat yang berbentuk bulat untuk memasang radio. Ahmad Ilman mendengar bunyi yang hadirnya dari getaran speaker radio. Dia berasa tercabar kerana isterinya menyentuh barangnya tanpa kebenaran daripadanya.
“Fyna takde hak nak pegang barang-barang saya” marahnya. Isterinya terkejut lantas memarahinya pula.
“Fyna ada hak, Fyna kan isteri Ilman. Ilman lupa ke?” bentak isterinya.

Pertelingkahan menjadi tegang diantara mereka. Masing-masing tak mahu mengalah. Radio terus dimatikan oleh Nura Afyna. Dia terus menarik mukanya menghadap ke tingkap di sebelahnya. Tiba-tiba ada seekor anjing melintas jalan. Brek kecemasan lantas ditarik Ahmad Ilman. Kedua-duanya terlantun kehadapan. Nasib baik tiada sesiapa yang tercedera. Anjing itu pun tidak mengalami apa-apa kecederaan lantas melarikan diri ke semak samun bersebelahan jalan raya besar.

“Sayang tak apa-apa ke?” soal Ahamd Ilman kepada isterinya sambil mengusap kepala isterinya.
“Fyna okay je, Fyna minta maaf ye” balas isterinya. Ilman mengangguk lantas berkata kepada isterinya.
“Abang pun nak minta maaf, salah abang juga sebab marah-marah Fyna”

Setelah itu, mereka meneruskan perjalanan. Dalam perjalanan, Nura Afyna memegang lengan suaminya supaya tak memarahinya lagi. Mereka kembali ceria dan memasang radio. Tanpa disedari rupa-rupanya mereka telah sampai ke destinasi yang ditujui. Ahmad Ilman mengeluarkan tikar manakala Nura Afyna membawa keluar bekalan untuk dimakan bersama. Mereka berkelah di bawah sebuah pokok yang rendang dan redup.

“Sayang, kita nak honeymoon kat mana? Abang cadang kita pergi ke Cameron Highlands” Ahmad Ilman mula berbicara apabila mereka sudah duduk di atas tikar.
“Fyna tak kisah, dekat mana-mana pun Fyna ikut. Lagipun Fyna tak pernah survey dalam internet, destinasi mana yang paling terbaik untuk melancong” jawabnya.

Ketika mereka menikmati roti sandwich yang pertama kalinya dibuat oleh Nura Afyna untuk suaminya, mereka berpeluang menyaksikan keindahan alam di kala matahari semakin naik menerangi alam semesta.

“Abang… Man, lihat tu, cantik kan!” kata Nura Afyna sambil jarinya menunjukkan ke arah matahari yang sedang naik.
“Yela sayang, sangat cantik, Subhanallah!” Ahmad Ilman merapatkan tubuhnya dekat dengan tubuh isterinya. Dia tersedar isterinya mula memanggilnya sebagai ‘Abang Man’. Kena nasihat lah tu, kata hatinya.

Nura Afyna hanya tersenyum kerana suaminya pandai menarik hatinya. Walaupun kadang-kadang terlepas juga rasa geramnya terhadap suaminya kerana mengahwininya, rasa geramnya cepat-cepat dilenyapkan oleh suaminya dengan tindakan yang tak terjangka olehnya.

Setelah itu, mereka menuju ke arah laut untuk bermain air laut. Nura Afyna memang suka bermain air laut. Lagipun tekanan terhadap SPM masih membelenggu hatinya. Dia berharap keputusan SPM yang bakal diambilnya tidak lama lagi akan menggembirakan hatinya dan ibu bapanya. Ketika bermain-main dengan air laut, ada seseorang yang memanggilnya. Orang itu melambai-lambai kearahnya dari jauh. Dia pun membalas lambaian itu.

