Novel: Bila Hati Suka
dari: Nabihah
dari: Nabihah
“Lia! Lia! “, Nani mengejutkan Lia daripada berangan jauh entah ke mana . Serentak dengan itu pen marker yang digunakan cikgu Amir dicampakkan ke tempat duduk Lia. Terkejut Lia dibuatnya. Cepat-cepat dia terbangun. Semua isi kelas tergelak dengan reaksi Lia. Merah padam muka Lia dibuatnya. Sungguh aku teringatkan Zarul, apalah reaksi Zarul setelah membaca surat itu??. Fikiranku asyik memikirkan hal yang telah 3 hari berlalu. Tiada apa-apa maklum balas yang diterima dari Zarul. Mungkin keberangkalian Zarul begitu sibuk dengan ujian STPM yang tidak lama lagi akan dia duduki sehingga tidak sempat membuka hadiah pemberiannya. Lia pun jarang berjumpa dengan Zarul kerana setiap kali waktu rehat, Zarul hanya berada dalam kelas.
Zarul begitu tekun menelaah pelajaran. Lagi seminggu STPM akan bermula manakala SPM telah pun bermula. Tiba-tiba dia teringatkan hadiah yang diberikan Lia kepadanya. Terkejut juga Zarul bila membaca surat yang ditulis Lia. Biar betul budak ni, kata hatinya. Tak pernah terdetik pun di hatinya untuk jatuh cinta dengan Lia. Baginya, Lia hanyalah penolongnya dan Lia dianggapnya sebagai adik, tak lebih dari itu. Bagaimana boleh terjadi, takkan aku nak kata kat Lia yang aku tak ada perasaan cinta terhadapnya, nanti pasti dia kan sedih hingga SPM yang sedang didudukinya terjejas, kata hati Zarul. Buat apa melayan perasaan budak tak matang tu, takda maknanya aku nak balas surat dia. Dia yang tidak memikirkan sangat soal Lia pun teruskan sesi ulangkajinya. Surat tu dibiarkannya dia atas meja.
Aku cuba menepis teka teki yang bermain di minda. Sedaya upaya aku cuba fokus semasa menduduki kertas pertama SPM iaitu Bahasa Melayu. Aku tak nak rosakkan masa depanku sebab aku tahu SPM lah yang menentukan sama ada aku berjaya atau tidak setelah belajar lima tahun di sekolah menengah. Semua orang, cikgu, mak dan ayahku semua harapkan aku berjaya. In shaa Allah, anakmu akan buat yang terbaik. Cepat-cepat aku menyambung menulis kertas soalan daripada berangan lama-lama.
Demam peperiksaan SPM dan STPM telah pun berlalu, lega rasanya. Namun, setiap panggilan yang aku buat untuk menghubungkan aku dengan Zarul tidak pernah disambutnya, yang ada hanyalah suara perempuan yang sungguh membosankan “Nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi..please try later dan bla bla bla” sungguh sakit telinga ni mendengarkan suara yang tidak diundang. Dari pagi hingga malam aku menunggu deringan telefonku berbunyi dengan harapan Zarul menelefonku kembali. Aku cuba juga jenguk ke rumahnya untuk megubati rinduku terhadapnya. Namun, semuanya hampa, tiada sesiapu di rumahnya, yang ada hanyalah maid yang menjaga rumahnya. Zarul.. dimanakah dikau..kalaupun kau tak mahu berjumpa denganku, bagi tahulah apa perasanmu terhadapku..aku memerlukan itu untuk terus ceria meniti hidupku kini dan yang akan tiba.. aku rindukan senyuman hangatmu itu yang sentiasa di ingatanku..aku menunggu dan menunggu sehinggalah aku sudah tiada lagi kekuatan untuk hidup, tapi nasib baik emak dan ayahku masih sayangkan aku..mereka sering memujukku jangan terlalu berharap cinta darimu..”mungkin Zarul sibuk menguruskan masa depannya, emak harap kamu bersabar” terus emak memelukku erat dengan penuh kasih sayang. Air mataku pun membasahi pipi merahku yang mulus.
>>>Bab 4
0 comments:
Post a Comment
Komen daripada pembaca amat dialukan-alukan.
Sebutir kata yang dihasilkan boleh mengubah seseorang kepada yang lebih baik.