Friday, November 21, 2014

Menonton Filem Big Hero 6

Assalamualaikum kepada para pembaca
yang disayangi dan moga dirahmati Allah,

Kisah minggu lepas sebenarnya cuma baru sekarang sempat membuat ulasan mengenai cerita ni.
Kali ini saya menonton wayang yang bertajuk BIG HERO 6.
Cerita ni ratingnya PG13 dan cerita kartun.
Pada awalnya saya agak keberatan untuk menonton cerita ni bersama adik saya dan sepupu saya. Memandangkan cerita ni sahaja yang lebih menarik daripada cerita-cerita yang ada pada minggu lepas (15/11/13), saya pun beli tiket wayang cerita ni.
dan hasil daripada cerita ni, saya berpuas hati dengan pilihan saya.



Kisahnya mengenai Hiro Hamada seorang budak lelaki yang genius kerana menamatkan high school pada usia 14 tahun. begitu juga abangnya, Tadashi Hamada seorang pelajar di sebuah universiti teknologi tersohor. Kisah bermula apabila Hiro ingin mengalahkan seorang pemain jaguh dalam pertandingan robot. pertandingan robot ini merupakan pertandingan yang perlu mempertaruhkan duit untuk memasuki pertandingan ini. macam judilah. Robot yang dicipta oleh Hiro agak comel dan kecil kalau dibandingkan dengan robot si jaguh yang telah banyak kali menang. Pada awalnya, robot Hiro dikalahkan oleh si jaguh namun untuk kali kedua, robot Hiro dapat mengalahkan robot si jaguh dengan mudah sekali. si jaguh tidak berpuas hati lantas menyuruh gangsternya untuk menyakiti Hiro. Pada saat itu, Tadashi muncul dengan menunggang motorsikal untuk menyelamatkan adiknya. Nasib malang menimpa mereka apabila mereka ditangkap oleh polis.

Makcik kepada Hiro dan Tadashi telah mengikat jamin mereka. Makcik mereka membebel kerana terpaksa tutup kedai roti lebih awal. Rumah mereka adalah tingkat atas kedai roti tersebut. Tadashi menasihati Hiro supaya menggunakan kepandaiannya untuk perkara yang lebih baik bukannya pertandingan robot yang tidak berfaedah itu. Hiro mengatakan ibu bapanya telah meninggal semenjak dia berumur 3 tahun. Dia juga mahu memasuki pertandingan robot antarabangsa yang akan diadakan tidak lama lagi. Abangnya hanya membisukan diri dan mengajaknya untuk ke makmal 'bosan'nya di San Fransokyo's Institute of Technology. Hiro terpaku dikala kakinya memasuki makmal tersebut. Benda pertama yang dilihatnya ialah penciptaan pelbagai jenis teknologi oleh sekumpulan pelajar juga merupakan kawan-kawan Tadashi iaitu Fred, GoGo Tamago, Wasabi, and Honey Lemon. Abangnya menunjukkan penciptaan teknologi yang dihasilkannya yang bertujuan sebagai Personal Healthcare kepada Hiro iaitu Baymax. Baymax merupakan robot yang boleh dikempiskan dan disimpan di dalam satu peti khas. Baymax juga akan diaktifkan dengan sendiri apabila Hiro berkata "ouch" tanda sakit. Hiro begitu teruja apabila Baymax dapat berfungsi dengan baik. Setelah itu, mereka keluar daripada makmal 'bosan' tersebut. Hiro terserempak dengan Profesor Robert Callagham yang merupakan pengasas institut itu juga seorang pencipta robot yang digunakan Hiro dalam pertandingan robot tadi.



Hiro menjadi bersemangat untuk memasuki universiti tersebut untuk belajar lebih lagi bidang teknologi. Tadashi mengatakan hanya ada satu cara untuk masuk universiti tersebut iaitu dengan menyertai pertunjukan tahunan universiti tersebut tidak lama lagi. Pertunjukan yang menarik akan melayakkan seseorang untuk belajar di universiti itu. Siang malam Hiro, Tadashi dan kawan Tadashi membina sebuah alat yang dahsyat untuk melayakkan Hiro masuk ke universiti itu.

Hari pertunjukkan tiba. Dia mempersembahkan penciptaannya (sejumlah robot kecil yang boleh membentuk sesuatu mengikut imaginasi yang dibayangkan oleh otak). Pertunjukkan ini mendapat perhatian ramai pengunjung termasuk Profesor Robert Callagham. Dia telah berjaya mendapat surat tawaran masuk ke universiti pada masa yang sama mendapat tawaran untuk menjualkan alat tersebut kepada sebuah syarikat terkenal, Krei Technology yang diketuai oleh Krei. Abangnya menasihatinya untuk memilih universiti berbanding menjual alat itu. Lalu, Hiro memilih untuk masuk ke universiti. Hiro dan abangnya bersama-sama kawan abangnya bergembira di luar bangunan pertunjukan. Tiba-tiba berlaku kebakaran besar di tempat pertunjukan. Sedangkan pada waktu itu Profesor Robert masih ada dalam bangunan. Tadashi mahu menyelamatkan profesornya namun Hiro menghalangnya kerana kebakaran amat teruk. Namun, Tadashi bertegas untuk menyelamatkan profesornya. Ketika itu, Tadashi mencampakkan topinya ke lantai dan terus masuk ke dalam bangunan. Bangunan meletop di saat Tadashi memasuki bangunan. Hiro menangis mengenangkan abangnya yang terperangkap di dalam bangunan.



Sudah beberapa hari, Hiro berada di dalam biliknya mengalami kemurungan yang amat sangat. Makciknya memberi semangat kepadanya untuk meneruskan kehidupan dan menyambung pembelajaran di universiti itu. Kawan-kawan Tadashi juga memberi semangat kepada Hiro. Tiba-tiba, dia terpandang satu robot kecil (yang digunakannya untuk pertunjukan) bergerak seakan-akan mahu menunjukkan sesuatu arah. Sedang asyik dia mengamati robot tersebut, dia terjatuh dan dihempap dengan pelbagai robot sehingga dia berkata "ouch". Baymax teraktif dengan sendiri daripada peti di dalam ruang katil Tadashi.

Bersambung...

0 comments:

Post a Comment

Komen daripada pembaca amat dialukan-alukan.
Sebutir kata yang dihasilkan boleh mengubah seseorang kepada yang lebih baik.

About Me