Tuesday, May 20, 2014

Novel Sungguh, Tulus Menyayangimu 9





















Novel : Sungguh, Tulus Menyayangimu
oleh : Nabihah Taquddin

Bab 9

Matahari mula terbit dari celah-celah gunung menyinari alam. Nura Afyna begitu gembira dengan keputusan SPM yang diperolehnya. Sekarang masanya menunggu tawaran kemasukan ke institusi pengajian tinggi (IPT). Pagi-pagi Abang Man dah pergi kerja, tinggal aku seorang diri di rumah, bosanlah tak ada kawan, bisik hatinya. Mahu kerja tapi Ahmad Ilman tak izinkan sebabnya suruh fokus pelajaran. Baik juga Abang Man kat aku, sanggup seorang diri bekerja untuk mencari nafkah tetapi kesian juga, aku kan duduk sebumbung dengan dia, susah dia, susah aku juga, fikirnya ketika mengambil makanan dalam peti ais.

Ahmad Ilman bekerja keras untuk menyara hidupnya bersama isteri. Setelah majlis perkahwinan berlangsung, semua duit akaunnya menjadi kurang. Semua yang berumah tangga akan bermula daripada bawah, duit banyak dihabiskan untuk mas kahwin dan barang hantaran, kata-kata bapanya terngiang-ngiang di telinga. Dia teringat akan isterinya semasa waktu rehat pejabat. Dia menghubungi telefon isterinya. Namun panggilannya tidak diangkat. Beberapa kali dihubunginya namun hampa yang diterima. Hatinya berasa gusar lalu dia pulang ke rumah dengan segera. Sampai sahaja dia di rumah, dia membuka kunci setelah beberapa kali memberi salam kepada isi rumah. Namun, tiada siapa menyahut salamnya. Dia mencari isterinya namun tiada di rumah. Bila dicubanya menghubungi isterinya, telefon isterinya ada di rak dapur. Mana Fyna ni, dia tak fikir ke time keluar rumah seorang diri, dahlah masih dara walaupun aku dah jadi suami dia, gumam hatinya. Dia pergi ke rumah mentuanya, tetapi isterinya tiada di situ. Satu keluarga risaukan keadaan isterinya. Mereka menghubungi sanak saudara. Mana tahu kalau-kalau Nura Afyna ke rumah mak saudaranya untuk bertemu sepupunya. Tapi semuanya tidak tahu. Dia semakin risau tentang keselamatan isterinya. Cepat-cepat dia keluar untuk mencari isterinya.

Nura Afyna sibuk dengan sifat shophaholicnya, apalagi ada grand sale di Parkson Grand yang telah menarik perhatiannya. Sedang dia dikhayalkan dengan pelbagai tawaran awal tahun,  dia teringat akan suaminya. Namun dia menangguh-nangguh niatnya untuk menelefon suaminya kerana baju-baju yang terpangpang di hadapannya sungguh cantik dan murah pula tu. Sehinggalah jam tiga petang Ahmad Ilman mencari isterinya di tempat-tempat yang biasa mereka pergi semenjak menjadi suami isteri. Dia perlu masuk pejabat kembali. Kerja pun penting juga, nanti baliklah si Fyna tu, bisik hatinya untuk menenteramkan hatinya.
“Mak, kalau Fyna dah balik, beritahu Ilman ye, Ilman risaulah mak, tiba-tiba Fyna buat hal, semalam okey je” katanya kepada emak mentuanya.
“Yalah Man, In shaa Allah kalau mak dapat khabar, mak bagitahu Man” balas mak mertuanya.

Nura Afyna begitu teruja dengan pakaian-pakaian yang ada di depan matanya, terlupa jam di tangan telah menunjukkan pukul empat petang. Cepat-cepat dia memilih apa-apa yang berkenan di hatinya untuk dibeli dan terus ke surau untuk menunaikan kewajipannya sebagai seorang muslimah. Setelah itu, baru dia pulang dengan menaiki teksi berbayar. Sesampai sahaja di rumah, dilihatnya suaminya telah pun pulang dari tempat kerja.
“Aduh, aku lupalah nak bagi tahu Abang Man” Nura Afyna mengingat kembali apa yang sepatutnya dia lakukan ketika berada di Parkson Grand.
       “Assalamualaikum…Abang Man.. Fyna ni” dia memberi salam sambil membuka kasut.

