Ni
Sama ada rawatan saraf atau cabut gigi?
Seminggu sebelum cabut gigi, gigi ni rasa denyut-denyut, bila tekan sakit.
Jadi, saya ke PKU dan bertemu doktor. Mengikut PKU, seorang pesakit hanya akan dipantau oleh seorang doktor gigi. Sepatutnya doktor saya lelaki tetapi memandangkan dia sedang bercuti, maka doktor perempuan yang merawat saya. Saya diberikan ubat tahan sakit (mefenamic acid) dan temu janjinya pada hari ni.
Disebabkan peristiwa yang lalu ketika gigi canine saya dicabut, maka hati saya berdebar-debar. Berapa lama saya akan berada dalam bilik doktor? Dan Alhamdulillah hanya setengah jam yang diambil untuk mencabut gigi geaham saya.
Sebelum dicabut sebanyak tiga cucuk dikenakan dan yang paling terkesan ketika bius disuntik berhampiran telinga kanan saya. Hanya Allah yang tahu bagaimana bius tu menarik saraf telinga.
Beberapa minit menunggu di kerusi rawatan untuk menyebarkan bius di sekitar gusi gigi geraham saya.
"Saya akan goyang-goyangkan gigi awak untuk mudahkan proses cabut gigi."
"Saya akan kenakan tekanan pada gigi awak, bertahan sikit ya."
Waktu dia tekan gigi, rasa sedikit sakit tapi alhamdulillah tidak terlalu lama masa diambil.
Bila doktor kata gigi dah cabut, rasa seperti tak percaya. Tak rasa apa-apapun.
.
.
.
.
Tiba di bilik, saya merebahkan badan saya di atas katil.
Kapas yang diletakkan oleh doktor digigit sekuat mungkin.
Kebas di mulut masih terasa, tiada rasa sakit yang teruk.
Alhamdulillah, selepas solat magribh, saya perhatikan darah tidak mengalir lagi. Saya minum susu dan biskut tiger kemudian ubat tahan sakit. Itulah makanan saya setelah beberapa jam tidak makan.
Mudah-mudahan rasa sakit yang saya alami hari ini, menjadi sakit yang terakhir.
Hari ni saja sudah berapa kelas saya tak hadir. Itu
Ya Allah, Alhamdulillah atas rasa sakit yang kau beri padaku kerana sesungguhnya aku belajar untuk bersabar, tabah dan bersyukur atas nikmat kesihatan yang selama ini kau berikan.
Kurniakanlah kesihatan yang baik kepadaku, ibu bapaku, ahli keluargaku serta seluruh umat Islam, dalam kami beribadah kepadaMu.
Berikanlah kekuatan kepada kami dalam mengharungi segala ujian yang mendatang
Aamin ya Rabbal 'Alamin
Malam tu saya kena ambil gambar utk organisasi.
Dapat juga senyum meskipun nampak tak bermaya sikit.
Dapat gelak dan bercakap.
Waktu ni, kapas tak letak dalam mulut.
Salam. Kalo arini cabut Gigi Graham atas lepastu Hari rabu boleh cabut lagi tak
ReplyDeletesebaiknya tanya kepada pakar. saya tidak arif mengenai hal ini. saya pun tak ingat berapa lama sakit cabut gigi tu hilang. rasanya seminggu dah sihat. makan pun makan benda lembut je mula2. lepas tu, gosok gigi perlahan-lahan di tempat berdekat dengan gigi yang dicabut
ReplyDelete