'Swirl Parking' yang saya naik tadi bukanlah tinggi ni malah lebih tinggi..
Buat kali pertama kalinya dalam hidup saya, saya memandu kereta naik ke atas guna laluan ni, memang bergetar kaki dan tangan saya dibuatnya.
Kalau sebelum ini hanya berada di tempat duduk belakang semasa ayah dan abang memandu menuju ke parking tingkat atas, berbeza pula pada hari ini.
Waktu nak naik tu, macam-macam yang saya fikir. Kalau termati enjin macam mana? Huh.. Seram !!
Jadi, saya baca selawat banyak-banyak dan hanya menggunakan gear dua. Tak lepas pun pedal clash, dan pada waktu yang sama menekan minyak secara sederhana dan kekalkan kelajuan. Stereng kereta dipegamg kukuh walaupun tangan sudah tergetar-getar.
Kaki pun nak ikut rentak tangan untuk sama-sama bergetar namun saya cuba menepisnya.
Sepanjang perjalanan untuk naik ke tingkat atas, fikiran saya asyik berkata..
"Bila nak sampai penghujung ni!!" sebabnya seperti dikhayalkan dengan perasaan takut dan tiada penghujung.
Sempat lagi fikir macam ni ke ROLLERCOASTER? Sebab saya tak pernah naik pun permainan tu.
Sampai sahaja di tingkat atas, saya terus memarkirkan kereta. Melonggarkan pegangan tangan dari stereng kereta lalu meraup wajah saya.
Alhamdulillah semuanya selamat .
Jadi, nasihat saya untuk yang nak merasai bermain permainan yang mencabar seperti rollercoaster tapi tiada modal sebab tiket mahal, bolehlah bayar tiket RM1 lepas tu naik 'swirl parking' ni. Kemudian, tenangkan diri dahulu di dalam pasar raya lepas tu turun kembali ke tingkat bawah.
Pengalaman nak turun ke tingkat bawah tidak terlalu takut berbanding pengalaman naik ke tingkat atas. Maka, selamat sudah saya pulang ke rumah.
(gambar hanya hiasan namun serupa dengan keadaan sebenar)
0 comments:
Post a Comment
Komen daripada pembaca amat dialukan-alukan.
Sebutir kata yang dihasilkan boleh mengubah seseorang kepada yang lebih baik.