credit to Ng Leehui
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Kepada semua pembaca yang disayangi.
Alhamdulillah, setahun sudah berada di UPM sebagai pelajar Sains Komputer atau lebih tepat sebagai pelajar 'Software Engineering'.
Terus terang, saya mula dari bawah belajar 'Programming' dan kini dah sebati dalam hidup saya. Dan saya tengok banyak juga pelajar asasi yang ambil Sains Komputer walaupun mereka tidak pernah ambil 'Programming' sebelum ini. Malah, mereka semakin mahir dan pandai membuat 'coding' setelah setahun ambil kursus ni.
Jadi, tak mustahil untuk mencuba sesuatu yang baru dalam hidup ini. Yang penting ada minat, usaha, doa dan akhir sekali tawakkal.
Dan untuk pengetahuan semua, belajar 'programming' memerlukan fikiran logikal dan kemahiran mengatur strategi.
Ada pernah satu hari, saya ada terjumpa seorang kakak ni. Dia kritik pelajar sains komputer. Katanya, pelajar sains komputer ni kolot. Hidup dengan dunia sendiri. Bila stress, luahkan perasaan dengan buat perkara pelik. Dia kata semua ni sebab ada penulis ni buat cerita 18SX dalam novel. Oleh sebab dia ni berlatarkan dari sains komputer, habis semua pelajar sains komputer dipersalahkan. Maafkan saya kak, sedikit sebanyak kak dah buat hati saya terluka. Jangan salahkan subjek yang kami belajar ni. Subjek yang kami belajar ni juga satu sumber untuk kita semua maju ke hadapan. Jangan disebabkan seorang daripada pelajar Sains Komputer buat masalah terus semua dipersalahkan. Tak semua macam tu. Dan bagi penulis yang kak ni sebutkan, saya tahu mungkin karya awak 18SX tapi benda tu tak ada kena mengena pun dengan subjek yang kita ambil. Awak jadi penulis sebab memang diri awak yang ada bakat menulis. Dan saya 100% tidak menyalahkan awak. Cuma orang memandang serong sehingga sejarah hidup kita nak libatkan sekali.
Itu hanya selingan sebenarnya. Terus terang, perasaan yang sebenar jadi pelajar 'Software Engineering' ketika saya belajar semasa semester dua. Waktu tu, baru saya tahu secantik sesebuah nama kursus maka cantik juga pengalaman yang perlu ditempuhi. Tak senang ya. Minggu pertama dah cerita pasal projek. Setiap subjek pula tu. Bermula dengan subjek 'Networking', 'Programming', 'Software Engineering' dan subjek lain. Nak buat projek, kena ada kumpulan. Tak semua ahli yang mahir, memahami, dan bekerjasama. Perlu saling membantu dan saling menampung kelemahan masing-masing. Melalui projek inilah, kami mengenali antara satu sama lain. Akhirnya, mengenali sifat kawan-kawan saya.
Terima kasih kepada semua 'classmate' saya. Mereka banyak mengajar saya erti persahabatan. Erti sebuah kehidupan dalam mencapai cita-cita kami semua iaitu menjadi 'Software Engineer' dan pekerjaan seumpamanya.
Terima kasih kepada semua pensyarah yang banyak luangkan masa untuk mengajar kami.
Terima kasih kepada keluarga yang memberikan motivasi dan dorongan kepada saya.
In shaa Allah, saya akan lebih bersemangat untuk tahun seterusnya sebagai pelajar Kejuruteraan Perisian di UPM.
Assalamualaikum. Agak agak lah kan, which one is better, engineering of computer and communication system ke or software engineering? Apa beza dua tu?
ReplyDeletewa'alaikumussalam. perbezaannya ialah software engineering ialah bawah fakulti sains komputer. manakala engineering of computer and communication system ialah bawah fakulti kejuruteraan. kalau dekat upm, utk course software engineering, kami belajar java. klau utk course yg awak tanya tu, mungkin belajar c++. http://www.malayviral.com/2016/07/kursus-yang-ditawarkan-di-universiti_80.html
ReplyDeleteBagi saya, which one is better terpulang pada awak. klau awak ambil subjek bawah fakulti kejuruteraan, subjek pure dia mesti ada fizik. dan subjek dia lebih kepada hardware. berbeza dgn software engineering, kami tak belajar fizik. kami lebih kepada sains komputer dan software, contohnya blajar network, database etc.
Deletekalau nak tahu detail subjek apa kena ambil, bleh tgk website fakulti.
software engineering
http://www.akademik.upm.edu.my/dokumen/BGAKA1_FSKTM.pdf
engineering of comp & communication
http://www.eng.upm.edu.my/dokumen/FKJUR1_BKSKK_SKEMA_PENGAJIAN.pdf
Assalamualaikum nak tanya korang belajar c++ ke atau html
ReplyDeletewa'alaikumussalam. kami tak belajar c++. kami belajar java. html tu basic semua pelajar kena belajar sendiri. tapi akan ada belajar sikit-sikit.
