Tuesday, February 25, 2014

Kahwin Muda masa tengah belajar??




Perbualan antara kawan saya, SIFAH(nama samaran) dengan LECTURER(Dr. Ridhwan) sewaktu di dalam kelas.

SIFAH: Doktor, rasa sesuai tak kahwin muda masa tengah belajar?
LECTURER: Kalau saya ada anak perempuan yang minta kahwin masa belajar, akhlaknya bagus, pengurusan dirinya tersusun, hubungan dengan Allah terjaga, saya akan kahwinkan dia terus. Lebih lagi kalau satu universiti. Tapi kalau anak perempuan saya yang minta kahwin tu, hidupnya dengan TV, akhlaknya entah ke mana, solatnya di hujung waktu, tentu saya tak bagi.

Kenapa?, kataku di dalam hati. Tak bersedia lagi la tu, jawabku sendiri. Tapi jawapan LECTURER tu berbeza. Membuka mata dan hati saya.

LECTURER: Kalau anak perempuan saya tu, akhlaknya tak jaga dan saya bagi dia kahwin, What do you expect from her husband? Sedangkan janji Allah, lelaki baik untuk perempuan yang baik. Anak perempuan saya belum cukup baik, saya bimbang dia bawa balik calon yang juga tidak baik.

Ringkas jawapan LECTURER, tapi bermakna buat yang ingin muhasabah diri.

Tip lain..

"Lepas ni bila you all dah kahwin, ada isteri/suami, then isteri/suami you all buat masalah/sakit... benda pertama yang you all kena buat ialah solat taubat. Sebab dosa kita, boleh jadi isteri/suami/anak jadi nakal, tak dengar orang dan sebagainya"

Reflecting. It is the concept. Sebelum kita tuduh orang lain salah, kita tengok diri kita sendiri dulu, baik ke atau jahat ke..

p/s: post ni saya dapat daripada seorang teman yang saya jumpa di instagram.. SyafiqahKamar
      moga bermanfaat




0 comments:

Post a Comment

Komen daripada pembaca amat dialukan-alukan.
Sebutir kata yang dihasilkan boleh mengubah seseorang kepada yang lebih baik.

About Me