Friday, June 13, 2014

3 minggu di UPM

Assalamualaikum para pembaca :)

Alhamdulillah sudah 3 minggu saya menjadi seorang pelajar di Pusat Asasi Sains Pertanian di UPM.
Rasanya seperti sesuatu pengalaman baru dalam hidup ini yang belum pernah saya lalui sebelum ini. Sesuatu yang mungkin akan saya ingat sampai bila-bila. Suatu perjalanan hidup yang saya tempuhi untuk menuju suatu matlamat hidup. Matlamat hidup ini sebenarnya sulit, bak kata orang impian hidup biarlah kita saja yang tahu, janganlah disebar-sebarkan kepada orang lain. Bukanlah tidak mahu beritahu, cuma takdir hidup kita ni, hanya Allah yang tahu. Mungkin hari ini kita mahu menjadi seorang ****, tetapi hari esok, tiada siapa yang tahu. Sesungguhnya perancangan Allah adalah yang terbaik.

Namun, sedaya upayalah mencapai apa yang menjadi impian hidup kita kerana kejayaan tidak akan datang dengan bergolek namun dengan usaha yang gigih.

Berada di sebuah universiti amnya, seolah-olah membina kehidupan yang baru. Terutamanya kalau keluarga kita jauh daripada kita. Kita perlu membahagikan kewangan, masa, pelajaran, sosial dan lain-lain lagi dengan baik.

Aktiviti di sini, semuanya pengalaman baru. Contohnya, saya dapat ke ladang yang banyak di UPM ini. Berkenalan dengan ramai kawan dan yang paling seronok kebanyakan tempat yang kita pergi semua berdingin hawa terutamanya di dalam kuliah. Hehe..
Tapi satu je yang kena ingat, semua pilihan berada di tangan kita. Sama ada kita nak pilih atau tak. Semua keputusan yang memerlukan respon segera berada di tangan kita. Sedikit sebanyak sebenarnya mematangkan kita. Satu tahun perlu ditempuhi sebelum memasuki alam siswazah yang sebenar. Program Asasi sebenarnya pra-siswazah yang belajar setahun untuk persediaan memasuki Program Ijazah Sarjana Muda.

Gambar-gambar berada di ladang akan dimuat naik pada entri yang akan datang.
Doakan saya di sini, yang jauh dari keluarga. 3 jam je sebenarnya nak balik rumah tapi dikira jauh juga kan. Hehehe

0 comments:

Post a Comment

Komen daripada pembaca amat dialukan-alukan.
Sebutir kata yang dihasilkan boleh mengubah seseorang kepada yang lebih baik.

About Me