Thursday, March 20, 2014

Alhamdulillah dapat result SPM

Assalamualaikum semua,

Pagi tadi dengan hati terbuka, redha, tawakkal, semualah, saya dan mak ayah saya pergi ke sekolah untuk ambil result SPM. tunggu punya tunggu dekat dewan sekolah, akhirnya cikgu masuk dewan. waktu beratur untuk ambil result air mata dah keluar. macam-macam fikir. bila dah dapat, mulut terkunci, air mata pun tak keluar, tangan saya bergerak mengambil slip SPM. salam cikgu dan jumpa mak. saya peluk mak, dan di saat itulah air mata keluar kembali. menangis di bahunya, menenangkan jiwa saya. saya bersyukur dengan apa yang saya dapat.

Keputusan saya 4A+1A3B+2B
Alhamdulillah segalanya dengan izinMU

Bila saya kenangkan semula waktu di tingkatan 5, memang banyak yang telah saya belajar
Bukan sahaja dalam pelajaran namun dalam kehidupan
Usaha yang perlu kita lakukan untuk mendapat keputusan cemerlang
Allah berjanji kepada kita, Allah akan makbulkan doa kita
Cuma mungkin lambat, cepat, ataupun ketika di akhirat kelak
Nikmat yang Allah beri kepada kita begitu banyak
Tanpa kita sedar, kita jarang bersyukur

Bila dah dapat nikmat yang begini, yang betul-betul kita nampak(apa yang tertulis dekat slip SPM)
barulah kita sedar, kita banyak melupakanNya
Bacalah surah Ar-Rahman, yang menceritakan nikmat Allah
yang tak terkira
Barulah kita bersyukur dan kembali kepadaNya

Ya Allah, nikmat yang engkau berikan terlalu banyak, terima kasih ya Allah

Terima kasih juga kepada ibu bapa, guru-guru (sek. rendah dan sek. menengah) dan kawan-kawan
Dengan sedar, saya nampak kesungguhanmu ingin saya berjaya
Tanpa saya sedar, ada saya dalam doamu
Memori semasa berada di zaman sekolah, tetap terpahat di hati saya
Moga suatu hari nanti, kita akan bertemu lagi

"Mana milik kita?
Tidak ada milik kita
Semua yang ada
Allah yang punya"
(nasyid Rabbani-Mana Milik Kita)

" Fa-biayyi alaa'i Rabbi kuma tukadzdzi ban " [Surah Ar-Rahman]
(Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?)

Maka jawablah

(Tak ada satu pun dari nikmatMu Ya Allah yang aku dustakan)

3 comments:

  1. adik, jangan risau. kadang2 Allah dah tetapkan sesuatu yang lebih baik untuk kita di masa hadapan. Seperti akak, result spm tak baik mana tetapi rezeki Allah ada di mana2. InsyaAllah, orang yang cemerlang itu adalah orang yang biasa tetapi berfikir secara luar biasa. Fighting!!! untuk masa akan datang. Senyum sokmo! :)

    ReplyDelete
  2. terima kasih bg semangat dkat saya, in shaa Allah kak dhila

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2..akak dah lalui apa yang adik lalui.. :) kongsi pengalaman dan nasihat! ^^

      Delete

Komen daripada pembaca amat dialukan-alukan.
Sebutir kata yang dihasilkan boleh mengubah seseorang kepada yang lebih baik.

About Me