DeleteSaya pljr matrik 16/17. Pngs saya 2.97 muet band 4. Agak agak ada tak peluang masuk course ni di upm? Banyak tk competion untk course ni? Tq
ReplyDeleteBoleh check syarat kemasukan dekat sini http://www.fsktm.upm.edu.my/akademik/pra_siswazah/syarat_kemasukan-385
ReplyDeleteBanyak conpetition atau tak, saya tak pasti sesi ni macam mana. Biasanya byk lelaki daripada perempuan yg ambil course ni.
Salam, nak tanya course ni senang tak? Saya ada basic pasal programming, network but still ada rasa takut untuk buat degree in S.E
ReplyDeleteWassalam. senang atau tak.. saya pun tak pasti. Walaupun dah 3 tahun, hehe. tapi apa yg membezakan antara course SE dengan course sains komputer lain ialah course SE ni lebih kepada documentation. apa-apa produk/projek perlu ikut step. kitorang ada projek yang dari sem satu (tahun 1) bersambung sampai ke sem lima (tahun 3) ni. dah ambil diploma ke?
DeleteSalam, sis, sy skrng degree of multimedia, n kos kitokito ni ade belajar programming skit2, cuma bukan major dia, agak2 imposible x klu, saya sambung master dalam bidang S.E ni? Susah x? Kos degree sekarang ade la bljr java, n web programming jgk, tpi pasal computer archit tu, x belajar sgt.. Apa pendapat sis?
ReplyDeleteWassalam bella. saya tak berapa pasti sama ada boleh atau tidak atau susah/senang sambung master in se. computer architect merupakan subjek elektif wajib kami, jadi tiada masalah jika bella tidak mengambilnya. better bella tanya pada penasihat akademik bella. bella belajar di upm ke?
Deletesy lepasan diploma in programming politeknik agak2 lepas tk ambil s.e? memang minat sejak dlu cuma nk lanjutkan lagi pelajaran degree
ReplyDeleteeqmal boleh tengok syarat-syarat untuk sambung belajar di http://www.fsktm.upm.edu.my/akademik/pra_siswazah/syarat_kemasukan-385
Deletehttp://www.esmp.upm.edu.my/promosi/
dan ni skema pembelajaran bagi course SE
http://www.akademik.upm.edu.my/dokumen/BGAKA1_FSKTM.pdf
akak, i need to know more bout this course. may i contact u?
ReplyDeletethis is my contact:
Deleteig (nabihah20)
emel (nabihah.student@gmail.com)
Hi nk tnyaa untuk pelajar software engineering slalu pkai laptop jenis yg cm mna yea?
ReplyDeleteHi siti fieqa. pakai laptop yg intel core i3 paling kurang. kalau core i5 lagi bagus.
DeleteApa yg kita belajar dlm teknologi pengurusan data & aplikasi??
ReplyDeleteDan apa bidang kerjaya yg akan diceburi?
pengkalan data dan aplikasi web ke? benda ni merangkumi back end dan front end of system. Both is important as developer. Sama ada boleh jadi front end developer (lebih kepada design UI yang user nampak) atau back end developer (lebih kepada nak hubungkan server dan aplikasi). Bukan setakat tu, boleh juga ceburkan dalam mana-mana bidang IT. Bidang dia tak terhad pada satu kerja. Harap menjawab persoalan saudari/saudara berdasarkan pengetahuan saya. terima kasih.
DeleteHello kebiasaannye siapa dan dimana software engineering ini diperlukan, boleh berikan contoh
ReplyDeleteHi semua. Pesanan Sis pada adik2 yang baru nak sambung belajar atau sedang belajar mendalami bidang IT, Teruskan berjuang OKAYY ! Sis pernah rasa give up dalam Course Software Engineering ni masa belajar sebab rasa tak boleh go, fikir susah ja. Please adik2 buang kan negative mindset tu, Belum cuba belum tahu. Tak kenal maka tak cinta. Kenali dan fahami dahulu apa yang kita belajar, Be positive and keep explore youtube(tutorial how to code), take note, googling and asking your seniors or lecturers. Dari situ juga kita keep learning and never stop learn. Yang penting usaha dan terus berjuang. Sekarang Alhamdulillah Syukurr sis berjaya dapat first IT job in Software Engineering di AIREI, Cyberjaya and I Love my Job <3
ReplyDeletethanks sis for supporting my blog :) and give advice to all future software engineers
Deletehi, can i know if this course ada maths ke tak? i want to pursue something in It but yang ada focus on maths as well...is it better for me to go for scomp instead of se/
ReplyDeleteduring my batch, I need to take calculus as required subject to graduate. if you fail, you need to retake again in next semester until you passed. for now, I'm not sure it is still required or not. only this subject that related to mathematics' faculty. other subject that related to math is logical subject. that will be teach by our own faculty, science computer's faculty
DeleteWith that being said, I am very excited to meet the head of banks, Fintech and crypto investors who dream of disrupting the Fintech arena.
ReplyDeleteIf you are one of those individuals, let’s explore ideas together.
Ankit Jain - Join me on my journey to disrupt the Fintech field and create a frictionless banking experience for upcoming generations.