“Hei Fyna, bercuti ke, dengan sape?” Sofia bertanya kepadanya.
“Takdelah, cuma berkelah kat sini dengan…. somebody” jawabnya dengan tenang.
“Siapa? Bagi tahu lah. Dengan boyfriend ye. Tak bagi tahu pun” balas Sofia.
Tiba-tiba, Ahmad Ilman menghampiri Nura Afyna yang masih berbicara dengan Sofia.
“Sayang, siapa ni, kawan ke?” tanya suaminya.
“Ya Abang Man, kawan sekolah Fyna. Oh ye Sofia, kenalkan ni..” belum sempat Nura Afyna menghabiskan bicara, Ahamd Ilman menyambung.
“Saya suami Fyna” katanya sambil senyuman terukir di bibirnya. Terlompong mulut Sofia dibuatnya.

Memang tak terjangka yang kawannya yang dulunya dikenali sebagai budak pendiam telah berumah tangga dalam usia yang begitu muda. Kacak pula tu..cair habis dibuatnya.
“Awat kau tak bagitahu aku yang kau dah kahwin” Sofia bertanya apabila Ahmad Ilman menuju ke arah lain.
“Aku nak bagitahu kau, tapi aku tak dapat nombor kau. Sorry sangat-sangat Sofia.” Sofia lantas mengangguk-angguk kepala mengatakan dia memahami keadaan Nura Afyna.

Sofia seterusnya pergi meninggalkan mereka memandangkan mereka sedang bergembira bersama. Dia tidak mahu mengganggu kebahagiaan mereka yang baru berumah tangga. Setelah hampir pukul tiga petang, mereka ke masjid yang berdekatan bagi menunaikan solat jamaktakdim zohor dengan asar. Setelah selesai mengerjakan suruhan Illahi, mereka bertolak pulang ke rumah. Dalam perjalanan, mereka singgah di kedai cenderamata untuk membeli ole-ole. Buah tangan yang sesuai untuk orang yang berada di rumah. Tiba-tiba, deringan telefon Samsung Young milik Ahmad Ilman berbunyi. Berita yang menyedihkan diterimanya dari talian telefon. Berita mengenai kemalangan Syamira hinggap ke telinga Nura Afyna. Air mata Nura Afyna bercucuran. Ahmad Ilman cuba menenangkan isterinya yang masih dalam keadaan sedih.

“Sabar ya sayang” katanya sambil memegang kedua-dua belah lengan isterinya.

Namun sedihnya tetap berterusan. Syamira sahaja adik yang Nura Afyna ada. Dia tak sanggup kehilangannya. Syamira dah macam kawan baiknya. Segala masalah dikongsi bersamanya. Mereka terus bergegas ke Hospital Permaisuri Bainun Ipoh (HPBI) yang dikhabarkan emak kepadanya.

Sampai sahaja di hospital, Nura Afyna menuju ke wad ICU. Syamira masih dalam kritikal. Tangannya digenggam erat oleh kakaknya. Namun kesedihannya bertambah parah apabila melihat tangan kiri adiknya dibalut dengan kain putih. Tangan adiknya seakan-akan patah. Encik Fadhli dan Puan Mahirah sudah lama berada di depan pintu wad ICU. Ahmad Ilman yang berada di sisi isterinya hanya mampu berdoa supaya adik iparnya tidak apa-apa.

Waktu telah lewat malam, namun Syamira masih koma dan dia telah ditempatkan di wad biasa. Hanya seorang sahaja yang dibenarkan untuk menemaninya di wad. Puan Mahirah telah menjaganya. Seorang emak memang tak dapat tidur jika anaknya sakit lebih-lebih terlentang tak sedarkan diri. Itu memang sifat seorang ibu yang telah diketahui umum.

