Novel : Sungguh, Tulus Menyayangimu
oleh : Nabihah Taquddin
Bab 4
Persiapan
perkahwinan semakin siap. Hatinya begitu gelisah. Lagi sebulan dia akan
bergelar isteri kepada Ahmad Ilman bin Hafizuddin. Lagi sebulan juga, dia tidur
di kamar biliknya yang sudah hampir enam tahun berkongsi duka dan gembira
bersamanya. Syamira tidak habis-habis mengenakan dia. Setiap kerja rumah yang
emaknya suruh buat, pasti ada suara yang menyampuk.
“Wah, isteri mithali buat kerjalah”
“Mira, boleh diam tak, I’m still
single” marah Nura Afyna pada adiknya.
“Memanglah kakak single tapi sebulan
lepas tu” tercetus ketawa Syamira.
“Yelah..yelah.. you win, fine” Nura
Afyna buat muka tidak puas hati di hadapan adiknya. Adiknya selamba berjalan di
hadapannya. Hatinya sebenarnya takut, takut terima gelaran ‘puan’. Macam tua
sangat pula aku ni, getus hatinya.
Ahmad
Ilman juga merasakan hal yang sama dan masih memikirkan peristiwa yang bakal
terjadi pada hari pernikahannya. Dia berharap hari bersejarah buat dirinya dan bakal
isterinya akan berjalan dengan lancar seperti yang dirancang. Setelah melakukan
solat istikharah, dia menadah tangan dan berdoa kepada Illahi agar pilihannya
adalah yang terbaik dan mendapat rahmat Allah. Selain itu, isteri yang dapat
meningkatkan keimanannya kepada Allah SWT apabila berkahwin kelak.
Kad jemputan diberikan kepada kawan-kawan dan ahli keluarga
belah Ahmad Ilman dan Nura Afyna. Ada yang diberi secara kiriman surat dan ada
juga yang diberi terus melalui serahan tangan. Baju juga sudah siap. Boleh dikatakan
semua persiapan sudah siap sembilan puluh peratus. Hanya sedikit sahaja belum
selesai. Mencari kumpulan kompang!. Pada awalnya, Nura Afyna tidak setuju
dengan cadangan emaknya. Namun, mengikut adat keluarga Nura Afyna, pukulan
kompang perlu ada semasa perarakan pengantin baru ke jinjang pelamin. Paling
tak tahan, kumpulan kompang itu terdiri daripada kawan sekolah lamanya. Betapa
malunya dia jika kawannya mengetahui perkara sebenar yang dia yang menjadi
pengantin. Tapi buat apa malu, aku bukannya buat jahat, aku jadi isteri orang
bukan sebab kena tangkap khalwat ke,kena tangkap oleh jabatan pencegahan
maksiat ke, fikirnya di dalam hati.
“Barang hantaran mana ya?” Nura Afyna
tercari-cari di bilik emaknya.
“Emak, barang hantaran dah beli ke?” tanya Nura
Afyna ketika emaknya sibuk di dapur.
“Mana mak tahu, kamu tak beli lagi ke?” muka
Puan Mahirah terarah ke wajah anaknya.
“Aduh, belum lagilah mak” kata Nura Afyna
sambil menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.
“Kamu pergilah beli dengan Ilman” cadang
emaknya.
Nura Afyna memberitahu Ahmad Ilman tentang hal itu lantas
ke AEON Stesen 18 pada waktu petang selepas waktu kerja. Nura Afyna mencari
barangan wanita manakala Ahmad Ilman mencari barangan lelaki. Mereka pergi
berasingan. Apabila semuanya sudah selesai, mereka berkumpul kembali di pintu
utama pasar raya. Mereka mencari bekas-bekas hantaran yang cantik di kedai
barangan pengantin bersama-sama. Warnanya mengikut tema majlis perkahwinan.
“Hai
Fyna” tegur Hazmi apabila terjumpa kawan lamanya dari luar kedai.
“Hazmi?”
Nura Afyna meninggalkan tunangnya dan bertemu dengan Hazmi.
“Buat
apa dekat kedai ni, Fyna yang kahwin ke?” tanya Hazmi apabila kawan lamanya sudah
berada di hadapannya.
“Emm…
ya” jawab Nura Afyna tergagap-gagap.
“Bukan
cousin kau ke tu?” tanya Hazmi apabila perasan kelibat tunangnya menuju ke
arahnya.
“Actually,
dia tunang aku” muka Hazmi berubah sama sekali. Kalau tadi, ketika mula-mula
bertemu, manis-manis sahaja, tapi sekarang tidak. Riak wajahnya seperti ada rasa
kekesalan di hati.
“Oh
ya ke, hope bahagia dengan dia” kata terakhir Hazmi menyusuk terus ke dalam
jiwanya.
“Hazmi!”
panggilnya apabila Hazmi terus meninggalkannya. Langkah Hazmi terhenti. Nura
Afyna berlari mendekati Hazmi.
“Ni
kad kahwin aku, datang ya!” katanya dengan memandang lantai dan terus
meninggalkan Hazmi tanpa menunggu jawapan daripada kawan yang pernah bertakhta
di hatinya suatu masa dulu.
Setelah
habis membayar di kaunter, mereka pulang ke rumah. Barang-barang diletakkan di
dalam rumah Nura Afyna. Hari minggu
nanti, baru tunangnya datang mempersiapkan hantaran bersama-sama. Kata-kata
Hazmi masih terngiang-ngiang di telinganya. Adakah Hazmi juga menyimpan rasa sepertiku
dulu?, desis hatinya.
