Novel : Sungguh, Tulus Menyayangimu
oleh : Nabihah Taquddin
Bab 13
Kenapa aku yang dia pilih?, bisik hati Nura
Afyna. Tiba-tiba dia terfikir sejenak ketika menunggu kepulangan suaminya dari
tempat kerja. Dia tak pasti keadaan sebenar. Pejam celik- pejam celik dah dua
bulan dia menjadi isteri kepada Ahmad Ilman. Sungguh pantas waktu berlalu. Keputusan
SPM dan kemasukan ke IPTA dah diketahui. Dia tak pernah menyalahkan takdir dirinya
tercipta untuk Ahmad Ilman. Suaminya tidak pernah memberitahu hal sebenar
kepada dirinya sebab musabab suaminya menikahi dia. Memang suaminya cinta akan dirinya
tapi bukti itu tak cukup kukuh.
Suaminya
pulang ke rumah. Dengan gembiranya, dia mengukir senyuman buat suami tercinta.
“Sayang,
cepat bersiap, abang nak bawa sayang pergi makan dekat luar”
“Makan
dekat mana abang?”
“Tempat
istimewa punya, nak raikan sayang sebelum sayang pergi UPM”
Dia
cepat-cepat mengambil pakaian yang paling cantik untuk dipakai. Baju blaus
kemerah-merahan dan seluar jean berwarna biru tua dicapainya dari almari baju.
Ahmad Ilman pula mengambil baju kemeja jenama polo berwarna merah. Dia cepat
bersiap jadi dia menunggu di luar sementara isterinya masih berhias diri.
Keluar sahaja isterinya untuk mengunci pintu rumah, dia terkejut. Tak sangka
pula yang isterinya akan memakai baju yang warnanya sama dengannya. Nura Afyna
juga merasakan hal yang sama. Mungkin sudah takdir, lagipun mereka memang suami
isteri. Apa salahnya memakai baju yang warnanya sama. Bukankah lebih serasi?
Dia
memandu ke gerai makanan di tepi jalan besar. Isterinya menunjukkan muka yang
masam.
“Tempat
ni yang abang kata istimewa? Fyna tak nak keluar, abang keluarlah seorang diri”
kata isterinya sebaik sahaja dia memberhentikan keretanya tepat-tepat di
hadapan gerai makanan.
“Memang
istimewa. Dulu abang selalu pergi ke gerai ini bersama ibu abang, Sekarang
hanya tinggal kenangan” katanya dengan nada perlahan untuk memujuk isterinya.
“Tapi
abang…”
“Jomlah
keluar” katanya semasa melangkah keluar dari keretanya.
Nura
Afyna yang pada mulanya agak kecewa dengan pemilihan tempat makan yang dipilih suaminya
akhirnya mengalah. Dia terfikir kalau dia tak keluar mungkin perutnya akan
berkeroncong rancak. Jadi dia akur dan keluar dengan sedihnya.
“Emm..
sedapnya” katanya setelah sesuap nasi goreng cina masuk ke dalam mulutnya.
“Kan
abang dah kata, makanan di sini sedap. Sayang suka nasi goreng cina ye? Abang
pun suka, samalah taste kita” tanya suaminya.
Dia
hanya mengangguk-angguk kepalanya kerana terlalu selera menikmati hidangan.
Suaminya menyambung makan makanan yang dipesannya. Setelah beberapa minit
berlalu, mereka bertolak ke Pasaraya Tesco untuk membeli barang-barang
keperluan Nura Afyna apabila berada di universiti. Sampai sahaja di sana,
mereka keluar dari kereta dan memasuki Pasaraya Tesco Stesen 18 melalui pintu
utamanya. Semua yang pergi ke sana berpusu-pusu membeli barang masing-masing.
Ahmad
Ilman menjadi penasihat di sebelah isterinya semasa memilih barang-barang
keperluan. Takut-takut isterinya tersalah pilih barang. Dia agak kekok apabila
isterinya membawanya ke bahagian pakaian wanita. Macam-macam ada. Dari bahagian
pakaian dalam hinggalah ke bahagian pakaian luar wanita. Dia beralih ke tempat
lain sementara isterinya memilih baju-baju yang ingin dibelinya. Setelah itu,
mereka bertemu kembali di tempat makanan-makanan basah dijual. Dia nak isterinya
masak makanan kesukaannya dengan membeli ayam segar di bahagian itu. Nura Afyna
menuruti kata-kata suaminya. Baginya, kalau setakat masak, tak ada hal, dia
masih boleh lihat menu-menu dari talian internet.
Setelah
membayar semua barang keperluan dan sedikit barang dapur, mereka bertolak
pulang ke rumah. Sebanyak lima ratus ringgit telah habis digunakan. Ahmad Ilman
hanya mendiamkan diri ketika memandu kereta ke rumah.
“Kenapa
diam ni, sedih ke?” isterinya mencelah.
“Tak
ada apa-apa la, cuma letih je” jawabnya malas.
“Ye
ke atau sebab duit banyak keluar?”
“Kalau
dah tahu diam boleh tak” bentaknya.
“Apa
marah-marah ni abang, dulu abang juga yang sanggup kahwini Fyna dalam usia yang
muda” kata isterinya.
Dia
terdiam. Dia terlalu ikut perasaan. Inilah perbelanjaan pertamanya bersama isterinya
yang memerlukan dia mengeluarkan duit yang begitu banyak. Mereka tiba di rumah
semasa awan-awan di langit menutupi bintang-bintang yang bekerlipan. Dia
memasukkan barang-barang ke dalam rumah dan terus baring di atas katil. Nura
Afyna yang melihatnya berasa begitu bersalah. Dia cuba mendekati suaminya dan
memujuknya. Namun, suaminya buat-buat tidur.
“Merajuk
pula suami aku ni” katanya.
Dia
letih dan terus tidur di sebelah suaminya. Ketika matanya mula pejam, suaminya
bangun dan menutup lampu meja di sebelah katil. Ahmad Ilman duduk di sebelah badan
isterinya. Isterinya tersedar lantas bangun untuk duduk di sebelahnya. Nura
Afyna ingin membuka mulut namun mulutnya terus diterkup tangan suaminya. Lama
juga Ahmad Ilman memandang mata Nura Afyna. Keadaan yang gelap menyebabkan
hanya mata mereka yang mampu dilihat. Nura Afyna berasa hairan. Kenapa dengan
suami aku ni? Badan Nura Afyna dirapatkan ke sisi Ahmad Ilman. Suaminya
memeluknya dan terasa seperti air mata berguguran di bahunya. Dia
menggosok-gosok belakang badan suaminya.
“Abang…, Fyna yang salah, maafkan
Fyna” katanya setelah suaminya meleraikan pelukannya.
“Terima kasih belikan barang-barang
tadi untuk Fyna, Fyna hargai pengorbanan abang” sambungnya.
Hati
Ahmad Ilman menjadi tenang mendengar kata penghargaan daripada isterinya.
Kata-kata kesat yang keluar semasa dalam perjalanan ke rumah bukanlah sebab
ingin menyakiti hati sesama sendiri. Namun, pertengkaran itu berlaku kerana ego
dan sikap tidak mahu mengalah. ‘Merajuk seorang suami paling lama hanya dua jam
dan paling singkat hanya dua minit’. Terlintas pula di minda Nura Afyna akan
kata-kata Dato’ Dr Haji Fadzilah Kamsah dalam rancangan Selami Jiwa.
0 comments:
Post a Comment
Komen daripada pembaca amat dialukan-alukan.
Sebutir kata yang dihasilkan boleh mengubah seseorang kepada yang lebih baik.