Berada di hadapan PSAS, UPM Serdang |
Alhamdulillah sudah berlalu tahun 2014 yang terlalu singkat waktunya. Masih sama seperti tahun-tahun yang lalu, dalam setahun pasti ada 365 atau 366 hari, dalam sebulan ada 28 atau 30 atau 31 hari, dalam seminggu ada 7 hari, dan dalam sehari ada 24 jam. Apa yang dah berlaku 24 jam dalam setiap hari tahun 2014??
saya ringkaskan saja buat masa ini memandangkan saya sedang exam final di akhir tahun dan juga awal tahun ni(31/12/14-8/1/15).
tahun 2014 bagi saya bercampur-baur perasaannya. ada sedih, ada gembira, ada juga gelisah dan terkilan. tahun ni juga bagi saya lain daripada yang lain. tahun ni saya beralih tempat belajar, tempat tinggal, dan tempat bersosial bersama-sama kawan. tahun ni juga saya berjauhan dengan keluarga yang amat saya cintai dan kasihi. tahun ni juga dilalui dengan begitu pantas. pada awal tahun, saya berHoneymoon habis daripada ujian SPM haritu dan dipertengahan tahun, saya perlu menaiki FormulaOne yang kadar kelajuannya amat laju. Saya perlu memecut di arena pembelajaran di universiti yang penuntutnya semua pandai belaka. Mahu atau tidak mahu, saya gagahkan diri untuk memandunya walau lesen kereta baru P. hehe..
Ada satu hari dalam 12 bulan, saya ada melakukan kesilapan. Saya telah melukai hati orang yang paling saya sayangi. Kisahnya biarlah minda saya menyimpannya. Dan setelah itu, saya tahu dan sedar dunia ini tidak seperti yang kita bayangkan. Dunia ini penuh cabarannya, dengan godaannya yang begitu memuncak. Saya berazam untuk tidak lagi melukai hati mereka, ibu bapa saya.
Ada satu hari dalam 12 bulan, saya jatuh ke lorong kegagalan. Saya mendapat keputusan paper... yang membuat saya tertunduk sedih. Namun, keluarga saya walau jauh di mata, sentiasa ada di sisi saya, tidak kira seberat mana kesedihan yang saya alami, mereka tetap bersama saya. Ayah menasihati saya, kegagalan adalah permulaan bagi suatu kejayaan. Kata yang tersemat di hati ini yang pernah ayah kata pada saya, "Satu saat bernilai untuk minit-minit selanjutnya, satu bulan bermakna untuk tahun-tahun yang akan datang"
Ada juga dua minggu dalam 12 bulan, saya diserang penyakit pelentung (chickenpox). Hari-hari dilalui ditemani bintik-bintik cecair di seluruh anggota ditempuhi dengan sabar. ketika itu, hanya Allah yang tahu apa rasanya. Benar-banar menjadi seorang yang bersyukur.
yang perit sentiasa diingati, bagaimana pula dengan yang indah? tak ingat ke?
yang indah tersemat juga di hati ini. indah-indah ketika Honeymoon cuti SPM yang paling gembira.
indah-indah bersama keluarga juga saat yang indah. tidak terkecuali juga indah-indah bersama sepupu dan kawan-kawan.
itu sahaja sedikit coretan buat masa ini.
In shaa Allah, akan diperbaiki lagi diri dalam tahun 2015.
Saya memohon maaf andai coretan yang pernah saya post ada yang tersakiti kawan-kawan.
Doakan pembelajaran saya di sini.
Ya Allah, permudahkanlah segala urusan umat Islam di seluruh dunia
Aamin ya rabbal 'alamin
0 comments:
Post a Comment
Komen daripada pembaca amat dialukan-alukan.
Sebutir kata yang dihasilkan boleh mengubah seseorang kepada yang lebih baik.