“Kak Fi, kenapa termenung ni, teringat Abang Ilman ke?”
sergah Syamira dari pintu bilik.
“Eh, Mira, tak ada apa-apalah”
“Share lah dengan Mira, mana tahu Mira boleh tolong”
Syamira berkata-kata sambil kakinya berjalan menuju katil, tempat kakaknya
duduk.
“Kakak okey je, Mira jangan risau, pergilah buat
homework”
“Yelah Kak Fi, tapi jangan sembunyi masalah daripada Mira
ya!”
Ahmad
Ilman mengajak tunangnya bersiar-siar. Tunangnya bersetuju tetapi ada syarat
yang perlu diikutnya. Syamira mesti ikut sekali. Pada awalnya, dia keberatan
tapi dia ada satu idea. Dia menyuruh Syamira membawa sekali teman. Nura Afyna
bersetuju. Syamira membawa kawan sekelasnya. Mereka menuju ke Taman Bunga. Hati
Nura Afyna berdebar-debar. Kenapa Ilman membawa aku ke sini?, hatinya bertanya.
Syamira dan temannya pergi ke suatu sudut yang tidak jauh dari tempat kakaknya
dan bakal abang iparnya berada.
“Boleh
tak saya tutup mata Fyna?” tanya Ahmad Ilman sambil menunjukkan riben di
tangannya.
“Kenapa?
Ilman nak tunjuk apa dekat Fyna?” Nura Afyna bingung seketika. Dia duduk di
atas bangku.
“Ada
something special” kata tunangnya sambil mengikat riben di belakang kepalanya.
“Apa
benda?”
Shh..,
tanda diam. Ahmad Ilman terus meminta bantuan semua orang yang ada di taman itu
untuk beredar seketika. Nampaknya rancangan dia setakat ini berjalan lancar.
“Ilman!
Ilman! ” jerit Nura Afyna setelah beberapa minit tiada apa-apa yang berlaku.
Dia sudah berasa cemas. Dia segera membuka ikatan riben. Dilihatnya tiada
sesiapa di sekelilingnya. Hanya dia seorang yang masih duduk diam di bangku
itu. Mana orang lain?, gusar hatinya. Dia bangun dari bangku, dan tersedar
sesuatu. Ada tali panjang di atas rumput. Tali itu memanjang terus ke depan.
Dia mencari penghujung tali. Dia berjalan dan terus berjalan namun tiada
penghujungnya. Akhirnya, dia berputus asa dan mendail nombor telefon tunangnya.
Tak diangkat. Mesej diterima beberapa saat kemudian.
+Jumpa
tak penghujung tali tu?
-Tak
+Fyna,
tali itu umpama cinta saya
-Cinta…
+Cinta
saya pada Fyna tak akan ada penghujungnya, seperti tali ini yang tidak akan
Fyna jumpa penghujungnya
Air
mata Nura Afyna mengalir di pipinya. Ayatnya betul-betul menyentuh hatinya. Ahmad
Ilman menghampirinya. Bunga dihulurkan, Nura Afyna tak dapat menahan sebak di
dada. Dia menangis sepuas-puasnya.
“Fyna,
sudikah Fyna menjadi teman hidup saya?” kata Ahmad Ilman setelah tangisan
tunangnya menjadi reda. Nura Afyna hanya mengangguk.
“Ambil
tisu ni, jangan nangis lagi”
“Ilman,
mana semua orang, Fyna takut betul tadi”
“Semua
orang dah balik, saya halau”
“Betul-betul
lah”
“Ok..ok..
ada, mari sini ikut saya” Ahmad Ilman membawa Nura Afyna ke sebuah pondok
kecil. Di situ ramai orang berkumpul.
“Happy
birthday to you, happy birthday to Fyna, happy birthday to you!” lagu hari jadi
dinyanyikan khas untuknya. Baru dia teringat, hari ini hari jadinya. Tak
disangkanya, Ahmad Ilman akan meraikan hari jadinya di tempat romantik seperti
ini.
Dia malu seketika. Orang-orang di hadapannya tidak pernah
dia kenal kecuali adiknya dan kawan adiknya. Sungguh berani tindakan tunangnya,
semuanya dilakukannya hanya untuk meraikan hari jadinya.
“Terima kasih, maaf menyusahkan awak semua” ucapnya
setelah habis lagu itu dinyanyikan.
Mereka beredar setelah Ahmad Ilman memberi ole-ole kepada
mereka. Kini, tinggal mereka berempat. Syamira dan kawannya masih mengunyah
kek. Ahmad Ilman menghulurkan air kepada Nura Afyna. Senyuman meleret diberikan
Nura Afyna kepada Ahmad Ilman.
“Fyna ok ke?”
“Ok” dengan senyuman masih terpamer di
wajahnya.
“Fyna gembira sangat hari ini, Ilman
betul-betul ceriakan hati Fyna” sambungnya.
Inilah
kali pertama dia merasakan dirinya dicintai dan dihargai oleh seorang lelaki
yang lebih tua daripadanya. Ilman, aku juga cintakan kau, bisik hatinya.
Kegembiraannya hari ini tak akan dia lupakan.
<<Bab 3 (pg 2 of 2)
<<Bab 3 (pg 2 of 2)
Bab 5>>
0 comments:
Post a Comment
Komen daripada pembaca amat dialukan-alukan.
Sebutir kata yang dihasilkan boleh mengubah seseorang kepada yang lebih baik.