Namun tak disahut suaminya. Hatinya sudah risau. Abang Man pasti memarahiku, kata hatinya. Suaminya hanya merenungnya dengan renungan yang tajam apabila dia berada betul-betul di hadapan pintu rumahnya. Takut dia dibuatnya. Lama juga renungannya.
“Fyna, masuk sekarang!” marah suaminya.
Nura Afyna memasuki rumah dan menutup pintu. Setelah itu, dia mula bersuara.
“Abang Man, Fyna tadi pergi..” belum sempat dia menghabiskan bicara, suaminya meninggikan suara kepadanya sambil bercekak pinggang.
“Fyna pergi mana tadi hah, abang risau tahu tak” sergah suaminya.
Nura Afyna yang mendengarnya begitu terkejut lantas menundukkan kepalanya dan air matanya mula mengalir di pipi merahnya. Inilah kali pertama suaminya meninggikan suara terhadapnya.
“Abang tanya ni, jawablah” Ahmad Ilman merendahkan suaranya namun masih dengan amplitude yang tinggi sambil meleraikan sedikit simpulan tali leher yang terlekat di baju kemejanya.
“Fyna per…gi Parkson.., ada grand sale kat… sana” jawabnya dengan nada yang perlahan dan terketar-ketar.
“Kenapa tak bagi tahu abang, abang boleh hantarkan Fyna” suaminya ingin tahu dengan lebih mendalam.
“Fyna nak bagi tahu tapi risau Abang Man akan marah Fyna sebab kacau abang time kerja” dia cuba memberikan apa yang diinginkan suaminya dan berjalan mendekati suaminya.
Tersentuh Ahmad Ilman dibuatnya setelah mendengar suara Nura Afyna yang begitu ikhlas. Setelah beberapa minit berlalu barulah suaminya membuka bicara.
“Sayang, abang tak marah lah. Sayang katalah nak pergi mana sekalipun, abang akan hantarkan, tapi sayang janganlah buat macam ni, abang risaukan Fyna tahu tak. Fyna tu isteri abang, buah hati abang” suaminya meluahkan apa yang terbuku di hatinya. Ahmad Ilman seterusnya merapati tubuh isterinya dan memegang bahu isterinya.
“Fyna, tengok muka abang” dia memujuk isterinya yang sudah teresak-esak menangis.

Nura Afyna memandang mata suaminya begitu lama namun dia tak sanggup untuk merenungnya dengan lebih lama lagi. Dia seterusnya mengambil tangan suaminya untuk meminta maaf.
“Fyna minta maaf ye Abang Man” Nura Afyna mengucup tangan suaminya.
“Dah-dah Fyna, jangan nangis lagi, abang bukannya marah Fyna tapi abang risau. Fyna sekarang tanggungjawab abang, kalau jadi apa-apa dekat Fyna, abang yang akan dipersalahkan” kata suaminya sambil menyeka air mata di pipinya.
“Ya Abang Man lepas ni kalau Fyna nak pergi mana-mana, Fyna minta izin abang, Fyna janji” kata Nura Afyna setelah emosinya telah stabil.

Ahmad Ilman memeluk isterinya dan dia bersyukur kerana isterinya selamat dari dibaham buaya-buaya darat di Parkson Grand tu. Hati mana tak risau, dahlah Nura Afyna cantik, ayu dan bertudung. Pasti cair kalau lelaki melihatnya.

Nura Afyna masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan badannya. Ahmad Ilman pula memasuki bilik air di kamar sebelah memandangkan bilik air di bilik utama telah digunakan oleh Nura Afyna. Setelah mandi mereka menunaikan solat Asar secara berjemaah.
“Allahu akbar, Allahu Akbar”
“Assalamualaikum Warahmatullah” sambil menoleh ke kanan dan ke kiri sebagai salam, pengakhir rukun solat.

Selesai suaminya membacakan doa, dia menyalami tangan suaminya. Lama sungguh dia berbuat demikian sehingga air matanya mengalir. Suaminya yang menyedari hal itu, mengangkat kepalanya perlahan-lahan.
“Kenapa menangis ni, abang tak marah dah” suaminya menenangkan hatinya.
“Abang Man, Fyna nak minta maaf, Fyna dah buat salah kat abang, abang maafkanlah Fyna, Fyna tahu syurga Fyna terletak pada redha abang” katanya sambil memandang mata suaminya.


“Abang dah maafkan Fyna, Fyna jangan menangis lagi ye, abang buat macam tu pun ada sebab, kita berdamai ye” suaminya memujuknya sekali lagi. Mereka berdamai semula.

<<Bab 8

0 comments:

Post a Comment

Komen daripada pembaca amat dialukan-alukan.
Sebutir kata yang dihasilkan boleh mengubah seseorang kepada yang lebih baik.

About Me