dari : nabihah
Bab 4
Waktu berlalu meninggalkan kenangan zaman sekolah menengah,
kini aku memasuki pusat institusi tinggi di UPM. Setelah mendapat keputusan yang
membanggakan emak dan ayah, aku dapat melanjutkan pelajaran dalam bidang
meteorologi. Bidang yang sangat kuminati sejak berada di tingkatan 1. Akhirnya
dapat juga mendapat tempat di IPTA. Alhamdulillah, syukur dipanjatkan kepada
Illahi. Esok merupakan hari pertama aku memasuki universiti, bagaimana agaknya
ye? , hatiku berbisik. Tidak sabar Lia untuk mempelajari sesuatu yang baru.
Kisah lamanya tetap dibawanya ke zaman universiti. Kisah cintanya terhadap
Zarul yang belum tentu bertepuk kedua-dua belah tangan.
“Nama saya Nurshasha Liyana , you can call me Lia. Saya asal
orang perak dan….saya akan mencapai mimpi saya menjadi ahli meteorologi,in shaa
Allah, saya tahun satu di universiti ni.” Seraya dengan itu, tepukan gemuruh
ditujukan kepada Lia semasa sesi ta’aruf dalam bilik kuliah. Ketika masa balik,
ada dua tiga classmate yang berjumpa denganku. Mereka ingin berkenalan denganku.
Alah , aku tak syak apa-apa pun, biasalah budak baru masuk. Aku tinggal di
asrama yang disediakan oleh pihak U, satu bilik kongsi empat orang. Syoklah
juga dapat kawan baru dan akan teman kita tidur, sembang sama-sama tapi mereka
semua ambil course yang lain-lain, tak sama dengan Lia, tak bolehlah nak
tiru.hehe..taktik kotor tapi taklah aku bukan begitu. Tapi, dalam sudut hatiku
sungguh sayu bila first time berjauhan dengan keluargaku.
Hari Ahad tiada kelas yang perlu dihadiri, jadi keluarga aku
pun datang menjenguk aku di sini. Gembiranya di hati dapat berjumpa dengan emak
dan ayah, lagipun aku anak tunggal dalam keluarga ni. Mereka memang
mengharapkan aku buat yang terbaik dan semua yang aku perlukan semuanya
diberikan kepada aku. Motor, laptop, internet broadband, semualah supaya aku
mudah untuk belajar. Keluargaku sempat bertanyakan pelajaran aku di sini. Aku
jawab ok je, tapi kadang-kadang tu stress sebab semua buku dalam ayat mat salleh,
bahasa inggerislah katakan.
Ketika aku melalui tasik yang tersergam indah depan mataku,
Aren menghampiriku. “Hai Lia! Petang ni ada kelas tak? Jom kita pergi ke
library sama-sama, saya tak da temanlah..” aku fikir sejenak sebelum mengatakan
kata putus kepada classmate ku seorang ni.”sorrylah Aren, Lia xda mood la nak
pergi library.” Aren merenungku lama. “kalau begitu, apa kata pergi taman
bunga, kita jalan-jalan, macam mana, boleh?” dah lama juga aku tak lihat
bunga-bunga yang berwarna-warni di rumahku.”okay juga tu, boleh,boleh, kita
jumpa nanti lepas asar ye lebih kurang pukul 5 petang ye”aren pun
menganguk-anguk kepalanya tanda setuju.
0 comments:
Post a Comment
Komen daripada pembaca amat dialukan-alukan.
Sebutir kata yang dihasilkan boleh mengubah seseorang kepada yang lebih baik.