Sunday, May 11, 2014

Alhamdulillah dapat UPM

Assalamualaikum kepada pembaca

Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah

Sekali lagi Allah memberikan saya rezeki dengan dapat tawaran masuk ke Universiti Putra Malaysia (UPM) yang selama ini saya harapkan.

Di saat membuka laman web upu, untuk menyemaknya, hati seakan-akan tak percaya. Allah telah memakbulkan doa saya. Lepas tu, saya terus beritahu emak dan ayah saya. Saat itu, hati saya sebak seketika lebih-lebih lagi ketika dalam dakapan emak yang tercinta.

In shaa Allah, tak lama lagi saya akan masuk ke UPM. Perjalanan hidup mencapai cita-cita bermula sekarang.

Saya bersyukur pilihan pertama saya dalam upu, tercapai akhirnya. Keputusan SPM saya untuk masuk ke UPM adalah minimum. Tetapi jika Allah sudah tetapkan saya belajar di sana, tiada siapa mampu menolaknya. Sesungguhnya, tiada yang mustahil bagi Allah S.W.T
Alhamdulillah.

Doakan pelajaran saya di sana sebagai pelajar asasi sains pertanian (ASPer).



Kepada kawan-kawan yang tidak dapat UPU, jangan berputus asa, buatlah rayuan semampu yang boleh. Perancangan Allah adalah yang terbaik. Segalanya pasti ada hikmah. Mungkin di matrikulasi/tingkatan 6/ipg yang terbaik untuk kita. Wallahu..
Solat istikharah jangan dilupakan supaya pilihan yang kita ambil adalah pilihan Allah untuk kita.

kepada semua batch 1996 terutama diri ini, fokus waktu belajar nanti, dan yang paling penting NIAT.
niat dalam hati, di mana pun kita belajar, segalanya kerana berjihad di jalan Allah.
In shaa Allah, Allah permudahkan jalan untuk kita memahami subjek yang bakal kita pelajari.
Aamin.

3 comments:

  1. Tahniah nabihah! =)
    alhamdulillah, akhirnya dapat juga menjejak kaki ke tempat yang diidamkan ;)
    belajar sungguh2!
    gambatte! :D

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah kak dhila. ada rezeki blaja dkat sana. in shaa Allah, biha blaja sungguh2. mohon doanya. merci beaucoup! ;)

    ReplyDelete

Komen daripada pembaca amat dialukan-alukan.
Sebutir kata yang dihasilkan boleh mengubah seseorang kepada yang lebih baik.

About Me