 Syamira mengalami cedera yang teruk di bahagian tangannya dan kepalanya terhentak di atas permukaan yang keras. Kereta yang dipandu oleh seorang pemuda telah melanggarnya dari belakang. Basikal yang dikayuhnya habis hancur. Semasa ditelefon oleh pihak hospital, doktor mengatakan kepalanya berlumuran darah. Alhamdulillah sempat diselamatkan oleh orang ramai yang berkerumun di tempat kejadian kalau tidak adiknya mungkin kehilangan banyak darah. Pemuda tersebut meminta maaf dan berjanji akan membayar segala ganti rugi kepada mak dan ayah Syamira tentang kejadian yang telah terjadi. Namun Puan Mahirah masih dalam keadaan terkejut dan tak dapat menerima kenyataan. Malah, dia menjerit-jerit ke arah pemuda tersebut. Encik Fadhli yang memahami keadaan isterinya lantas meminta pemuda itu supaya kembali pada keesokan hari untuk menyatakan kekesalannya kepada isterinya. Dia memberikan nombor telefonnya kepada Zafrin supaya mudah dia dihubungi. Zafrin hanya mampu tertunduk dan beredar dari situ setelah menjenguk Syamira di wad.


Zafrin dalam keadaan takut kerana dia baru sahaja berjaya mendapat lesen kereta. Malahan mak dan ayahnya telah kembali ke rahmatullah semenjak dia di bangku sekolah rendah lagi. Hanya ibu saudaranya yang sentiasa dekat dengannya dan dianggapnya sebagai ibu, tempat dia merasakan kasih sayang.

“Cik Ta, Zafrin dah rosakkan bonet kereta” katanya dekat emak saudaranya.
“Kenapa ni, Rin accident ke tadi?” emak saudaranya menjadi gusar.
“Rin ok tapi perempuan tu dah koma.”
“Perempuan mana pula ni Rin?”
“Perempuan yang Rin langgar”
“Ya Allah, macam mana boleh jadi macam ni”

Zafrin menceritakan hal sebenar kepada emak saudaranya. Emak saudaranya agak terkejut. Bagaimana boleh kereta rosak melanggar basikal, lepas tu koma terus budak tu, fikirnya dalam hati. Zafrin mengajak emak saudaranya untuk menemui Syamira keesokan harinya. Dia takut untuk bertemu emak Syamira yang garang itu. Boleh tercabut bulu agaknya bila terdengar jeritan Puan Mahirah terhadapnya di hospital tadi.

Di rumah pengantin baru, Nura Afyna tidak selera untuk menjamu selera. Suaminya susah hati melihatnya. Pelbagai cara yang dilakukan suaminya untuk memujuknya makan walau sedikit. Tapi semuanya ditolak olehnya. Boleh tahan sabar juga Ahmad Ilman terhadap isterinya. Nyaris sahaja dia menaikkan suara terhadap isterinya.

“Sayang, makanlah sikit” pujuk suaminya sambil memegang sudu yang berisi nasi goreng.
“Fyna kata tak nak, tak naklah” dia menolak tangan suaminya sehingga terjatuh sudu.
“Sayang, kalau sayang sakit, abang juga yang susah” tahap kesabaran Ahmad Ilman benar-benar tercabar.
“Abang Man tak faham ke, satu-satunya adik yang Fyna ada, sekarang ni ada dekat hospital, bila-bila masa…..dia boleh…” air mata isterinya menitis ke lantai. Dia hanya mendiamkan diri dan keluar daripada bilik meninggalkan isterinya bersendirian. Mungkin Fyna perlukan masa untuk menerimanya, kata hatinya.


Ahmad Ilman keluar untuk menenteramkan dirinya. Dia tahu isterinya masih bersedih akan keadaan adiknya namun dia lebih risau dengan keadaan isterinya yang tidak makan langsung. Muka isterinya semakin pucat. Dia hampir berputus asa. Dia berjumpa dengan bapanya. Bapanya pernah melalui keadaan sebagaimana yang sedang dilalui isterinya saat ini. Bapanya menasihatinya supaya banyak bersabar. Bapanya mencadangkan supaya anaknya memberikan sokongan kepada Nura Afyna. Selemah-lemah manusia sekalipun dia tetap akan menjadi kuat apabila ada orang yang memahaminya dan memberi kata-kata semangat.

<<Bab 5

0 comments:

Post a Comment

Komen daripada pembaca amat dialukan-alukan.
Sebutir kata yang dihasilkan boleh mengubah seseorang kepada yang lebih baik.

About Me