Memang mula-mula tu rasa sedih. bukan apa, sejak mula ujian SPM hari tu, saya dah kata dekat mak, saya nak pergi laut bila dah habis ujian nanti. tapi takdir kata yang lain, kami pergi ke Cameron Highland akhirnya. Saya sabarkan diri saya, dan yakinkan pada hati, saya pergi juga bersiar-siar walaupun bukan tempat yang diingini. lebih baik daripada terperuk di dalam rumah. bila dah sampai di Cameron Highland, hati saya begitu gembira. Cuacanya jauh lebih sejuk berbanding di tempat tinggal saya. Suasananya sungguh nyaman dari kesibukan kota. Sebabnya apartment yang keluarga saya sewa, berada di kawasan gunung. masuk sedikit ke dalam hutan. bukanlah hutan sebenarnya, cuma jauh dari kedai-kedai yang ada. jauhnya lebih kurang 5 km sahaja. Kalau jalan kaki, bolehlah tiba di kedai dalam masa sepuluh minit. Kami bercuti selama 3 hari 2 malam.
First day...
Hari ini hari Isnin, 23 Disember 2013, emak sudah ambil cuti cuma ayah yang belum. hari ini dia ada meeting di KL. jadi ayah datang Tanah Rata sendirian. Abang memandu kereta ke Tanah Rata, membawa saya, sepupu saya, emak, adik lelaki saya dan kawan abang. Kami tiba pada pukul satu petang. keadaan pada waktu itu agak letih. kami hanya berada di apartment hari ini. Beramah mesra dengan suasana di sini. sejuk seperti ada air-cond. padahal kipas tak ada, air-cond tak ada. yang ada hanyalah suis lampu dan suis air panas. kalau tak ada air panas ni, tak tahulah nak kata apa. menggigil lah jawabnya. waktu petangnya pula seperti waktu pagi. waktu malam seperti ada salji di luar. agaknyalah.. saya kan tak pernah ke negara empat musim. saya keletihan lantas tertidur dengan menyelimuti badan dengan selimut tebal. Bangun-bangun ada orang hulur milo panas. Perghh... sedap! nikmat! menghangatkan badan yang sudah kesejukan ini . memang saya katakan saya amat gembira waktu ni. tak payah ingat kemas rumah. haha.. tapi tak ada lah sampai goyang kaki, sayalah yang masak nasi dan tolong mak di dapur, anak dara lah katakan.
Second day...
Malam tadi saya tak dapat tidur lena. Bukan apa, saya takutlah. orang kata apartment ni berhantu.. hantu tu akan masak di dapur pada tengah-tengah malam. kebetulan bilik saya dekat dengan dapur. tu yang tak lena. kena-kena pula tak biasa dengan suhu di sini. tiga kali juga saya terjaga, pukul satu, pukul empat dan pukul lima. dan akhirnya pukul enam, saya terus bangun daripada baring di atas katil. pergi ke tandas dan sucikan diri. pagi ni saya dan sepupu saya keluar bersiar-siar bersama adik lelaki saya. Hirup udara segar.. memang segar terus mata ni. kami mengelilingi apartment sehinggalah sampai ke kedai yang jauh tu. macam syok je. tapi lupa bawa duit. cuci mata saja lah.. waktu nak balik ke apartment, kami tersesat jalan. Huh! nasib baik sekerat jalan lepas tu, kami tersedar. patah balik ke jalan utama. Syukur sampai ke apartment.
Lepas tu kami sekeluarga bersiar-siar di Cameron Highland. tempat pertama, Ladang Teh Bharat Corporation. tempat kedua, Ladang Teh Boh. Tempat ketiga, beli sayur di sebuah pasar malam. waktu tu dah petang. kami sempat makan di sebuah gerai. lapik perut ni. kami terus pulang ke apartment. malam ni ada rancangan best. lagipun, takut sesak jalan.
Third day...
Hari ni memang lena. Haha. Saya selimut badan saya, saya pakai stokin tangan dan kaki, baju sejuk dan rapatkan tubuh saya. memandangkan seharian keluar apartment semalam, memang letihlah jawabnya. tak terbangun langsung. mana ada hantu, saja je orang yang kata ada hantu tu. pukul 12 tengah hari kena 'check out'. kami siap-siapkan barang untuk dibawa pulang. memang nak keluar pagi ni, tapi malas. sedap duduk dekat bilik saja. sempat juga saya membuat nukilan di sebuah buku kecil yang selalu saya bawa ke mana saja. memang memberi inspirasi percutian ni. sebab ada satu bab dalam novel saya , bab honeymoon pergi Cameron Highland. Memang khayal waktu siapkan novel. memang nyaman, tiada sesiapa kacau. memang masa yang sesuai untuk bekarya. waktu nak balik rumah, singgah sekejap di ladang strawberi. strawberi tak banyak yang tumbuh. mungkin ada musimnya. lepas itu, kami ke pasar di sekeliling jalan semasa perjalanan pulang ke rumah. banyak sayur, buah, dan tak terkecuali bunga segar. namun harganya sudah tidak seperti dulu. kalau dulu 10 paket hanya RM 10. tapi kali ni paling banyak pun, 7 paket yang dapat. kami beli apa yang murah je.
Itulah sedikit coretan mengenai percutian akhir tahun ini. Apa bezanya cuti kali ini? Hati ini tak terfikirkan kerja sekolah yang belum siap dan apa yang penting, tak terikat dengan SPM. Seronoknya.. Kenangan bersama sepupu yang paling rapat dengan saya, bersama keluarga saya, makin erat hubungannya. Memori yang tak akan saya lupakan..
0 comments:
Post a Comment
Komen daripada pembaca amat dialukan-alukan.
Sebutir kata yang dihasilkan boleh mengubah seseorang kepada yang lebih baik.