Novel : Sungguh, Tulus Menyayangimu
oleh: Nabihah Taquddin
Bab 20
Awan berkepul-kepul dihembus lembut
bayu di pagi hari. Hari yang begitu cerah ditemani kicauan burung yang harmoni
bunyinya. Sesekali diselangi bunyi gagak hitam yang mencari mangsa kedengaran.
Cantik sungguh ciptaan Tuhan menemani manusia di muka bumi. Walaupun Nura Afyna
jauh daripada suaminya, alam semesta sentiasa menemaninya di saat kesepian
memeluk relung hatinya. Hari minggu tidak akan sesekali Nura Afyna lalui begitu
sahaja tanpa perkara-perkara yang berfaedah. Dia bercadang untuk mengulangkaji
pelajaran di perpustakaan bersama Athirah. Athirah juga mempunyai rancangan
yang sama. Dia berjalan kaki untuk ke sana. Walaupun jarak ke sana agak jauh,
namun bagi pelajar di sini, perkara itu sesuatu yang biasa kerana telah
diterapkan dalam diri masing-masing semasa awal perkenalan untuk menjaga alam semula
jadi. Lebih-lebih lagi bagi pelajar pertanian sepertinya yang amat menyayangi
alam semula jadi.
Semenjak hari pertama dia
mendaftarkan diri sebagai pelajar asasi, dia telah berjanji kepada dirinya. Dia
akan buktikan kepada semua yang dia mampu menamatkan pengajiannya di sini
dengan cemerlang. Dia juga mahu Ahmad Ilman melihat kesungguhannya untuk
belajar. Demi sebuah kebahagiaan dia sanggup berjauhan dengan suaminya.
Setibanya di perpustakaan, mereka mendaftarkan diri di kaunter untuk menjadi mengaktifkan
kad ahli perpustakaan. Mereka melihat keadaan sekeliling untuk mencari meja
kosong. Apabila telah menemui meja yang sesuai untuk belajar, mereka terus
meletakkan barang. Mereka pergi ke rak buku yang tersusun rapi. Perpustakaan
itu jauh lebih besar berbanding di sekolahnya. Ruangnya tidak terbatas. Semua
bidang ada bukunya mengikut rak-rak yang disediakan. Jadi mudah sahaja untuk
mendapatkan maklumat dan buku penterjemahan yang diingini. Athirah pergi ke rak 54 sementara Nura Afyna
ke rak 48. Setelah itu, mereka kembali ke meja bersama-sama buku yang
tebal di tangan.
Suasananya begitu menyenangkan.
Kelihatan semua yang datang ke perpustakaan bertungkus lumus belajar tanpa
berbicara kosong. Perbincangan mereka adalah perbincangan ilmiah. Athirah dan
Nura Afyna merupakan penuntut asasi sains pertanian walaupun berbeza kumpulan.
Mereka mudah berkawan dan belajar bersama-sama.
“Fyna, sebenarnya aku
ada soalan nak tanya ni” kata Athirah.
“Apa dia?”
“Kau asal dari Perak
kan? Area mana ya?”
“Rumah aku area Ipoh, kenapa
tanya?”
“Bukan apa Fyna, kalau aku
nak balik rumah, boleh tak aku tumpang ikut kau?”
“Ikut aku?
Boleh..boleh.. apa salahnya”
“Satu lagi, tu cincin
apa?”
“Cincin nikah aku”
“Nikah? Biar betul kau
ni?”
“Kau tak percaya? Alah..
kau ni, aku bergurau je” kata Nura Afyna sambil menghela nafasnya dengan
perlahan.
“Ish.. kau ni.. ingatkan
betul-betul”
Perbualan mereka mendapat perhatian
daripada pustakawan. Pustakawan mendekati mereka sambil jari telunjuknya
diletakkan di atas bibirnya. Tanda senyap daripadanya kepada mereka. Mereka
hanya tersenyum dan kembali belajar. Sepanjang sesi ulangkaji, tiada sesiapa
yang mengganggu mereka. Sehingga waktu matahari betul-betul di atas kepala,
mereka belajar di perpustakaan. Mereka pergi ke kafe untuk menjamu selera. Di kafe,
Nura Afyna terserempak dengan Hazmi. Hazmi mendekatinya setelah menyuruh Nura
Afyna berhenti.
“Assalamualaikum Fyna,
boleh saya makan dengan awak?”
“Wa’alaikumussalam…boleh
tapi bukan berdua ye, kawan Fyna ada sekali”
“It’s okay, asalkan
dapat makan dengan awak”
Kenapa dia sopan semacam, siap
panggil saya dan awak?, keluh hatinya. Dia membeli nasi lauk ayam goreng dan
air teh limau. Dia pergi ke tempat duduk dan melihat Athirah tiada di situ.
“Mana Athirah? Kau halau dia ke?”
“Eh mana ada Fyna, dia tengah beratur tu” Hazmi
mengalihkan pandangan ke arah Athirah.
“Huh, ingatkan kau…”
“Aku apa?” pantas Hazmi menjawab.
“Oh… pandai pun ber’aku’..”
“Memanglah..geli aku ber’awak’ dengan kau”
“Kenapa kacau aku? Bukan kau banyak kawan ke?” sergah Nura Afyna.
“Kau tahu kan status
aku, atau kau pura-pura tak tahu?” sambungnya setelah Hazmi tidak menjawab
soalannya.
“Fyna, suami kau jauh tahu tak, siapa nak teman kau
dekat sini?”
“Aku ada kawan, kau tak payah kisahkan aku, tahulah
aku jaga diri”
“Fyna, seronok berborak!” suara Athirah meleraikan
ketegangan yang berlaku.
“Athirah, ni Hazmi, kawan lama, dia fast track”
“Oh, takpe ke aku kacau korang?”
“Eh… takpe” Hazmi berlagak baik di hadapan Athirah.<<Bab 19
Bab 21>>
hebat tp mcm byk meleret kne tambah bende menarik lagi..btw hebat sgt. keep it up!!
ReplyDeletemeleret ye, ok, saya akan perbaikinya lg. trima kasih bg komen yg membangun
Delete