Assalamualaikum kepada semua
Betul lah tajuk dekat atas tu, saya kena cabut gigi tadi
Mula-mula dia letak bius, sakit sikit je, sebab jarum tu tajam kan
lepas tu, saya tunggu dekat luar, doktor siapkan semua peralatan yang diperlukan
lepas beberapa minit, doktor panggil balik, masuk dalam bilik
Doktor kata, kita akan buat pembedahan..
ayat dia...huh menakutkan
saya sebenarnya bukanlah takut, mungkin dah lama tak cabut gigi
doktor pun mulakan operasinya
dia tarik gigi saya, tapi tak boleh, dia hadapi masalah
lepas tu, kawan dia datang membantu
penyelamat dah datang!! (untuk doktor tu lah)
proses pun berlaku
ada satu saat tu, air mata mengalir, sakitnya hanya Allah yang tahu
gigi saya ni diapit dengan gigi lain di kanan dan kiri
tu yang susah sikit nak cabutnya
sebab dah sakit sangat, saya menangis
doktor perasan apa yang berlaku, dan berhenti seketika
"adik sakit ke? kenapa tak bagitahu? sejak bila sakit ni?
saya hanya mengangguk
"adik dengar lagi sekali arahan saya"
"1: kalau sakit bagitahu"
"2: kalau tak sanggup, kami akan beri ubat dan seminggu lepas tu baru kami cabut"
"3: prosesnya tetap sama, lepas seminggu tu"
"4: kami akan bagi ubat"
"faham?"
saya mengangguk faham
doktor menyuntik lagi ubat bius
"dah okey, tenang ya, jangan takut, tarik nafas dulu"
dia menyambung proses mencabut gigi
setelah sudah habis, "lepas ni kami akan buka gusi untuk rapatkan gigi, lepas tu kami jahit, sikit je, tak sakit"
saya memegang tangan doktor dan menggeleng
"oklah, saya rasa tak perlu sebab ruang kosong tak terlalu besar, kecil je"
lega hati saya...
saya keluar untuk menunggu ubat
saya masih ingat peristiwa tadi sehingga saya menangis walaupun ramai yang memandang saya
saya cuba tenangkan diri saya dan dalam fikiran saya ingin memeluk seseorang supaya memahami saya
tersedu-sedu saya menangis sambil menanti ubat
tiba-tiba ada seorang pakcik menegur saya
"Sakit sikit je kan, sakit dekat gusi je kan, gigi tak sakit kan?"
saya hanya mengangguk sedangkan hakikat sebenarnya kedua-duanya sakit
Pakcik itu sebenarnya sedang menunggu giliran untuk dicabut gigi
setelah pakcik itu diperiksa giginya, dia keluar dengan hati yang senang
Giginya tidak perlu dicabut, seakan memerli saya, sabar je lah hati ni
saya memejam mata dan menyandar pada kerusi
nurse mendekati saya dan bertanya "cik perlu m/c, ada allergic ubat tak?"
saya menggeleng kepala
saya pulang bersama ayah dan ubat-ubat yang ada
tiga kapas bermakna tiga jam sudah berlalu
darahnya masih ada, kebas dah hilang
sakit itu terasa
Alhamdulillah, lepas makan ubat dan makan roti sedikit
dengan izin Allah, rasa sakit hilang
dan ketika itulah cerita ini ditulis di dalam blog
kata doktor bila dah habis cabut gigi:
1. jangan makan makanan pedas, keras
2. jangan kumur, ludah dengan kuat
3. lepas seminggu kalau sakit, pergi klinik
4. makan ubat antibiotik sampai habis dan ubat ponstan bila perlu je
nasihat doktor:
1. gosok gigi waktu malam, gigi adik banyak karies
2. jagalah gigi, kumur lepas makan
3. kumur dengan air garam setiap kali bangun tidur dan hendak tidur
4. kalau sakit gigi, cepat-cepat pergi klinik, jangan tunggu lama, nanti susah nak cabut gigi
gambaran kejadian (bukan gambar sebenar)
mula-mula
saat kritikal
akhirnya
terima kasih kepada doktor gigi yang telah melakukan proses cabut gigi, kerana percaya diri dan keyakinan yang tinggi, gigi 'canine' ini berjaya dicabut
dua-dua doktor lelaki, cina, muda dan baik sangat...
saya boleh rasakan mereka baik,
sebabnya lebih sejam juga saya dalam bilik operation gigi (8.30 pg-9.45 pg)
in shaa Allah, saya akan jaga gigi saya
saya tak nak perkara ini berulang lagi
cukuplah pengalaman tadi menyedarkan saya,
betapa pentingnya menjaga gigi
0 comments:
Post a Comment
Komen daripada pembaca amat dialukan-alukan.
Sebutir kata yang dihasilkan boleh mengubah seseorang kepada yang lebih baik.